Monday, December 1, 2008

TV3 – HERE I COME.. - 01

Pada awal tahun1985, aku menetap di Johor Bahru setelah meletakkan jawatan sebagai Pensyarah Rancangan Penulisan Kreatif & Deskriptif di Universiti Malaya pada tahun 1981 . Selepas hampir empat tahun membuat kerja sendiri untuk membantu business keluarga, aku merasakan usaha ini sia-sia sahaja kerana gerak kerjanya begitu membosankan. Ini ditambah dengan birokrasi yang pelbagai ketika menjalankan tugas. Misalnya, untuk mendapatkan kelulusan satu projek, aku terpaksa mengetuk pintu 15 Jabatan Kerajaan untuk mendapatkan kelulusan projek itu.

Kerana perkembangan yang membosankan ini, aku mengambil keputusan kembali ke dunia kewartawanan - dan kali ini bidang penyiaran televisyen pulak. Secara kebetulan TV3 baru sahaja dibuka dan pelbagai jawatan ditawarkan di dada akhbar ketika itu. Tanpa membuang masa aku memohon semua jawatan yang diiklankan daripada Pembantu Penerbitan, PA, Wartawan Siaran, Penolong Penerbit, Penerbit Berita, Penolong Pengurus Berita sehinggalah kepada Pengurus Berita.

Yang menariknya, beberapa minggu selepas itu aku diminta menghadiri sesi temuduga bagi jawatan Pengurus Berita. Sebagai persiapan menghadapi sesi temuduga di ibupejabat TV3 di Jalan Tunku Abdul Rahman ketika itu, berbekalkan pengalaman sebagai pensyarah dahulu, aku menyiapakan sebuah kertas-kerja yang membutirkan apa yang akan dilakukan sekiranya aku dilantik menjadi Pengurus Berita TV stesen baru itu.

Antara mereka yang turut ditemuduga pada ketika itu ialah Hj.Subohi Yatim dari SBC Singapura, kawan di Bernama, Jaffar Hussein dan beberapa yang lain yang tidak ku kenali. Yang menariknya, akulah orang pertama dipanggil masuk untuk sesi temuduga itu oleh Pengurus Besar TV3 ketika itu, Arwah Mohd Nor Salleh dan Pengurus Sumber Manusia Alias Razak. Sebelum sempat mereka bertanyakan kepada aku soalan soalan yang standard dalam sesi temuduga, aku hulurkan , kertas-kerja yang aku siapkan kepada mereka.

Sebenarnya, ketika itu, mereka sendiripun tidak tahu biji butir apa yang mahu ditanyakan kepada calon-calon Pengurus Berita yang datang. Mereka mengambil masa membaca kertas-kerja itu dan menggunakannya sebagai bahan rujukan untuk bertanyakan soalan kepada calon-calon lain selepas aku. Sesi temuduga itu mengambil masa hampir dua jam, kerana mereka memerlukan perincian beberapa perkara yang ku timbulkan dalam kertas-kerja itu.

Sebenarnya, aku sendiri tidak ada pengalaman menguruskan Bilik Berita TV, tetapi pernah bekerja sebagai wartawan siaran radio di stesen Bilik Berita ketika di RTM pada awal tahun 70an.. Tetapi, latarbelakangku sebagai seorang pensyarah memampukan aku membuat kertaskerja untuk menjalankan operasi sesebuah Bilik Berita Televisyen.

2 comments:

hamisah danial said...

cik Salleh, glad that you get rid of the huge glasses...hehe but the style of writing tetap sama beb (I learnt that from listening to you!)

Anonymous said...

tahniah en salleh..berjaya membawa bahagian berita tv3 kearah kecermalang sahingga hari ini.

Tapi hari ini di bahagian berita ramai kawan-kawan lama dah syahid..yang tinggal boleh di bilang dengan jari...heee.yang best story ini...sampai semua jawatan nak pulun...nasib baik dia baigi satu jawatan ...kalau dia bagi semua jawatan alamat tidur kat kilang kari sebelah..


drp md rosni (staff no 0389

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...