Sunday, November 30, 2008

SELAMAT TINGGAL COPENHAGEN - 04

Setelah lewat petang, aku dan Ibrahim Abdul Hamid, pensyarah ITM kembali semula ke Amsterdam untuk menyambung perjalanan ke Copenhagen. Oleh kerana terlalu letih kerana sehari suntuk berpusing di dua kota berjalan kaki, kami berdua terlelap apabila keretapi meninggalkan stesen Amsterdam.

Kami tiba di Copenhagen di sebelah pagi. Selepas bersarapan dan menukar matawang Holland ke Denmark, kami terus menuju ke Pusat Penerangan pelancungan. Tidak banyak terdapat tempat menarik di sini , kami mengambil keputusan bertolak ke Oslo, ibu negara Norway pada malam itu. Tempat-tempat menarik yang sempat dikunjungi dalam lawatan ke Copenhagen termasuk patung ikan duyung yang menjadi simbol kota Copenhagen, yang terletak di tepi pantai di pinggir kota Taman bunga yang dipenuhi dengan pokok bunga Tulip yang berwarna-warni serta melihat Istana Di Raja Denmark. Seperti kota-kota lain, orangramai bertumpu ke pusat membelibelah khas yang dikenali dengan panggilan Mall Centre. Daripada lawatan singkat itu dapatlah diberi kesimpulan bahwa kotaraya ini lebih tersusun kemas dibandingkan dengan bandar-bandar yang terdpat di Holland.
Kami meninggalkan kota Copenhagen ke Oslo, Norway malam itu. Kota Oslo memang terkenal di peta dunia sebagai pusat instiitusi Nobel yang mengeluarkan hadiah Nobel setiap tahun. Kami diberitahu oleh rakan yang telah melawat ke sana supaya melawat pameran kapal Viking, yang telah digali di Osberg dan Gostkad di Bygody dan kapal Fram di Nagen. Kami juga bercadang sekiranya ada masa melihat keindahan Fiord yang dipelajari ketika di sekolah rendah dulu, sebelum meneruskan perjalanan ke Stokholm, Sweden.

* Petikan rencana ini pernah disiarkan di Berita Minggu di dalam kolum Catitan Dari Eropah oleh Salleh Kassim pada14/9/80.

RELAX SAT - 06

 

Satu email lagi yang baru diterima.

Let’s learn English.

SELFISH means jual ikan
ALLRIGHT  semua ke kanan
MISUNDERSTANDING  terlepas yang bawah berdiri
& 
LONG TIME NO SEE  dah lama jadi orang buta.

THE HAGUE - 03

AKU dan Ibrahim Hamid bangun agak awal sedikit pada hari kedua di Amsterdam. Semasa bersarapan, kami berbual rancak dengan para belia dari New Zealand, Austrlia, Nigeria dan juga Amerika Syarikat. Selesai sarapan, kami meninggalkan hostel menuju ke Centrum – sebuah pusat membelibelah yang menjadi tumpuan pelancung.

Oleh kerana tidak berduit, kami hanya berpusing-pusing berjalan kaki menikmati tempat bersejarah di sekeliling kota yang kaya dengan terusan dan perahu panjang yang dipenuhi para pelancung.

Amsterdam adalah kota terbesar di Holland walaupun ia bukan ibu negara. Ia juga adalah pelabuhan penting dan pusat perdagangan, bank, insuran dan perdagangan seni halus. Kota itu juga menarik hati para pelancung kerana perusahaan seni memotong intan.

Antara tempat menarik di kota itu ialah muzium kebangsaannya yang mempunyai banyak simpanan lukisan terkenal seperti Du dan lukisan Flemish termasuk karya Rembrandt ”Night Watch”.

Keistimewaan kota ini dibandingkan dengan yang lain ialah banyaknya jumlah terusan yang didirikan selari dengan jalanraya. Terdapat beratus-ratus jambatan yang menghubungkan jalanraya di sekeliling kota ini.

Menjelang tengahari, kami telah melawat beberapa tempat penting yang menarik. Menantikan keretapi malam yang akan membawa kami ke Copenhagen, Denmark, kami berangkat ke ibu negara Holland iaitu The Hague. Ia terletak kira-kira sejam perjalanan dari Amsterdam. Kota itu bolehlah dianggap tercantik daripada ibunegara lain yang pernah dikunjungi. Bangunan kediaman dan pejabat, jalanraya dan terusan yang terbina dibuat dengan begitu teliti dan kemas sejajar dengan statusnya sebagai ibu negeri. Mahkamah Keadilan Antarabangsa milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB juga terletak di sini. Kota ini bolehlah dianggap sebagai sebuah kota kediaman kerana tidak terdapat sebarang aktiviti perindustrian.

Sebagai pusat pentadbiran kerajaan, kota itu kaya dengan bangunan-bangunan bersejarah termasuk perpustakaan di raja, muzium seni halus lama dan dewan bandaran yang dibina pada kurun ke 16. Pusat bandar yang dikenali dengan panggilan Plein menjadi pusat tumpuan orangramai berehat-rehat.

Bagi mengendalikan jumlah para pelancong yang begitu ramai, Jabatan Pelancungan menyediakan pusat-pusat penerangan di mana-mana. Para pelancung dari setiap buah negara luar boleh mendapatkan penerangan menurut bahasa ibunda masing-masing daripada pegawai pelancung negara itu.

* Petikan rencana ini pernah disiarkan di akhbr Berita Minggu di dalam kolum Catitan Dari Eropah oleh Salleh Kassim pada 14/9/80.

SALAM AMSTERDAM... - 02

Setelah bersarapan nasi goreng dan bubur kacang di pagi yang dingin di kamar Sheikh Ghazali, kami meninggalkan Leuvan ke stesen pusat Brussels. Kotaraya Brussels yang menjadi pusat kebudayaan, perdagangan dan perindustrian itu kami tinggalkan tepat jam 12 tengahari. Kami bercadang mengunjungi kota itu dalam perjalanan pulang setelah selesai pengembaraan nanti. Tambahan lagi bag besar kami masih tersimpan di kedutaan Malaysia di Brussels.

Keretapi yang sentiasa kemas dan bersih meluncur laju meninggalkan Brussels menuju ke Amsterdam. Oleh kerana terlalu letih , kami terlelap dan tidak dapat menyaksikan keindahan semulajadi pandangan di kiri kanan sepanjang perjalanan. Kami hanya sedar apabila tiba di sempadan Belgium-Holland, apabila dikejutkan oleh pihak imigresen dan kastam. Oleh kerana kami mempunyai dokumen yang diperlukan, tidaklah menjadi masalah.

Walaupun demikian kami diperiksa dengan sebegitu teliti. Ini telah kami duga kerana imej rakyat negara kita agak tercemar akibat beberapa kejadian penuyeludupan dadah yang dilakukan oleh pemegang paspot Malaysia sebelum itu.

Kotraya Rotterdam, Dan Haag, Uterich dan beberapa kota kecil lain telahpun dilalui. Kami tidak bercadang untuk berhenti. Destinasi terakhir ialah Amsterdam. Dalam perjalanan itu dapat juga kami lihat simbol negara Holland iaitu kincir angin yang terpacak gagah. Jam 4 petang, barulah tiba di stesen pusat Amsterdam – empat jam perjalanan. Kami terus mencari rumah tumpangan belia yang berhampiran dengan stesen. Lama juga mencari baru berjumpa. Bayaran untuk semalam ialah RM26. Itulah yang paling murah. Itupun kami berkongsi bilik dorm dengan 26 belia lain dari New Zealand, Austrlia, Kanada, Israel dan juga Amerika Syarikat.

Oleh kerana perut lapar, kami terpaksa keluar semula ke bandar. Puas mencari tempat nakanan murah, tidak juga berjumpa. Kami terperanjat besar bila bertemui sebuah restoran makanan Indonesia ”Sukasari”. Rupa-rupanya terdapat banyak restoran serupa itu di kawasan tersebut kerana ramainya jumlah penduduk keturunan Indonesia di Amsterdam. Tambahan lagi Indonesia pernah dijajah oleh Belanda tidak lama dulu. Oleh kerana tak menjamah gado-gado dekat tiga tahun. Itulah yang dipesan. Harganya juga berpatutan.

Dalam perjalanan pulang mengikut arus manusia yang datangnya tak tahu daripada mana, kami tersesat. Jam menunjukkan angka 11 malam. Manusia masih lagi berpusu-pusu. Bila ditanyakan arah hostel, kami menghadapi masalah yang sama. Tiada siapa yang tahu berbahasa Inggeris. Yang boleh berbahasa Inggeris hanyalah para pelancung yang sama keadaannya dengan kami.

Tanpa disedari kami berada di kawasan ”Red District”- satu istilah bagi orang-orang di sini di mana pertunjukan sek bebas diadakan.Sungguhpun tempat serupa ini terdapat di Amerika, kami agak terperanjat dengan keadaan yang lebih berani di sini. Di samping majalah-majalah seks yang beratus tajuk, pertunjukan sek juga terdapat di mana-mana. Pelacur-pelacur berdandan cantik memakai bikini di tempatkan dalam cermin bergelas di kiri kanan jalan sebagai menjual daging lembu dan kambing di pasar..

Tujuan kami ialah mencari jalan pulang ke hostel. Kami tidak lama di situ. Akhirnya bersua juga hostel yang dicari yang rupa-rupanya terletak di belakang kawasan tersebut.

Ketika cuba-cuba melelapkan mata, hati kecilku berbicara. Beginilah akibatnya jika manusia hidup hanya berlandaskan kebendaan semata-mata.

* Petikan rencana ini pernah disiarkan di Berita Minggu di dalam kolum Catitan Dari Eropah oleh Salleh Kassim.

SELAMAT TINGGAL US - 01

BRUSSELS, ibu negeri Belgium nampak berbalam-balam dari udara. Jam di tangan menunjukkan angka lima waktu New York – 11 pagi waktu Brussels, apabila pesawat SABENA 271 mencecah landasan.
Selepas pemeriksaan imigresen dan kastam, aku dan Ibrahim Abdul Hamid, seorang pensyarah di ITM, terus menuju ke pondok telefon yang tersedia. Tangan menyelinap mencari-cari nombor kedutaan Malaysia. Tujuan asal ialah sekadar mendapatkan nombor telefon rakan-rakan pelajar yang tinggal di kota itu. Sekurang-kurangnya dapatlah kami menumpangkan bag besar yang tidak perlu dibawa dalam pengembaraan menjelajah Eropah Barat.

Rupa-rupanya orang kedutaan baik hati, lantas mempelawa kami ke pejabat. Bukan itu sahaja, mereka juga bertanyakan hal-ehwal kebajikan kami serta menawarkan tempat simpanan bag di bilik setor kedutaan. Tanpa membuang peluang, kami menerima tawaran itu.
Oleh kerana lewat, kami meneruskan perjalanan ke
Amsterdam di hari berikutnya. Kami berangkat ke Leuvan di pinggir kota Brussels dahulu di mana terdapat pelajar Malaysia di Catholic University. Sejumlah besar daripada mereka mengambil pengajian sarjana di bidang Pentadbiran Perniagaa, iaitu MBA.
Setibanya di bandar
Leuvan, sang perut mengadu hal untuk diisi. Oleh kerana hendak berjimat, terpaksalah makan makanan murah di tepi jalan. Goreng kentang dicecah tomato sauce dan sebotol Coca Cola sudah berharga RM9. Kopi O secawan berharga RM3 duit. Selesai makan kami mencuba nasib bertanyakan tempat tinggal pelajar Malaysia di Leuvanl. Agak sukar kerana bahasa penghantar Belgium ialah bahasa Flemish iaitu bahasa Belanda dan bukan Inggeris. Bahasa Perancis juga digunakan di kawasan berhampiran dengan France. Terpaksalah kami bertanyakan dengan anggota polis yang duduk terpacak di simpang jalan yang sentiasa bersedia membantu orangramai. Kerana keadaan, terpaksalah kami berbicara menggunakan bahasa isyarat tangan dan kaki. Kadangkala kami cuba memancing dengan berbahasa Malaysia dengan harapan mereka menjawab dalam Bahasa Inggeris. Rupa-rupanya tak mengena. Mungkin teknik ini kami boleh gunakan ketika di France nanti.

Setelah puas berjalan kaki barulah ditemui
Catholic University. Selepas bertanya beberapa orang di sepanjang jalan, barulah berjumpa dengan penuntut Malaysia. Rakan yang dicari rupa-rupanya telah pulang ke Malaysia, dan rumahnya didiami oleh penuntut Malaysia lain. Tidak lama kemudian, biliknya dipenuhi dengan penuntut lain yang mengetahui kedatangan kami. Sungguhpun baru berkenalan, perbualan rancak dan kami dijamu makan. Kemudian kami dihantar ke rumah Sheikh Ghazali, bekas penuntut ITM di Shah Alam.

BERSAMBUNG – Bahagian ke 2.....

* Petikan rencana ini pernah disiarkan di
Berita Minggu di dalam kolum Catitan Dari Eropah oleh Salleh Kassim pada 7/09/80.

RELAX SAT.....05

... Satu lagi kiriman e-mail untuk tatapan bersama.
(Tidak pasti kebenarannya)

Ini cerita krew sebuah stesen tv tempatan yang membuat penggambaran untuk Rancangan khas di Yaman.

Krew berkenaan tiba di sebuah perkampungan di selatan Yaman, kereta pacuan 4 roda mereka tiba-tiba mati kerana kehabisan minyak.
Oleh kerana pada waktu itu jurubahasa mereka tak ada, maka cakap arab pun ikut yang ingat aje.
Beberapa orang kampung pun datang hendak membantu.

Seorang krew stesen TV itu berkata sambil menepuk bonet kereta
"Engine - Innalillahhiwainalillahiroji'un ".
Seorang lagi krew berkata sambil menunjuk lubang tangki minyak
" Petrol - Sodaqallah hul azim".

Pening semua pak Arab tu.

NEW YORK- NEW YORK - 05

JAM baru sembilan pagi waktu Bloomington, Indiana. Berpisah dengan teman-teman yang baru dikenali di lobi Ramada Inn setelah lima hari bersidang membincangkan masalah yang melibatkan negara.
Persidangan yang bermula pada 25 Disember 78 itu bertemakan ”Pembangunan Malaysia : Penilaian dan Masa Depannya” boleh dianggap berjaya, sekurang-kurangnya menyedarkan mereka yang belum sedar mengenai perkara yang berlaku di tanahair setelah lama ditinggalkan.
Teman-teman sekereta dari Boston belum mahu pulang. Mereka mahu ke Chicago- di sebelah utara. Aku bukan tak mahu mengikut. Wang dikocek tidak mengizinkan. Oleh yang demikian aku dan Mustafa, teman serumah dan sekuliah terpaksa mencari kenderaan lain yang mahu pulang.
Bagaianmanapun, kami bercadang singgah di New York yang terpaksa dilalui dalam perjalanan pulang. Kota yang menerima 20 juta pelancung tahun lalu diharap sudi menerima kami. Mansur Putih yang tinggal di New York telahpun diberitahu yang kami akan singgah di tempatnya. Kami tiba jam 3.00 pagi setelah memanaskan pungggung di kereta selama 18 jam. Sungguhpun waktu sebegitu lewat, Kota New York masih sebok dengan kegiatannya.
Aku mengejut Mansur di biliknya. Dia rupa-rupanya masih diulit mimmpi. Sungguhpun mata mengantuk, terpaksa dibuka luas-luas melayan Mansur yang sebegitu ghairah mahu berbual setelah dikejutkan. Aku terpaksa tidur dulu dan Mustafa melayannya.
Esok paginya - Bangun awal. Hari terakhir di tahun 1978 – 31 Disember. Kami meninggalkan studio Mansur untuk sarapan dan bercadang melihat kotaraya New York hari itu. Cuaca kurang mengalakkan, seolah-olah meratapi perpisahan tahun 1978. Kami tidak boleh ke mana-mana. Hujan terlalu lebat. Kami hanya ke Universiti Columbia tempat Mansur Putih menyambung pengajian dari ITM dalam bidang Perfileman. Sempat juga meninjau Harlem – kawasan kediaman kulit hitam – dari jauh. Kami bercadang mengunjungi masjid di Harlem, tetapi tidak berbuat demikian kerana kesempitan waktu.
Sebelah malamnya perayaan tahun baru disambut di seluruh Amerika. Di New York ia diadakan di Time Square. Kami bertiga keluar awal untuk turut menyaksikan kota tersebut mengalu-alukan kedatangan tahun baru ketika tengah malam. Suasana malamnya pun seolah-olah seperti siang. Manusia seperti semut di setiap lorong-lorong keretaibawah tanah dan stesen bas. Mereka dengan hal masing-masing seolah-olah tidak memperdulikan yang orang lain juga wujud.
Tiba di Time Square, terkejut menyaksikan lautan manusia. Mereka sudahpun membanjiri tempat tersebut awal-awal lagi. Kami sendiri terperangkap tidak boleh bergerak ke mana-mana. Tolak menolak, gesel mengesel, terpekik terlolong menjadi perkara biasa. PolisNew York berkawal rapi di setiap lokasi. Oleh kerana sudah terlalu ramai, polis sukar menjaga keadaan. Manusia yang kebanyakknya mabuk seolah-olah melupakan dunia bagi menyambut tahun baru. Aku pun pelik memikirkannya. Kejadian ganjil seperti memanjat tiang lampu, kencing di halayak ramai dan pergaduhan berlaku di depan mata. Selok saku menjadi-jadi.
Tepat jam 12 tengah malam Tahun 1979 menjenguk muka. Semuanya terpekik dan berteriak ”Happy New Year” dinyalakan di papantanda di depan mata. Selesai acara , masing-masing pulang ke rumah masing-masing.

* Petikan rencana ini pernah disiarkan di Berita Minggu di dalam ruangan Warkah Salleh Kassim dari Amerika.

Saturday, November 29, 2008

RELAX SAT ..... 04

Satu lagi rangkaian email yang diterima untuk rujukan bersama ...


Learn Chinese in 5 minutes?


Ai No Pei............ I got this for free
Dum Gai
............. Stupid Man
Gun Pao Der......... An ancient Chinese invention
Hai Dei Kum............ They have arrived
Hao Long Wei Ting?........... Has your flight been delayed?
Kum Hia Nao......... See me A.S.A.P
Lao Zi ............... Not very good
Moon Lan Ding ........ A great achievement of the NASA program
No Pah King........... This is a tow away zone
Shai Gai
........... A bashful person
Tai Ne Bae Be
........ A premature infant
Tai Ni Po Ni
........ Small Horse
Wa
Shing Ka ........ He's cleaning his automobile
Wai Go Nao?......... Please, stay a while longer
Wai Hang Mi?
....... I am not guilty
Wai So Dim? ......... It's very dark in here
Wai U Shao Ting
......... There is no reason to raise your voice
Wai Yu Sing Dum Song?...Do you know the words to the Macarena?
Wai Yu So Tan?.......... Did you go to the beach?
Yu So Dum
............. You are not very bright
Tai Koo Ching ............smelly shit of a cat
Tong Sam Pah..............a container to put rubbish in.
Hang Gee La .............you are Mad!!!
Mah Nya Chan Teik !
.............. Dont be presumptious
Chee La Kah Loo..................I am upset
Mah Nya Cha Kap...................Big mouth
Ta Ble Ku Lang.........................
Price is fix.
Goh Bek Tu Wok............
Stop sending replies to the joke

BERMESYUARAT DI AMERIKA - 04


Pembangunan MALAYSIA : Penilaian dan masa depannya.”. Itulah tema Persidangan Agung & Perhimpunan Tahunan ke 10 Persatuan Mahasiswa Amerika Utara, ringkasnya PEMAU tahun 1978. Ia berlangsung selama lima hari bermula dari 25 Disember di Universiti Indiana, Bloomington.

Seramai 315 penuntut Malaysia dari beberapa universiti di Amerika Syarikat dan Kanada menghadiri upacara itu. Duta Malaysia ke Amerika, Datuk Zain Azraai merasmikan persidangan, Duta Malaysia ke Kanada, Datuk Ahmad Zainal Abidin serta wakil Menteri Pelajaran dari Kuala Lumpur, Encik Aziz Shamsuddin turut hadir.

Lapan kertas-kerja dibentang dan dibincangkan di persidangan lima hari itu. Datuk Zain Azraai dalam ucapan perasmiannya mengingatkan peserta supaya menyedari hakikat bahwa mereka bukanlah satu golongan elit baru yang akan kembali ke tanahair menggantikan sisitem kolonial British dulu. Mereka datang daripada masyarakat dan adalah sebahagian daripada mereka dan dengan demikian adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk kembali berkhidmat untuk masyarakat.

Dalam hal ini, ketika kembali ke tanahair nanti selepas tamat pengajian, hendaknya janganlah mereka hanya memperjuangkan rumah besar, kereta besar, banyak saham dan melupakan tanggungjawab.

Adalah menjadi tanggungjawab mereka memikirkan cara terbaik dan membina dalam membentuk masyarakat Malaysia yang membangun dan moden tanpa merubah kebudayaan dan norma-norma hidup ketimuran.

Tema persidangan itu bersesuaian kerana ia menimbulkan beberapa soal pokok mengenai ciri-ciri masyarakat Malaysia yang hendak dibina bersama. Ia juga menyentuh soal corak masayarakat Malaysia yang dikehendakki dan apa pula yang boleh dan sanggup dibuat untuk membinanya.

* Petikan rencana ini pernah disiarkan di akhbar Berita Minggu dalam ruangan Warkah Salleh Kassim dari Amerika.

Friday, November 28, 2008

RELAX SAT.....03

Diperpanjangkan e-mail yang diterima daripada seorang teman untuk renungan bersama...

Usia Perkahwinan & Tahap Kemesraan ....

* Baju baru:

6 minggu: Darling, u sungguh anggun dengan pakaian itu

6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?

6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

* Balas SMS

6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai ruma, i beli murtabak kesukaan u..

6 bulan: trafik jam ah

6 tahun: k..

* Dating

6 minggu: I love U, I love U, I love U.

6 bulan: Of course I love U.

6 tahun : Iyalah!! kalau i tak luv u, buat apa i nikah ngan u??

* Hadiah Ulangtahun

6 minggu : Sayang, i harap u suka cincin yang i beli

6 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah

6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak..

* Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka i, sedap betul makanan ni..

6 bulan: Kita makan apa malam ini??

6 tahun: HAH? LAUK INI LAGI?

* Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, dah pecah pun,bukan rezeki kita  nanti kita beli lain eh

6 bulan: Hati-hati! Nanti jatuh tuh.

6 tahun: Dah bilang berkali2  tak faham ke!!

*Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan pi europe atau ke tempat yg u nak honey?

6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit tak perlu naik flight...

6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH EH? INGAT I CAP DUIT KE!!!

* Guna Toilet:

6 minggu: tak apa, u dulu aje lah, i tak buru2 .

6 bulan: masih lama tak nih?

6 tahun: bang,bang,bang (suara pintu diketuk), kalau nak bertapa pi lahbatu cave !!!

* Pulang Opis

6 minggu: Honey, i dah balik nih...

6 bulan : I'm BACK!!

6 tahun: Masak apa hari ini??

* Sebelum Tidur

6 minggu: selamat beradu sayang, mimpi indah ya, mmmmuah.

6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau ah.

6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole ke???!

* Telefon:

6 minggu: Baby, ada yang ingin bbual ngan u di telefon nih

6 bulan : Eh...your call...

6 tahun : HOOI TELFON BUNYI TUUUHHH....ANGKAT AH!!!

TV:

6 minggu: Honey,  nak tengok apa  malam ini ?

6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.

6 tahun: JANGAN TUKAR2 BOLE?