Wednesday, March 31, 2010

SURIA FM KEMBANG SAYAP

Petikan utusan online - 31/03/10.
Suria FM kembang sayap
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
MULA beroperasi pada Disember 2006, stesen radio milik Rimakmur Sdn. Bhd., Suria FM yang juga anak syarikat Star Publications ini mula menampakkan peningkatan...LAGI...
>>>>>>>>>>
CATATAN PK
*Sekadar maklumat.

Thursday, March 25, 2010

BROADBAND HSBB

Petikan bernama.com - 25/03/10.
Infrastruktur Tahap Dunia Jadikan Malaysia Negara Maju
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tumpuan harus diberikan kepada pembangunan infrastruktur bertahap dunia untuk mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Beliau berkata perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) adalah satu yang boleh dikatakan sebagai 'key enabler' untuk merubah Malaysia daripada sebuah negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi...LAGI...
>>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK.
Sekadar maklumat.

Wednesday, March 24, 2010

LESEN TV BERBAYAR

Petikan utusan online - 24/03/2010
Tujuh syarikat diberi lesen sediakan siaran TV berbayar
KUALA LUMPUR 24 Mac - Tujuh syarikat telah diberi lesen individu perkhidmatan aplikasi kandungan untuk tujuan menyediakan siaran sistem televisyen berbayar, selain Astro, sehingga Mac lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, namun begitu, sehingga kini belum banyak syarikat yang dapat menyediakan perkhidmatan tersebut menyebabkan rakyat Malaysia masih bergantung kepada perkhidmatan yang disediakan Astro...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK.
Sekadar maklumat.

BAHASA MELAYU DI RADIO

Petikan bharian.com.my- 24/03/10.

Fragmen: Bahasa Melayu di radio dan Wajib Siar yang kelabu
Oleh Zainuri Misfar
Turut menarik perhatian ialah bagaimana juruhebah menggunakan bahasa Melayu dengan betul penuh berdisiplin. Kita berasakan juruhebah dan penyampai radio di Singapura benar-benar menghormati bahasa Melayu.

Ini bukan sekadar sebutan, tetapi tata bahasanya juga tidak tunggang langgang. Malahan mereka tidak sama sekali menggunakan pertuturan bercampur aduk bahasa Melayu dengan Inggeris sungguhpun kita tahu bahasa majoriti penduduk Singapura bertutur bahasa Inggeris.

Ia sangat berbeza dengan penyampaian bahasa Melayu oleh stesen radio kita. Di stesen radio swasta, penyampai atau juruhebahnya memang tidak ada disiplin langsung sehingga penggunaan bahasa Melayu campur Inggeris sebagai perkara biasa.

Mungkin stesen radio kita mengambil pendekatan realiti iaitu macam mana pendengar bertutur dalam bahasa seharian, begitulah yang mereka gunakan dalam konti. Ia tidak bersifat mendidik, memujuk atau menanam satu sifat dalam jiwa pendengar dan orang ramai supaya menggunakan bahasa Melayu dengan teratur, betul dan berdisiplin...LAGI...

>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

* Lihat blog sebelum ini mengenai Bahasa Baku di TV3 &

* Pikat Pendengar.

KENAPA AKU LETIH BEKERJA

Petikan daripada e-mail kawan-kawan.
KENAPA AKU LETIH BEKERJA
Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1..7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.
1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.
Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi...........
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....
Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...
Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku....
Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat , layan facebook, dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana aku tak letih!!
Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak...."
just for fun...jgn siyes sgt... nt cpt mati, xde sape nk buat keja...hahahahaa. ..

Regards,

Syahir Ismail

60 JUTA UNTUK ICT

Petikan www.bernama.com- 23/03/10
MDeC Sediakan Dana RM60 Juta Untuk Pembangunan ICT Di Seluruh Negara
KOTA BAHARU, 23 Mac (Bernama) -- Multimedia Development Corporation (MDeC) menyediakan dana berjumlah RM60 juta untuk membantu membangunkan usahawan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di seluruh negara, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Halim Ali.

Beliau berkata peruntukan itu diamanahkan oleh Multimedia Super Coridor (MSC) Malaysia untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat berasaskan ICT dan multimedia bagi merebut peluang untuk bersaing dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi ini...LAGI...
>>>>>>>
Sekadar maklumat.

Wednesday, March 10, 2010

RADIO RTM PERLU DISEGARKAN

Petikan : bharian.com.my - 10/03/10.
Fragmen: Radio RTM perlu disegarkan semula
Oleh Zainuri Misfar
KETIKA ini kita difahamkan semua stesen radio sedang bertungkus lumus menyajikan persembahan terbaik masing-masing kerana satu kaji selidik untuk mencari radio popular dikalangan pendengar sedang dilakukan.
Pastinya kita menunggu apakah HotFM mampu mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio nombor satu? Adakah Era mampu merampas semula kedudukan sebagai radio nombor satu? Bolehkan Sinar FM memperbaiki kedudukannya selepas tergelincir di tempat ketiga dalam kaji selidik yang lalu?
Bagaimana pula kedudukan stesen radio RTM, terutama radio peringkat nasional seperti Klasik Nasional, MuzikFM, AiFM, TraxxFM dan Minnal FM serta Asyik FM? Menerusi kaji selidik Nielsen pada Oktober 2009, daripada 10 stesen radio yang menjadi pilihan utama pendengar, empat daripadanya radio di bawah naungan RTM.
Nampaknya, radio RTM perlu menerima hakikat mereka masih ketinggalan. Kalau berdasarkan kajian Nielsen yang lalu, kedudukan terbaik daripada radio RTM ialah daripada radio negeri iaitu di tempat kelima di belakang Hot FM, Era, Sinar FM dan Thr. Bagi radio peringkat nasional, stesen radio Klasik Nasional di tempat kelapan, diikuti dengan Muzik FM (kesembilan)...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Tuesday, March 9, 2010

PENAPISAN FILEM-GARIS PANDUAN BARU

Petikan utusan online - 8/03/10
Garis panduan baru penapisan filem berkuatkuasa 15 Mac
PUTRAJAYA 8 Mac - Garis panduan baru untuk penapisan filem akan dikuatkuasakan 15 Mac ini selepas ia dikaji semula kali buat pertama kalinya sejak diperkenalkan pada 1993.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam berkata, keputusan itu diambil hasil persetujuan bersama antara kerajaan dengan golongan karyawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.
"Draf pindaan yang diedarkan kepada penerbit-penerbit filem telah pun dipersetujui dalam mesyuarat hari ini...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Tuesday, March 2, 2010

TIADA SEKATAN INTERNET

Petikan bernama.com.my – 2/03/10.
Kerajaan Tidak Akan Sekat Maklumat Di Internet - Rais
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kerajaan tidak akan menyekat pengaliran maklumat di internet tetapi berharap agama dan budaya akan dijadikan panduan dalam memanfaatkan kebaikan penggunaannya.
Beliau berkata kerajaan juga boleh menguatkuasakan undang-undang di tahap maksimum sebagai usaha menyekat unsur-unsur negatif yang disebarkan menerusi media baru terutama internet.
Katanya kerajaan tidak akan mengambil tindakan seperti China yang bercadang mewujudkan "Green Dam" sebagai langkah menyekat kemasukan unsur-unsur negatif dalam internet...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.