Thursday, April 30, 2009

TV JAKIM -SALURAN BERDAKWAH?

Petikan daripada Utusan Online – 30/04/09.

NAMA baik Islam di seluruh dunia sekian lama tercemar kerana momokan dan pendedahan songsang oleh media utama dunia tajaan bukan Islam. Faktor ini menjadikan kehidupan umat Islam pada zaman moden begitu mencabar kerana mereka telah dilabel dengan pelbagai persepsi negatif yang telah didoktrinkan oleh media tersebut....LAGI...

>>>>>>>>

CATATAN PK

Sepertimana pernah disebut di blog sebelum ini, aku amat mengalu-alukan cadangan penubuhan stesen TV seperti ini. Ini kerana, kita di Malaysia masih lagi ketandusan dengan siaran TV berilmu yang berteraskan Islam sama ada dalam Bahasa Malaysia mahupun Inggeris.

Sekadar cadangan kepada JAKIM, daripada orang yang tak sepenting mana - Dalam menubuhkan TV Jakim, perlu juga difikirkan agar segala kandungan program yang sesuai khususnya yang berbahasa Inggeris digunapakai di dalam TV Jakim yang diwebtvkan.

Ini kerana, sebagai sebuah stesen TV, TV Jakim mampu memperkaskan lagi tugasnya bagi membolehkan lebih ramai khalayak dunia mengikuti TV berteras Islam ini menerusi internet. Sebagai sebuah stesen TV Terresterial, hanya orang Malaysia sahaja yang boleh mengikuti siaran ini.

Dengan kakitangan serta sumber kewangan,TV Jakim mampu menjadiwadah baru dalam memberi maklumat yang boleh diakses di seluruh dunia dan mampu memaparkan wajah sebenarnya Dunia Islam. Secara profesional laman web ini mampu membentangkan isu-isu mengenai Islam bagi membuka mata mereka yang kurang arif mengenai Islam sebenarnya.

Saya juga pernah menghantarkan satu cadangan mengenai pembinaan webtv berteras Islam kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab dengan Hal Ehwal Islam iaitu Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai isu yang sama. Mungkin kertas cadangan itu tidak sampai ke pengetahuan beliau.

Saya juga telah mencuba melakukan perkara ini tidak lama dulu dengan membangunkan sebuah stesen tv di internet bernama globalmuslim.tv. Pada mulanya sebuah organisasi belia Islam tanahair berhasrat membiyaai operasi pembangunan webtv ini yang berfungsi sebagai jurucakap Dunia Islam, namun apabila prasarananya siap sedia, dana yang dijanjikan tidak sampai. Saya terpaksa menutup laman web ini kerana ketiadaan dana. Kos melakukannya tidaklah seberapa, tetapi saya merasakan inilah satu usaha berkesan yang boleh dilakukan dalam menyediakanplatform bagi membolehkan suara Dunia Islam yang moderates disebarkan secara terus.

Mungkin ada yang berpendapat bahwa pelbagai laman web yang mempunyai peranan yang sama telah sedia ada di alam maya untuk menangkis segala tohmahan yang dibuat untuk memperlekehkan Dunia Islam. Perlu diingat, sebuah rangkaian televisyen di internet yang boleh dilayari di seluruh dunia yang berteraskan keseluruhannya webtv, belum sedia wujud.

Wednesday, April 29, 2009

MEDIA PRIMA UNJUR CATAT UNTUNG

Petikan Daripada B.Harian online - 29/04/09.

Syarikat yakin pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi beri impak positif

MEDIA Prima Bhd, kumpulan media bersepadu utama Malaysia, menjangka mampu terus mencatatkan keuntungan tahun ini, dibantu oleh impak pakej rangsangan ekonomi dilaksanakan kerajaan.

>>>>>>>>>

CATATAN PK

Adalah diharapkan Media Prima Bhd. yang memiliki 100 peratus kepentingan dalam TV3, 8TV, ntv7 dan TV9 terus memainkan peranan sebagai penggerak media elektronik utama di negara ini .

Dalam keghairahan mencatatkan keuntungan itu tanggungjawab sosial perlu juga terus diberi perhatian.

Meminjam kata-kata Menteri Penerangan, Datuk Seri Rais Yatim program-program tempatan yang dihasilkan harus "mempunyai perancangan untuk memperkukuh dasar 'Satu Malaysia' dengan mewujudkan segmen 'membina negara' di dalam setiap program media cetak dan media elektronik. Inisiatif itu bagi memastikan semua media tidak hanya tertumpu kepada hiburan untuk menambah sumber pendapatan tetapi turut mengetengahkan informasi yang sihat kepada masyarakat."

Program-program seperti liputan Persandingan VIPs dalam program NONA mislanya - adalah di antara program yang tidak akan membantu masyarakat dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang semakin merudum.

JOHAN JAFFAR KE MEDIA PRIMA

Petikan daripada B.Harian Online 29/04/09

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Johan Jaffar dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), berkuat kuasa Khamis ini.

Lagi.......

>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Datuk Johan Jaffar adalah personaliti kedua yang pernah bertugas di Dewan Bahasa & Pustaka, DBP untuk menerajui TV3 dan stesen sekutunya. Ketika aku berada di TV3, pada awal 90an, Pengerusi TV3 ketika itu ialah Datuk Mohd Noor Azam yang juga pernah bertugas di DBP.

Adalah diharapkan dengan pelantikan Pengerusi Eksekutif baru Media Prima, stesen di bawah pengelolaannya khususnya TV3 terus diperkukuhkan dan menjadi stesen-stesen penyiaran pilihan utama rakyat negara ini. Adalah juga diharapkan TV3 khususnya, akan meneruskan misinya ketika penubuhannya pada tahun 1985 iaitu memperkasakan tanggungjawab dalam hal yang berhubungkait dengan budaya, bahasa dan negara.

Tuesday, April 28, 2009

LIPUTAN SEIMBANG UNTUK OBAMA?

PETIKAN DARIPADA BERNAMA:

MEDIA MALAYSIA BERI LIPUTAN SEIMBANG MENGENAI PRESTASI OBAMA KUALA LUMPUR

28 April (Bernama) – Media Malaysia memberi liputan seimbang mengenai presiden AS Barack Obama, demikian menurut syarikat risikan media terkemuka Asia Pasifik. Asia Media Monitors Sdn Bhd, yang melakukan analisis terperinci tentang liputan media dari permulaan hingga hari ke 100 Obama menyandang jawatannya, menyatakan media tempatan memberikan jumlah liputan yang sama antara yang mempercayai bahawa presiden baru itu telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan yang berpendapat beliau tidak dapat melaksanakan sepenuhnya segala ekspektasi.

Lagi.....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Analisis dan penemuan yang dihasilkan oleh Asia Media Monitors adalah menarik dalam konteks liputan antarabangsa mengenai seorang Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Pada waktu yang sama, adalah juga menarik sekiranya ada pihak lain atau Asia Media Monitors sendiri yang menjalankan analisis mengenai liputan kepimpinan yang berlaku di negara ini yang merangkum tahap kepimpinan pihak Kerajaan serta pihak Pembangkang. Sekiranya diteliti dan juga telahpun menjadi pengetahuan umum, media arus perdana sepastinya jelas mengambil pendekatan pro-kerajaan dalam apa juga isu yang di ketengahkan. Waimah, semuanya tahu, akhbar arus perdana ini juga didokong oleh parti politik yang memerintah sementara parti pembangkang pula mempunyai akhbar organ partinya sendiri.

Pada jangka panjangnya sekiranaya media arus perdana terus menggunapakai pendekatan yang ada, ia boleh menjejaskan kredibiliti akhbar itu. Sekiranya trend ini berterusan, media alternatif atau media baru secara perlahan-perlahan akan mengambilalih peranan yang dimainkan oleh media arus perdana ini.

Adalah menarik sekiranya ada kajian khusus mengenai perkara ini dijalankan bagi melihat realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakt Malaysia ini dalam usaha mencapai matlamat gagasan 1Malaysia yang divisikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

IKIM FM DAN PERANANANYA

Petikan daripada www.hmetro.com.my – 24 April 2009
Ikim.fm susun strategi bersaing
RADIO Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) menampilkan rancangan istimewa sepanjang tahun ini bagi memenuhi selera pendengarnya dan menyampaikan kefahaman Islam secara menyeluruh.

Ketua Pengarah Ikim, Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas, berkata Ikim.fm menyusun pelbagai langkah untuk merangsang lagi penjenamaannya dengan meluaskan promosi melalui media cetak.
"Kami berharap Ikim.fm lebih berdaya saing sebagai satu-satunya stesen radio berlandaskan pandangan Islam," katanya.
>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Penubuhan IKIM lapan tahun lalu bermatlamat untuk memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya demi menjaga kesucian ajarannya yang sebenar tanpa menyentuh perkara-perkara retorik atau menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Sejak penubuhannya stesen radio ini telahpun berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.
IKIM kini perlu memikirkan cara amemperkasakan lagi peranannya khususnya dalammemberikan KEFAHAMAN kepada Orang Bukan Islam. Pendekatan Ikim.fm selama ini perlukan pengubahsuaian tertentu dengan memasukkan elemen yang boleh mengalakkan Orang Bukan Islam berkeinginan mendengar siaran Ikim.fm untuk MEMAHAMI Islam – Agama rasmi negara.
Untuk melangkah ke hadapan lagi, Ikim.fm juga perlu memikirkan cara bagaimana stesen ini boleh diikuti di seluruh dunia menerusi internet dalam Bahasa Inggeris. Tenaga kerja yang ada bekemampuan untuk melakukannya dalam mana Ikim.fm boleh diikuti di seluruh dunia bagi menangkis apa juga usaha untuk memperlekehkan Dunia Islam dan umatnya.
Usaha-usaha semasa IKIM yang dilaksanakan di media cetak menerusi penulisan felo-felo IKIM sedikit sebanyak mampu memberi maklumat kepada pembaca-pembaca Islam dan Bukan Islam untuk MEMAHAMI apa itu Islam sebenarnya.

Sunday, April 26, 2009

SELAMAT MAJU JAYA DATUK TIGER

Petikan daripada NST Online » Columns -2009/04/26
OPINION: 'Promoting RTM is first priority'
Datuk Ibrahim Yahaya, the former chief news editor of Berita Harian, was appointed the Ministry of Information's director-general of broadcasting. Ibrahim talks to ARMAN AHMAD about his new job.
Q: You are the highest ranking civil servant to have been appointed directly. How do you feel about this?
A: It carries a lot of responsibility. I feel like I am an experiment. If this works out, then the government may take in more people straight into higher posts in the civil service. It's important that I do a good job.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Lantikan Datuk Ibrahim Yahya (Tiger) sebagai Ketua Pengarah Penyiaran RTM adalah satu pelantikan yang menarik. Buat pertama kalinya, mereka daripada sektor swasta dilantik mengetuai satu institusi tertinggi dalam perkhidmatan awam. Berjaya atau tidak pendekatan ini terletak di atas bahu Ibrahim Tiger bagi melaksanakan dan menjayakannya. Sekiranya usaha ini berjaya, gabungan sektor swasta dan awam akan menjadi pendekatan terbaru dalam sistem perkhidmatan awam di negara ini. Adalah diharapkan warga di RTM, melihat perkembangan ini sebagai satu usaha positif untuk membolehkan mereka keluar daripada kepompong selesa selama ini untuk menerima perubahan. Pendekatan ”out of the box” kadangkala perlu bagi meningkatkan prestasi kerja ke arah yang lebih cemerlang.

PK sentiasa mendoakan kepada kejayaan Datuk Ibrahim Tiger.

Thursday, April 23, 2009

LAYAK TERIMA ANUGERAH?

PETIKAN DARIPADA BERNAMA.

RAIS - PENULIS BLOG PERLU JAYAKAN 1MALAYSIA, KATA RAIS

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Penulis ‘blog’ harus turut menyemai dan menjayakan Konsep ‘1Malaysia’, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Menurutnya genre penulisan yang semakin popular menerusi internet itu boleh mendorong masyarakat untuk bekerja secara ikhlas dan bersatu-padu.

Selain menyuarakan pandangan secara kritis, beliau berharap penulis blog “harus memberi markah positif” kepada perkara betul yang dilakukan kerajaan. Dalam pertemuan dengan penulis blog tempatan di sini malam tadi, Rais berkata sebagai menteri berkenaan, beliau mahu menghulurkan salam persahabatan dan bukan menyukarkan mana-mana pihak yang dapat menyumbang kepada budaya berfikir masyarakat. Sambil menyatakan beliau masih mencari perkataan yang sesuai untuk ‘blog’ dan blogger’, beliau berkata sejak munculnya Internet, “dunia maya” yang tidak mempunyai sempadan, budaya masyarakat di negara ini turut berubah. Katanya media penulisan menerusi kertas menjadi kurang diminati generasi muda yang kini cenderung kepada genre internet -- “blog dan Facebook”. “Saya telah nyatakan kepada kakitangan saya bahawa jika anda tidak sensitif terhadap apa yang berlaku dalam dunia maya ini, jabatan anda akan menjadi ‘kuno',” katanya...........

>>>>>>>>>>>

CATATAN PK.

Pada hemat saya, walaupun dalam "Dunia Tanpa Sempadan" serta "Era Globalisasi" – media lama dan juga baru perlu melaksanakan tugasnya sebagai Pendidik, Pemberi Maklumat dan Penghibur. Oleh kerana kepentingan keuntungan yang dijadikan tumpuan ciri MENGHIBUR menjadi objektif utama dan ini telah meminggirkan ciri Mendidik & Memberi Maklumat.

Oleh kerana itu tidaklah hairan kalau ditanyakan soalan mudah kepada pelajar-pelajar sekolah pada masa ini. Apakah cita-cita mereka? Hampir sejumlah besar akan menjawab - mahu jadi Penghibur atau Artis. Ini terjadi kerana media telah meletakkan Penghibur sebagai WIRA dalam masyarakat. Satu kajian yang saya jalankan ketika menjadi Pensyarah di UM pada awal 80an di atas tajuk Penghibur sebagai Wira di Malaysia menunjukkan dalam segi populariti – Penghibur diletak di persada paling atas. Sekiranya diadakan undi popular–Allahyarham Sudirman lebih dikenali daripada Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohammad.

Apakah trend ini masih berterusan? Kemungkinan besarnya ada.

Jika diperhatikan - acara siaran langusng di TV tempatan memberi keutamaan dan pengiktirafan kepada golongan PENGHIBUR sahaja. Lihat sahaja deretan pengiktirafan yang di siaran langsungkan... Angerah AIM, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Era, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Seri Angkasa, Anugerah Skrin, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Festival Filem Malaysia/Asia.

PERSOALANNYA :Adakah Anugerah yang bukan berteras Penghibur tidak layak diiktiraf dan tidak perlu di Siaran Langsungkan.

Anugerah Hadiah Kewartawanan Malaysia misalnya atau apa juga kerjaya lain tidak pernah pun diberi liputan secara "LIVE".

Memetik kata-kata Nabil yang kebetulan juga seorang Penghibur – Lu Pikirlah Sendiri.

Tuesday, April 21, 2009

BELANTARA

Belantara – sebuah dokumentari mengenai keindahan hutan tropika Taman Negara menjadi hasil pertama penerbitan syarikatku Prime Time Communications Sdn. Bhd.

Program dokumentari khas untuk siaran RTM ini adalah projek sulung selepas aku meninggalkan TV3 dan membuka syarikat sendiri. Apabila mendapat kebenaran lampu hijau dari RTM, aku membuat persediaan bagi menghasilkan penerbitan pertama. Ketika itu RTM belum memberikan lagi sebutharga sebenar bagi penerbitan sebuah dokumentari setengah jam.

Oleh kerana aku belum mempunyai kakitangan, aku meminta bantuan rakan yang pernah bertugas di TV3 iaitu Hamid Mustapha untuk membantuku. Aku melantiknya Pengarah, dan memintanya mencari krew yang dipercayai yang terdiri daripada Freelancer yang mahir dalam bidang ini untuk melaksanakan tugas-tugas yang diberi. Antara mereka yang terlibat dalam penerbitan dokumentari itu ialah Din iaitu adik Zainah Anwar-Sisters in Islam sebagai penulis skrip dan temannya Hayati, Kamal Rozza dan Hamid Mustapha sendiri. Mereka berada di hutan Taman Negara hampir dua minggu untuk membuat penggambaran yang diperlukan.

Aku mengeluarkan peruntukan yang agak tinggi kerana ke semua freelancer ini adalah berpengalaman dalam bidang masing-masing - dan aku merasakan mereka perlu dibayar sedemikian. Sebagaimana projek yang menggunakan perkhidmatan freelancer, aku membayar 50 peratus peruntukan sebelum penggambaran dan membayar bakinya selepas projek diselesaikan.

Setelah siap dokumentari itu dan menghantarnya ke RTM, Pengarah Urusannya ketika itu, Salleh Patih Akhir memberitahuku Dokumentri yang diterbitkan itu dikategorikan dalam Kategori A. Berdasarkan kepada harga dalam kategori itu, RTM hanya boleh membayar RM25,000 sahaja untuk sebuah dokumentari. Mengikut perkiraanku, aku telahpun membelanjakan kos lebih daripada RM20,000 dan mengharapakan RTM membayar lebih daripada itu. Namun aku terpaksa menerima hakikat sedemikan walaupun aku tidak mengalami kerugian bagi projek pertama itu.

Apa yang memberangsangkan daripada hasil penerbitan pertama itu ialah Belantara terpilih disenaraicalun di bawah kategori Dokumentari Terbaik Anugerah Seri Angkasa tahun itu. Dan ketika malam Anugerah tiba, salah seorang penerbit Freelancer - Kamal Rozza mewakili aku merangkul Anugerah Dokumentari Terbaik Anugerah Seri Angkasa 1994.

STESEN TV JAKIM

PETIKAN DARIPADA BERNAMA

JAKIM LANCAR STESEN TV JULAI INI

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melancarkan stesen televisyen Julai ini yang diharapkan dapat memenuhi selera penonton dari kalangan orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata buat masa ini, stesen tersebut dinamakan TV Jakim sementara menunggu perbincangan selesai dibuat untuk menetapkan nama barunya.

Stesen ini diharap akan mewujudkan ruang kepada masyarakat untuk menilai satu kelainan yang dipaparkan, katanya kepada pemberita semasa melawat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, di sini hari ini.

-- BERNAMA

>>>>>>>>

CATATAN PK.

Adalah menjadi harapan semua, dengan wujudnya sebuah lagi stesen televisyen, maka peluang pekerjaan tersedia bagi pelajar-pelajar di menara gading yang membuat pengkhususan dalam bidang penyiaran dan yang berkaitan. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini, peluang sebegini amatlah dialu-alukan oleh golongan ini.

Monday, April 20, 2009

BENGKOK ATAU LURUS?

Petikan daripada Utusan Online - 20 April 2009.
Jambatan bengkok wajar dibina – Shahrir
JOHOR BAHRU 19 April – Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, jambatan bengkok menghubungkan Malaysia-Singapura wajar diteruskan.
Kata beliau, jambatan yang menghubungkan Tanjung Puteri di Johor dan Woodlands di Singapura itu boleh dilaksanakan dengan semangat setia kawan antara kedua-dua negara.
“Sebagaimana kita maklum kedua-dua Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan empat mata di Pattaya,Thailand baru-baru ini dan isu perbincangan berkisar projek ikon ini dan saya yakin ia dibincangkan secara serius.

Petikan daripada http://www.bharian.com.my
Johor: Syor bina jambatan lurus hubungi Singapura-Johor
Oleh Mohd Zin Ali dan Johan Afandi
bhnews@bharian.com.my

Projek boleh jadi mercu tanda wilayah Iskandar Malaysia

JOHOR BAHRU: Kerajaan Malaysia dan Singapura dicadangkan supaya membina jambatan baru yang lurus bagi menggantikan Tambak Johor sebagai satu daripada projek mercu tanda yang akan dilaksanakan dalam wilayah Iskandar Malaysia.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad, berkata apa yang dikehendaki penduduk di bandar raya ini ialah satu jambatan baru yang lurus dan bukannya jambatan bengkok yang sudah diputuskan Peguam Negara sebelum ini yang mempunyai implikasi undang-undang.

………………….
CATATAN PK.
Laporan Akhbar mana yang betul – Mahu pilihan yang bengkok ataupun yang lurus?RasanyaBerita Harian yang betul selepas membandingkan dengan akhbar-akhbar lain.

Friday, April 17, 2009

BERITA RTM PUKUL 8 BALIK

Petikan Daripada BERNAMA.

RTM-SIARAN BERITA UTAMA NASIONAL@1 KEMBALI KE 8 MALAM MULAI ISNIN

17 April (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melakukan perubahan waktu bagi slot beritanya termasuk bagi berita utama Nasional@1 (Bahasa Melayu) yang akan kembali bersiaran pada pukul 8 malam mulai Isnin ini selepas dipinda ke pukul 9 malam sebelum ini. Tempoh siaran Nasional@1 (Bahasa Melayu) juga bertambah menjadi satu jam pada Isnin hingga Sabtu manakala setiap Ahad akan bersiaran dari pukul 8 hingga 8.30 malam, demikian menurut satu kenyataan RTM hari ini. Siaran Nasional@1 juga ditambah setiap hari Isnin hingga Ahad pukul 12 malam hingga 12.30 tengah malam yang dikekalkan siarannya menerusi TV1. Kenyataan itu menyebut penukaran waktu turut meliputi berita Nasional@1 (Mandarin) yang akan disiarkan pukul 6.30 hingga 7 petang, Nasional@1 (Tamil) pada pukul 6 hingga 6.30 petang dan pukul 8 hingga 8.30 malam untuk Nasional@1 (Inggeris) yang disiarkan di TV2. "Justeru, perubahan waktu yang berlaku turut menyebabkan siaran berita Wilayah@1 bersiaran pukul 6 hingga 6.30 petang setiap Isnin hingga Ahad di TV1," kata RTM.

..........................

CATATAN PK.

Pada zaman saya di Bilik Berita TV3 dahulu, menukar-nukar waktu siaran Berita adalah satu perkara yang begitu sensitif. Waktu siaran berita di TV3 juga turut diberi perhatian dalam mesyuarat Kabinet. Meletakkan waktu berita juga perlukan perhatian Kabinet kerana ia memberi kesan secara langsung kepada rakyat yang melihat stesen televisen sebagai pembekal maklumat mengenai agenda pembangunan kerajaan.

Maknanya, pada zaman dahulu ia mudah dikawal. Semua berita ditetapkan pada jam 8 malam dan tidak ada mana-mana stesen televisyen boleh menganggugugat slot Waktu Perdana itu. Sekarang ini walaupun ditentukan waktunya jam 8 malam untuk siaran berita – namun pelbagai bentuk siaran boleh dilihat di rangkaian lain untuk menyaingi siaran berita pada waktu itu.

Perkembangan baru ini memberi cabaran baru kepada Petugas di Bilik Berita di stesen televisyen yang ada dalam memberikan liputan berita yang diperlukan oleh penonton. Para penonton kini berbeza - Kuasa Remote Control di tangan membolehkan mereka menekan butang berpuluh-puluh lagi rangkaian televisyen yang ada. Mereka juga boleh mengikuti siaran berita menerusi internet.

KELAHIRAN PTC


Selepas bertugas hampir 8 tahun di TV3, pada tahun 1992, aku mengambil keputusan untuk meninggalkan tv swasta pertama itu untuk membuka syarikat sendiri. Aku merasakan pengalaman 8 tahun sudah cukup untuk menyediakan aku dengan pengalaman yang perlu sebagai persediaan menghadapi pelbagai cabaran ketika menjalankan perusahaan sendiri.

Aku menyewa sebuah pejabat di Lucky Garden Bangsar, yang secara kebetulan berhampiran lokasinya dengan TV3 yang ketika itu terletak di Jalan Liku.

Prime Times Communication Sdn. Berhad, PTC tertubuh, dan projek pertama syarikat ialah menghala ke RTM. Pengarah Urusan RTM ketika itu Salleh Patih Akhir adalah bekas bosku ketika bertugas sebagai wartawan di Bilik Berita Radio pada awal 70an.Dia menawarkan aku untuk menerbitkan beberapa siri dokumentari untuk stesen kerajaan itu. Aku hanya dapat menyiapkan 3 siri dokumentari iaitu Taman Negara, Malaysia 24 Jam dan Budaya Malaysia apabila projek itu dihentikan kerana ketiadaan pembiyaan.

Salleh Patih Akhir (Allahyarham), turut mencadangkan aku membuat projek usahasama dengan sebuah syarikat penerbitan tempatan untuk menghasilkan sebuah program perubatan yang merungkai isu-isu kesihatan dan dunia perubatan. Selepas menyediakan kertas konsep, aku menyiapkan program PILOT dengan bantuan beberapa teman bagi membolehkan RTM menawarkan kontrak 13 siri mengenainya.

Apabila RTM menerima konsep program ini, syarikat penerbitan yang dijalin secara usahasama itu mengambil keputusan mengugurkan kumpulan kami dan meneruskannya secara bersendirian.

Dari peringkat awal lagi, aku sudah menduga masalah sebegini akan berlaku dan akan terus berlaku dalam mana kepakaran kami hanya diperlukan untuk menyediakan kertas konsep program dan apabila stesen television menerimanya kami pasti ditinggalkan.

Berbekalkan pegalaman ini, aku mengambil keputusan untuk tidak lagi membuat projek sebegini dengan syarikat-syarikat yang gemar bermain silap mata dan berhasrat melakukannya secara sendiri.

Selepas menerbitkan rancangan untuk RTM tidak berapa menjadi, aku mengubah haluan ke TV3 dengan menghubungi Yunus Said yang sepeninggalanku di TV3 telah dinaikkan pangkat daripada Penyelaras Berita ke Pengarah Urusan. Pengurus Rancangan TV3, Khalil Mohd Zain yang juga juniorku di ITM adalah juga bekas bosku di Bilik Berita TV3. Aku usulkan kepadanya cadangan penerbitan sebuah rancangan berteras perniagaan iaitu Dari BSKL.

Hasilnya, aku ditawarkan 13 episod program Dari BSKL – dan ia adalah projek pertama PTC sebagai production house tanpa usahasama dengan sesiapa.

Wednesday, April 15, 2009

THE MOTHER OF ALL WEBSITES

All I can say is WOW ! 
You'll probably want to bookmark this one!
THE COOLEST THING SINCE THE INVENTION OF TV REMOTE CONTROL.
Just Point and click! 

 http://www.allmyfaves.com/