Monday, June 21, 2010

MORE GO ONLINE FOR NEWS FIX

Petikan nst.com.my - 21/06/10
More go online for news fix
IZWAN ISMAIL
AS a child, I used to see my late father puffing away on his cigarette after breakfast and skimming through the newspaper.
For him, the newspaper was his main source of information, apart from radio and TV...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

IMAMS TO THE FORE

Petikan the star online - 21/06/10
Imams to the fore
By AZHARIAH KAMIN
entertainment@thestar.com.my
Imam Muda is no ordinary reality show.
WHEN the new show called Imam Muda was first announced in April, many were doubting the reasons behind the show and how it would work...LAGI...
>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Sunday, June 20, 2010

KESAN TONTON TV

Petikan bernama.com - 19/06/10
Kesan Tonton TV Ke Atas Wanita Mengandung Di Tamil Naidu
Oleh P.Vijian
CHENNAI, 19 Jun Bernama) -- Wanita mengandung yang sering menonton siri triler di televisyen di sebelah malam didapati melahirkan anak yang kuat menangis, demikian menurut satu kajian...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Thursday, June 17, 2010

MELATIH WARTAWAN TV3

Hujung tahun lalu, Nurfarahin Jamsari bekas Penyampai Berita ketika aku di TV3 yang kini mengetuai Bahagian Latihan stesen itu menelefon aku memintaku membantu mengendalikan latihan wartawan & penerbit Primeworks Sdn. Bhd.
Pada mulanya aku memberikan nama rakan lain yang boleh melakukananya kerana aku agak sebok dengan tugas-tugas harian lain. Namun, Fara memberitahu, pengurusan atasan mereka khususnya Pengurus Besar, Ahmad Kamaludin Zabaie yang juga bekas kakitanganku di TV3, memintaku membantu mengendalikan kursus berkenaan.
Untuk itu aku meminta Fara memenuhi dua keperluan sebelum bersetuju mengendalikan kursus itu. Pertamanya kursus perlu dibuat pada hari Sabtu, bila aku berkelapangan dan keduanya, para pesertanya perlu trerdiri daripada gabungan wartawan dan juga penerbit.
Aku meminta sedemikian kerana selama aku dijemput mengendalikan pelbagai kursus kewartawanan penyiaran, lazimnya Aku diminta melatih para wartawan sahaja. Bila ini berlaku, bila mereka yang terlatih kembali ke tempat kerja masing-masing, pengetahuan yang diperolehi tidak boleh dipraktikkan kerana bos-bos mereka sendiri secara kebetulan tidak menghadiri kursus yang sama.
Antara mereka yang mengikuti kursus selama 15 jam itu ialah itu Siti Zainah Juahir (Producer) – Ole-ole Chef Wan, Kalijahwati (Producer) – Bersamamu, Mohd Naim Niamat (Producer) – Misteri, Siti Hajar Abdullah (Producer) – Wanita Hari Ini, Wan Farid Wan Mohamad (Producer) – Islamic Content, Muhammad Husni Mahat (BJ) –Misteri, Kamal Zakry Zainal (BJ) – Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain (BJ) – Majalah 3, Johari Abu Bakar (BJ) – 999 dan Mohd Fareed Shariff (BJ) – MHI.
Kursus itu dijalankan selama lima minggu dengan peruntukan masa 3 jam seminggu.
Kandungan kursus yang berasaskan refresher course ini berkisar kepada pelbagai aspek penerbitan seperti penulisan skrip, tatabahasa penggambaran, penyuntingan, stail television, membuat stand-upper, suara latar serta teknik wawancara untuk berita serta program bualbicara.
Pendedahan dalam dunia kewartawanan penyiaran perlu dilaksanakan dalam bentuk latihan berterusan kerana bidang penyiaran bergerak pantas dan berubah dengan keperluan semasa. Saingan dunia media baru penyiaran memerlukan Dunia Penyiaran konvensional sentiasa dalam keadaan siap siaga
untuk menyainginya.

Tuesday, June 15, 2010

CAJ KHIDMAT INTERNET DIKAJI

Petikan utusan online - 16/06/10
Kerajaan kaji turunkan caj khidmat Internet
SINGAPURA 14 Jun - Kerajaan dalam usaha melebarkan perkhidmatan jalur lebar ke seluruh negara sedang mengkaji untuk mengurangkan bayaran perkhidmatannya bagi memastikan rakyat terutama di luar bandar mampu memiliki perkhidmatan tersebut...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

INDUSTRI ANIMASI JANA RM1.1B

Petikan utusan online - 16/06/10
Industri animasi jana RM1.1b
Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABD.
RAHIM dan NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my
CYBERJAYA 14 Jun – Industri berkaitan animasi mampu mencapai perolehan sebanyak RM1.1 bilion, selain mencatat jumlah eksport RM660 juta menjelang tahun 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia boleh dicapai melalui penubuhan Pusat Animasi dan Kandungan Kreatif Malaysia (MaC3) yang akan memberikan impak besar kepada industri kreatif negara...LAGI...
>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Tuesday, June 8, 2010

STRATEGI BARU HOT.FM

Petikan kosmo online - 8/06/10
Strategi baru Hot FM
Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my
BERMATLAMAT lebih memantapkan tiga buah stesen radio yang bernaung di bawahnya, Rangkaian Radio Media Prima telah menyusun beberapa pengisian baru. Bagi Hot FM, Fly FM dan One FM, ia dianggap mampu memacu kejayaan masing-masing dalam lapangan penyiaran radio tanah air selepas ini...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

PERLUAS JALUR LEBAR

Petikan utusan online - 9/06/10
Kementerian pohon peruntukan RM3 bilion perluas jalur lebar
KUALA LUMPUR 8 Jun — Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memohon peruntukan lebih RM3 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi memperluaskan perkhidmatan jalur lebar negara.
Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Wira Kamaruddin Siaraf berkata ia juga akan membolehkan Malaysia bertanding di peringkat global dalam pembekalan jalur lebar...LAGI...
>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Monday, June 7, 2010

IKLAN DI TV TEMPATAN

Petikan utusan online - 10/06/10
Iklan luar kuasai televisyen tempatan
MIM adalah peraturan yang diwujudkan oleh Kementerian Penerangan dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada pertengahan 1970-an bertujuan menghalang kemerosotan nilai budaya dalam kandungan iklan-iklan dan menghalang peruntukan besar pengiklanan yang dibelanjakan ke luar negara.
Syarat berkenaan mewajibkan sesuatu iklan untuk disiarkan dalam negara menggunakan 80 peratus khidmat pelakon, penerbit, krew dan lokasi tempatan.
Namun, sejauh mana dasar itu diguna pakai menimbulkan persoalan terutama apabila hal ehwal komunikasi ‘berpindah tangan’ daripada Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan kini di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Persoalan itu semakin diperkatakan apabila kini berlaku lambakan iklan luar yang tidak mencerminkan peradaban budaya masyarakat di negara ini termasuk yang disiarkan di kaca televisyen...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

LAWATAN KE US BERSAMA TV3

Antara usaha untuk memperbaikki prestasi serta menambah pengetahuan dan pengalaman kakitangannya, TV3 menganjurkan lawatan sambil belajar dengan menghantar kakitangan Bilik Berita ke San Francisco, USA. Program yang dijalankan pada tahun 1989 itu dilaksanakan dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Mereka yang terbabit dalam program lawatan sambil belajar ini terdiri daripada Penyampai Berita, Penerbit dan Pengurusan Kanan Bahagian Berita.
Kami dihantar secara berkumpulan menggabungkan penyertaan seorang Penerbit, seorang Penyampai Berita & seorang Pegawai Kanan.
Saya turut berpeluang mengikuti program ini dan merupakan kumpulan terakhir ke San Francisco. Saya berpasangan dengan Azhar Osman – seorang penyampai berita ketika itu. Azhar telahpun kembali ke Rahmatullah dan jawatan terakhirnya ialah Setiausaha Akhbar kepada PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ketika di San Francisco saya dan Azhar di bawa berkunjung dan melihat budaya kerja kakitangan beberapa stesen TV di Bay Area, San Francisco dan lawatan ini dianjurselia oleh Malaysian American Commission on Education Exchanges(MACEE).
Pada lawatan itu kami dibawa ke beberapa stesen TV di Bay Area khusunya ke stesen wakil(Affiliate) untuk rangkaian ABC, NBC serta CBS. Program selama seminggu itu membawa kami ke stesen- stesen ternama di Bay Area.
Kebanyakan lawatan tertumpu kepada pengendalian operasi Bilik Berita di stesen TV yang dilawati dan kami turut diberi peluang untuk menyaksikan operasi Bilik Berita daripada liputan wartawan di lapangan, menyertai mesyuarat editorial harian, penyuntingan dan rakaman siaran beritanya sekali. Ia memberi kami gambaran terbaik untuk dilaksanakan ketika kembali melaksanakan operasi di Bilik Berita TV3 ketika kembali ke tanahair.
Di samping melawat Bahagian Berita kami juga turut dijemput memberi ceramah di Department of Broadcast and Electronic Communication Arts, di San Francisco State University oleh Prof. John Hewitt. Prof. John Hewitt jug adalah pengarang dua buku kewartawanan penyiaran iaitu “Air Words: Writing for Broadcast News" dan "Sequences: Strategies for Shooting News in the Real World."
Di dalam sesi soal jawab bersama pelajar universiti itu kami bertukar-tukar fikiran mengenai pelbagai isu seperti kebebasan akhbar, masalah penyiaran di Dunia Ketiga serta saingan media cetak dan elektronik.

Saturday, June 5, 2010

AGONG DI MAJALAH 3

Petikan utusan online -4/06/10
Dokumentari khas Agong di Majalah 3
Oleh ABD. AZIZ ITAR
INSTITUSI raja-raja Melayu bukan sahaja termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, malah ia juga sebagai simbol kebanggaan orang-orang Melayu di negara ini sejak zaman berzaman.
Menyedari peri pentingnya memelihara dan menghormati institusi raja-raja Melayu, stesen TV3 mengambil inisiatif menerbitkan sebuah dokumentari berjudul Daulat Tuanku: Raja dan Rakyat Berpisah Tiada...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.