Tahun 1980 menjenguk sudah meninggalkan era 70-an. 17 bulan kutinggalkan tanahair, keluarga dan rakan seperjuangan. Telah sekian lama tak kudengari dendangan lagu-lagu Melayu di corong radio mahupu di layar tv dan terpisah dengan berita-berita tanahair.
Adat orang merantau. Di sini terpaksalah tabah menghadapi segala cabaran hidup yang ada. Perjuangan perlu diteruskan untuk membawa pulang segulung ijazah. Di sini, banyak yang diperolehi bukan sahaja dari empat dinding dewan kuliah universiti, malah pengetahuan yang berbentuk asam garam hidup yang membantu memperlengkapkan diri untuk menghadapi cabaran serta mengharungi ranjau mendatgang. Semangat berlumba-lumba untuk berjaya di bidang pengajian masing-masing begitu menekan sekali. Perlumbaan tikus (rat race) untuk mendapat ilmu pengetahuan sebegitu ketara. Ini berbeza dengan tahun-tahun 60-an dan 70-an di mana ramai pelajar menggunakan masa dan tenaga untuk memperjuangkan isu yang melibatkan rakyat. Kini keadaan berubah. Mereka bertumpu di perpustakaan daripada keluar berdemonstrasi di jalanan.
Sikap ini jelas sekali kerana tuntutan hidup. Mereka terpaksa berhempas pulas belajar di waktu siang dan bekerja di waktu malam untuk menampung sara hidup serta wang tuition pengajian yang melambung tinggi. Sama ada bentuk perubahan ini menerlurkan manusia yang bertanggungjawab untuk masyarakat atau sebaliknya masih lagi menjadi tandatanya dan sering dipersoalkan.
Penuntut Malaysia yang berbiasiswa wajar berterimakasih dan bersyuklur kerana mendapat rahmat berbentuk pembiayaan, walaupun kadangkala ia tidak mencukupi. Namun, ia satu anugerah tinggi, hasil pengorbanan serta titik peluh rakyat di Malaysia bagi membolehkan mereka berada di luar negara.
Untuk meringankan beban kenaikan harga barang sesetengah pelajar Malaysia di sini terpaksa mencari jalan keluar. Ramai daripada mereka bekerja di hujung minggu di supermarket, kantin. perpustakaan ketika tiada kuliah atau semasa cuti di musim panas di kawasan kampus masing-masing. Lazimnya mereka tinggal di kotaraya besar memerlukan dana tambahan kerana sewa bilik dan bahan makanan berlipatkali ganda harganya. Kadangkala dua pertiga daripada jumlah biasiswa yang diterima digunakan untuk membayar sewa rumah. Di samping cabaran-cabaran ini, para pelajar kita juga tidak dapat lari daripada menghadapi desakan kuliah yang tidak mengenal batas warna kulit, asal usul serta dari negara asal mana. Ramai pensyarah di sini tidak memberi pertimbangan langsung. Ini bermakna para penuntut luar negeri, dalam masa seseingkat-singkatnya terpaksalah memahami bukan sahaja matapelajaran kuliah malah mengetahui kebudayaan serta cara hidup yang serba-serbinya asing.
Bagaimanapun, tekanan dan rintangan sebegini dapat diatasi oleh pelajar kita kerana ini tergambar daripada keputusan peperiksaan mereka yang selalunya lebih cemerlang berbanding dengan pelajar watan di sini.
Liku-liku sosial yang sering menjahanamkan terpaksa juga dihadapi. Dalam keadaan terkontang-kanting di negeri orang, tanpa bantuan rakan, keluarga lebih memudahkan mereka dipengaruhi oleh kebudayaan barat yang sentiasa menanti habuan. Sikap orang di sini yang berkiblat kepada kebendaan menelurkan sikap indivudualisme yang tebal dan menyebabkan ramai dari penuntut kita dilanda kekosongan jiwa di tambah dengan desakan-desakan kuliah yang begitu menekan.
Bagi mereka yang tidak mempunyai prinsip hidup, keteguhan iman maka mudahlah dipengeruhi, seperti daun lalang yang ditiup angin, lemah longlai di bawa ke sana ke mari. Kalau dipengaruhi ke jalan yang diredhai bersyukurlah. Kalau arah sebaliknya, moga-moga tuhan melindungi mereka.
* Petikan rencana ini pernah disiarkan di Berita Minggu dalam ruangan Warkah Salleh Kassim dari Boston, Amerika pada 10.02.1980.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...
-
Setiap Sabtu antara 17 Julai 2010 hingga 7 Ogos 2o10 sekali lagi aku berada di TV3 untuk melatih para wartawan & penerbit Primeworks. I...
-
Antara Penyampai Berita terawal di TV3 ialah Razak Abdullah, Fitri Aziz dan Mahadzir Lokman yang turut membaca Berita Bahasa Inggeris . ...
No comments:
Post a Comment