Friday, May 29, 2009

JANGAN DERA PENERBIT

Dipetik daripada Bernama.com-28 Mei 2009.

"Kita tidak harus mendera pembikin drama, filem, dokumentari atau animasi dari segi bayaran yang dikenakan. Kita memberi perkhidmatan, justeru kita mesti tidak menyukarkan pengamal-pengamal dalam industri ini.

Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Penjadualan Program RTM Dikaji Supaya Adil

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Formula penjadualan program Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan dikaji semula supaya ia lebih sama rata kepada pengusaha filem, pengedar serta penerbit program, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim...LAGI...

>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Aku mula terbabit dalam industri penerbitan ini sejak tahun 1992. Pelbagai asam garam dilalui. Aku membekalkan bahan rancangan untuk TV3 dan juga RTM. Prime Time Communications adalah antara Production House yang prolifik sehinggalah tahun 1999 apabila kemelesten ekonomi dunia melanda – maka benoktahlah satu rentetan sejarahnya tersendiri.

Daripada penelitian sepanjang pembabaitan dalam industri selama ini, stesen televisyen sama ada RTM mahupun TV3 dan juga pelbagai stesen lain yang bakal menemui penonton mampu membantu industri penerbitan tanahair waimah golongan bumiputra mahupun bukan. Pendekatan yang diperlukan hanyalah keikhlasan ketika mengagih-agihkan penerbitan rancangan yang pelbagai kepada penerbit yang benar-benar berkelayakan, berpengalaman dan mampu menghasilkannya.

Pendekatan Tecnological Know Who yang mengatasi Technological Know How menjadikan industria penerbitan tanahair akan berterusan suram. Sekiranya program-program ini dibuat oleh mereka yang tahu, maka lahirlah karya kreatif yang bermutu. Jika Saudagar Kicap, Saudagar Kayu Gaharu yang tidak mempunyai Technological Know How tetapi mempunyai Tecnological Know Who – pikirlah sendiri apa akan jadi pada industri ini.

Percambahan pelbagai stesen TV bererti lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan disediakan kepada karywan muda yang bakal mewarnai industri penyiaran ini. Sekiranya lagu lagu lama diberi adunan pendekatan yang tidak asli maka akan tidak aslilah hasilnya.

Menteri bertukar ganti keluar masuk ke Angkasapuri, dan diharapkan pada kali ini, Datuk Rais Yatim bersama Ketua Pengarah Penyiaran yang baru, Datuk Ibrahim TIGER dapat memberi wadah dan nafas baru kepada industri penyiaran tanahair yang sudah lama memerlukan perubahan ini.

Tuesday, May 26, 2009

FILEM RM15 RIBU

Petikan daripada Berita Harian- Selasa, 26 Mei 2009

Semangat penuntut perfileman

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

Beranikan diri hasilkan filem 3 Budak Melayu dengan kos RM15,000

MEREKA umpama cangkir kosong yang cuba mengisi ruang dalam industri perfileman tempatan. 
Berbekalkan minat serta ilmu yang digali sepanjang menuntut di Fakulti Artistik dan Teknologi Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, mereka berpakat untuk berkongsi idea, lalu muncullah filem cereka dengan judul 3 Budak Melayu.Bukan sedikit halangan terpaksa mereka tempuh. Namun dengan kesungguhan serta kecintaan yang mendalam, impian itu berjaya direalisasikan dan filem 3 Budak Melayu akan menjadi kebanggaan 40 penuntut semester akhir fakulti berkenaan
...LAGI...

>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Begitulah nasib kepada insan yang mahu terlibat dalam bidang kreatif yang begitu mencabar di Malaysia iaitu Perfileman. Selepas negara merdeka lebih 50 tahun, aku merasakan harungan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pelajar-pelajar yang mahu menjinakkan diri dalam bidang ini sudahpun berkurangan. Namun, ia masih lagi merupakan cabaran besar yang terpaksa dihadapi oleh insan kreatif ini.

 

Namun,  secara positifnya karyawan muda ini telahpun berjaya dibekalkan dengan pengalaman getir sebagai persediaan menghadapi realiti kehidupan sebenar untuk berkarya di luar sana selepas ini.

Aku masih teringat rakan-rakan yang mencuba meneroka bidang ini sebelum ini. Sdr. Mansur Putih yang menerima biasiswa MARA untuk melanjutklan pelajaran di Columbia University  di New York di bidang perfileman menghadapi masalah biasiswa yang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan di New York.  Untuk membeli filem untuk projek di kelas juga merupakan satu penyeksaan. Agaknya,  itulah kesannya mengapa  Mansur Putih buat masa ini begitu kritikal terhadap perkembangan Filem Semasa Malaysia.

Seorang lagi rakan di ITM, Sdr. Nasir Jani pernah membaling batu ke Pejabat Finas sehingga cermin pintunya pecah kerana tidak berpuashati dengan badan perfileman itu dengan isu yang juga membabitkan filem.

Itulah asam garam hidup bagi mereka yang mahu meneroka bidang perfileman di Malaysia.

Sunday, May 24, 2009

REALITI TV ISLAM

Petikan daripada Utusan Online –24 Mei 2009
Realiti TV Islam
RANCANGAN realiti tv sememangnya sudah menjadi fenomena di seluruh dunia. Di mana-mana masyarakat dunia kini semakin teruja dengan rancangan televisyen yang menonjolkan kisah atau pertandingan realiti yang berlaku yang membenarkan orang ramai memberi pandangan atau sokongan mereka terhadap undividu yang bertanding...LAGI...
>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Apa juga bentuk pendekatan perlu difikirkan bagi memastikan lebih ramai penonton menyaksikan program yang berteras Islam. Rancangan bercorak agama perlu keluar daripada kepompong stereotaip lama iaitu dengan meletakkan seorang Ustaz untuk membicarakan sesuatu isu berteras agama dalam program agama yang disediakan. Saya juga pernah mencubanya sebelum ini ketika menerbitkan program Addin di TV3 hampir selama 2 tahun.

Wednesday, May 20, 2009

SIAPA NO.1 – HOT.FM ATAU ERA?

Petikan daripada – bharian.com.my – 20/05/2009.

Masih nombor satu - Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

Hot FM pikat pendengar di bawah umur 35 tahun, terus dominasi pasaran di bandar utama seluruh negara

STESEN radio pertama milik Media Prima Berhad, Hot FM sekali lagi berjaya mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio nombor satu negara bagi kategori pendengar di bawah lingkungan umur 35 tahun dan terus mendominasi pasaran bandar serta bandaraya utama seperti Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan IpohLAGI...
********

Petikan daripada –bernama.com – 20/05/2009.

ERA Is Top Astro Radio Station In Malaysia

KUALA LUMPUR, May 20 (Bernama) -- ERA radio station, continued its reign as the top overall radio station in the country based on Nielsen's Radio Audience Measurement Sweep 1 2009 with close to four million listeners...LAGI…

>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Siapa sebenarnya di persada No. 1 - Era ataupun Hot.FM. Anda boleh mengetahuinya dengan membaca berita ini selanjutnya dan membuat rumusan mengenainya.

Apa pun, laporan yang ada hanya boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bagi syarikat-syarikat yang mahu mengiklankan produk masing-masing di radio-radio berkenaan.

Sekiranya diberi perhatian, hampir 50 stesen radio di negara ini hanya memutarkan pelbagai genre musik dalam isi kandungan rancangan mereka. Sekiranya dibuat pemantauan rambang hampir kesemua stesen radio yang ada berteras hiburan semata-mata.

Peranan Radio dalam ertikata sebenarnya adalah untuk memberi maklumat, mendidik dan juga menghibur. Radio sebegini boleh dikira dengan jari. Sejumlah kecil daripada Radio di RTM, Radio Ikim dan Radio 24 Bernama – malangnya hanya bersiaran di Lembah Klang – yang melaksanakan tanggungjawab ini.

Sekiranya diperhalusi lagi dengan memantau stesen yang ada, Asyik FM yang dulunya dipanggil Radio Orang Asli adalah anatara Radio yang berterusan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan mengadunkan tiga elemen iaitu memberi maklumat, mendidik dan menghibur.

** Lihat keputusan keseluruhan Kajian Radio oleh Nielsen Media Research di link ini.

TV INTERNET SELANGOR


Petikan daripada thestar.com.my- May 20, 2009

Selangor launches TV portal and newspaper - By TAN KARR WEI

THE SELANGOR state government will look into declassifying local council documents after the enactment of the Freedom of Information (FOI) EnactmentMORE…

>>>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sebuah lagi stesen television diwujudkan walaupun ia hanya boleh dilayari di alam maya, internet.

TV internet merupakan satu lagi wadah baru yang akan terus berkembang sebagai landasan komunikasi baru untuk masyarakat.

Usaha menubuhkan TV internet di Selangor telah lama dicadangkan. Pada satu ketika dulu ketika zaman Menteri Besar, Datuk Abu Hassan Omar, aku pun ada mengemukakan kertas cadangan mengenainya. Namun pada ketika itu, talian broadband belum begitu berkesan sebagaimana sekarang, maka ia tinggal menjdi cadangan sahaja.

Walau apapun pandangan dan tanggapan masyarakat terhadap media baru television maya ini, pastinya ia masih menggambarkan dan melambangkan betapa negara Malaysia ini terus kaya dengan amalan sistem demokrasinya.

Kerajaan Selangor di bawah Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim sudahpun tahu bahwa untuk memohon lesen TV teresterial, pastinya akan menghadapi jalan sukar. Jawapan pantas bagi membolehkannya berkomunikasi dengan rakyat Selangor ialah menerusi media baru - webtv di internet.

Sebagai antara orang terawal membangunkan tv internet seperti Malaysiaview.tv & UMNOtv– yang kemudiannya dihakmilikkan oleh pihak lain – maka kehadiran tv selangor.com ini akam mampu membantu menambah ruang peluang pekerjaan baru kepada karyawan muda dalam bidang komunikasi yang pastinya akan mempunyai aliran politik yang pelbagai dan berbeda.

Tuesday, May 19, 2009

NORMALA YANG TAK KU KENAL

Petikan daripada www.bharian.com.my - Selasa, 19 Mei 2009.
Bukan soal glamour
Mahu kongsi kemahiran dalam bidang pengacaraan, tunggu masa terbit biografi perjalanan hidup
MANA mungkin melupakan pesona dan kejelitaan wanita ini yang pernah membuatkan penonton program kendaliannya di kaca TV terpukau. Suatu ketika dulu, beliau memang antara daya tarikan stesen TV3, malah insan yang bakal menginjak usia 45 tahun pada 4 Jun ini pernah mendapat jolokan antara Wanita Melayu Terakh
ir... LAGI...
>>>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Pada peringkat awalnya program berteras wanita NONA, di TV3 adalah di bawah pengawasan Bahagian Penerbitan-Productiondan bukan di bawah Berita/Ehwal Semasa. Apabila Datuk Ahmad Sebi mengambilalih teraju kepimpinan daripada Arwah Mohd Noor Salleh sebagai Pengarah Urusan TV3, Progam NONA diletak di bawah Bahagian Berita/Ehwal Semasa. Ketika di bawah Bahagian Penerbitan-Production, NONA, dihoskan oleh Furzanne dan Nurfarahin Jamsari. Di bawah Bahgian Berita/Ehwal Semasa, program ini turut dihoskan oleh Ezah Aziz Fauzy, Nurfarahin Jamsari dan juga Normala Shamsuddin. Penerbitan rancangan mingguan untuk mengupas kegiatan wanita tanahair itu diserahkan kepada Nuraishah Malik sebagai Penerbit – Kini Nuraishah ialah Manager Magazine Programme, Content Creation, TV9. Di dalam salah satu mesyuarat mingguan NONA, Nuraishah mencadangkan satu segmen pertandingan membabitkan fesyen wanita. Aku pula mencadangkan daripada pertandingan fesyen adalah lebih wajar diadakan pertandingan mencari Pengacara sebagai pelapis pengacara di TV3. Lagipun ketika itu, TV3 memerlukan pengacara program TV, dan daripada sesi ujibakat yang diadakan, agak sukar mencari pengacara yang berpotensi. Hasil daripada mesyuarat itu, lahirlah slot khasPencarian Pengacara NONA di TV3. Sambutan kepada program itu begitu mengalakkan dan permohonan peserta terpaksa disaring beberapa kali. Daripada saringan ini mereka yang berjaya buat pertama kalinya ke peringkat Akhir termasuklah Nura Hendon-kini seorang Usahawan, Maria Tunku Sabri-Hos Jalan-Jalan Cari Makan, Normala Shamsuddin dan Hamidah Hamzah - Penyampai Berita RTM. Peringkat Akhir Pencarian Pengacara NONA ini dibuat secara langsung dari Studio TV3, di Jalan Liku, Bangsar. Pada pertandingan itu, para peserta disyaratkan membuat persembahan berbentuk nyanyian, bersajak, memainkan instrumen muzik dan lain-lain. Dalam pertandingan itu, Normala Shamsuddin sebagai seorang ibu masih mengandung beberapa bulan. Aku selaku Timbalan Pengurus Berita/Ehwal Semasa, Ahmad Merican, Pengurus Program TV3 dan seorang kenamaan wanita jemputan menganggotai panel juri pertandingan. Kami akhirnya menobatkan Normala Shamsuddin sebagai juara sementara Nora Hindun di tempat kedua. Walaupun dalam keadaan mengandung, panel hakim tidak mengambil kira keadaan itu, kerana apa yang penting adalah untuk memenuhi matlamat mencari hos yang mampu mengetengahkan agenda wanita di dalam program yang diacarakan. Kami sebagai Panel Hakim memilih Normala kerana merasakan personalitinya bersesuaian untuk mengacarakan program berteras wanita. Sekiranya pencarian pengacara adalah untuk sebuah program bual-bicara mahupun majalah ehwal semasa lain, Nura Hendon memenuhi ciri-ciri itu. Selepas meraih kejayaan itu dan mengikuti beberapa siri latihan, Normala mula mengacarakan NONA selepas itu, dan ketika siaran pertamanya ke udara aku telahpun meninggalkan TV3.
Secara peribadi aku tidak pernah mengenali pengacara yang mendapat jolokan Wanita Melayu Tercantik. Kini, selepas beberapa tahun, program Pencarian Pengacara NONA berubah menjadi Pesona Nona yang juga bermatlamat sebagai landasan pencarian bakat baru dalam bidang penyiaran.

* Lihat juga video Pengacara Nona Terbaik 1991.

Friday, May 15, 2009

NASIB MALANG SEORANG PRODUSER

Petikan daripada b.harian.com.my- Jumaat, 15 Mei 2009
Nasib malang seorang produser
BEBERAPA hari lalu, akhbar ini ada mengeluarkan cerita mengenai sebuah syarikat produksi baru yang bersiap sedia untuk menghasilkan sebuah siri televisyen mengetengahkan kisah sekumpulan pasukan penguat kuasa keselamatan di negara ini...LAGI....
>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Istilah ”Kena Hijack” dalam industri penyiaran telah lama berlaku. Ketika memulakan perniagaan sebagai Penerbit pada awal 90an, program pertama saya menghadapi perkara yang sama. Lihat blog sebelum ini mengenai perkara ituKELAHIRAN PTC -Tetapi apa nak dikatakan, bukan rezeki kita dan kita tidak mengetahui ketika itu yang Pejabat Cap Dagangan dan Jamin hak telahpun wujud di negara ini sejak tahun 1962 lagi. (Lihat juga laman web Perbadanan Harta Intelek Malaysia).
Sikap sambil lewa dan tidak mengambil serious mengenai Harta Intelek sendiri menjadi faktor utama mengapa ramai daripada hasil karya seni - dalam hal ini dalam bidang penyiaran diHijack dan diciplak oleh pihak lain.
Mereka yang terbabit dalam bidang penyiaran sendiri perlu memberi pengiktirafan kepada harta Intelek seperti kertas cadangan membuat program ini. Dengan jumlah stesen TV yang bertambah, maka semakin banyak program ciplak dihasilkan oleh penerbit ataupun stesen TV sendiri. Piawaaan sewajarnya perlu diwujudkan bagi memantau hal-hal yang diangggap remeh seperti ini. Sekiranya tidak ada usaha dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah ini, ia akan terus menghantui penerbit-penerbit tempatan pada masa akan datang.

Thursday, May 14, 2009

RADIO/TV KUKUHKAN 1MALAYSIA

Petikan BERNAMA.COM - 14 Mei, 2009

Program Radio, TV Untuk Kukuhkan Gagasan 1Malaysia: Rais

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mewujudkan panel yang turut dianggotai wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan ke arah memperbaiki program radio dan televisyen demi menjayakan gagasan 1MalaysiaLAGI…

>>>>>

CATATAN PK

Usaha mewujudkan “ kandungan yang membawa kepada keharmonian masyarakat “ adalah satu kerja kreatif yang perlu dilaksanakan oleh orang yang tahu dan pakar dalam bidang itu. Orang yang tahu dan pakar mengenainya – yang mempunyai Technological Know How dalam kandungan - ramai jumlahnya - hasil daripada limpahan menara gading yang membuat pengkhusuan di bidang komunikasi.

Namun apa yang terjadi ialah – mereka yang mempunyai “Technological Know Who” yang mewarnai industri ini yang melaksanakn projek-projek kandungan ini. Tidaklah menghairankan sekiranya kandungan program yang dihasilkan tidaklah sebagaimana yang diharapkan.

Oleh kerana itu, perlu diwujudkan satu Piawaan dalan bidang penyiaran – kerana bidang ini terlalu terbuka luas kepada sesiapa yang mahu menghasilkan kandungan program untuk televisyen atau filem.

Sebagai Contoh mudah - seorang arkitek, jurutera, doktor, akauntan mahupun pengusaha kantin yang mempunyai kemampuan kewangan pada bila-bila masa boleh menjadi Penerbit menyediakan kandungan program (Programme content).

Malang sekali merreka yang membuat pengkhusuan dalam bidang komunikasi – wartawan, penyiar, pegawai perhubungan awam tidak pula boleh akan menjadi arkitek, jurutera, doktor mahupun akauntan.

Walaupun berpuluh stesen TV terus diwujudkan – termasuk TV Jakim,TV Sukan dan pelbagai lagi, industri kandungan – programme content– hanya dimilikki beberapa kerat syarikat yang sama.

Tambah parah lagi apabila stesen televisyen yang sepatutnya memberi peluang kepada penerbit tempatan berkarya kini menghasilkan penerbitan sendiri dan ini menutup peluang kepada mereka yang mahu bergiat dalam bidang ini.

Wednesday, May 13, 2009

MEDIA TRADISIONAL LAWAN MEDIA BARU

Petikan daripada b.harian.com.my- Jumaat, 15 Mei 2009

Nasib malang seorang produser

BEBERAPA hari lalu, akhbar ini ada mengeluarkan cerita mengenai sebuah syarikat produksi baru yang bersiap sedia untuk menghasilkan sebuah siri televisyen mengetengahkan kisah sekumpulan pasukan penguat kuasa keselamatan di negara ini...LAGI....

>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Istilah ”Kena Hijack” dalam industri penyiaran telah lama berlaku. Ketika memulakan perniagaan sebagai Penerbit pada awal 90an, program pertama saya menghadapi perkara yang sama. Lihat blog sebelum ini mengenai perkara itu – KELAHIRAN PTC -Tetapi apa nak dikatakan, bukan rezeki kita dan kita tidak mengetahui ketika itu yang Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak telahpun wujud di negara ini sejak tahun 1962 lagi. (Lihat juga laman web Perbadanan Harta Intelek Malaysia).

Sikap sambil lewa dan tidak mengambil serious mengenai Harta Intelek sendiri menjadi faktor utama mengapa ramai daripada hasil karya seni - dalam hal ini dalam bidang penyiaran diHijack dan diciplak oleh pihak lain.

Mereka yang terbabit dalam bidang penyiaran sendiri perlu memberi pengiktirafan kepada harta Intelek seperti kertas cadangan membuat program ini. Dengan jumlah stesen TV yang bertambah, maka semakin banyak program ciplak dihasilkan oleh penerbit ataupun stesen TV sendiri. Piawaaan sewajarnya perlu diwujudkan bagi memantau hal-hal yang diangggap remeh seperti ini. Sekiranya tidak ada usaha dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah ini, ia akan terus menghantui penerbit-penerbit tempatan pada masa akan datang.

123 LEKUK DI METROVISION

Rancangan kanak-kanak untuk television - 123 Lekuk pada mulanya diterbitkan khusus untuk memenuhi permintaan Permodalan Nasional Berhad,PNB yang mahukan sebuah program yang boleh dijadikan ikon oleh kanak-kanak Malaysia.

Program 123 Lekuk diterbitkan untuk membantu memupuk minat kanak-kanak untuk mencintai alam pendidikan seperti matematik, alam semulajadi dan manusia serta penguasaan bahasa.

123 LEKUK adalah sebuah rancangan yang berbentuk ‘info edu-tainment’ (information, education & entertainment). Melalui ruangan-ruangan yang disediakan, 123 LEKUK berhasrat membantu membimbing kanak-kanak untuk memperkukuhkan pengusaan kemahiran-kemahiran asas matematik dan pendidikan lain.

Selain it, program ini turut memaparkan ruangan (segmen), “filler” berupa Puppet, Kartun (2D Animation), Lakonan (Sketch dan Muzik) untuk mengurangkan kejemuan (to break monotony) dan mengalihkan penumpuan kanak-kanak.

Selepas disiapkan kami membawa program ini untuk penilian PNB yang paa ketika itu sedang bercadang menaja sebuah program khas untuk mengalakkan kanak-kanak di Malaysia menabung.

Ketika membuat program Pilot itu, pihak PTC menganggap telahpun diterima sebagai syarikat yang akan melaksanakan projekPNB itu. Namun, seperti amalan biasa, pihak PNB turut memanggil beberapa syarikat lain untuk membuat presentation mengenai subjek yang sama.

Oleh kerana pihak kami telahpun membuat presentation kepadaPNB sebelum ini, aku mengambil keputusan untuk tidak menyertai presentation kedua apabila dipanggil sekali lagi. Kerana ketidak hadiran kami itu, program pilot 59 Communications yang diterajui oleh Hassan Abu - bekas Pengurus Pemasaran TV3 diterima oleh PNB.

Hasilnya ialah program Along yang kemudiannya disiarkan beberapa tahun di RTM dengan tajaan PNB.

Oleh kerana tidak terpilih, aku mengambil keputusan untuk memberikan program itu kepada pihak Metrovision-TV8 yang secara kebetulan baru bersiaran di udara.

Aku menemui CEO Metrovision, Zulkifli meminta Metrovision-TV8 membeli dan menyiarkan 13 episod progrram 123 lekuk sebagai satu-satunya program kanak-kanak stesen terbaru itu.