Friday, February 26, 2010

WAJAH BARU DUNIA PENGACARA

Petikan Utusan Online- 25/02/10
Wajah baru dunia pengacara
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my

JIKA tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Inilah kata-kata yang dipegang oleh TV3 dalam melahirkan bakat-bakat baru dunia penyiaran terutamanya di aliran pengacaraan.

Enggan gelanggang pengacaraan stesen berkenaan didominasi wajah yang sama, penerbitan sebuah lagi rancangan realiti mencari bakat baru dunia penyiaran, Top Host 2010 diperkenalkan.Usaha tersebut, lain tidak adalah bagi menambah warna dan variasi bakat serta personaliti dunia penyiaran di negara ini.Ini bukanlah kali pertama rancangan seperti itu diadakan. Sebelum ini, sekitar tahun 2005, bakat pengacara jelita, Nurul Syuhada Nurul Ain pernah dicungkil menerusi rancangan Malaysian Top Host yang juga diperkenalkan oleh TV3
...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.
* Lihat juga blog sebelum ini - Ingin Menjadi Newscaster.

Tuesday, February 23, 2010

STESEN RADIO WAJIB PUTAR LAGU BARU ARTIS TEMPATAN

Petikan bernama.com - 22/02/01
Stesen Radio Diwajib Putar Lagu Baru Artis Tempatan - Rais
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Mulai 1 Mac ini, semua stesen radio diwajibkan memutarkan lagu-lagu daripada album atau "single" terbaru artis tempatan untuk tempoh tertentu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata langkah itu juga akan menjadi antara syarat pemberian lesen stesen radio dan beliau percaya pemegang lesen stesen radio tidak akan keberatan untuk mematuhi arahan itu.

Arahan itu akan dikuatkuasakan mengikut Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 supaya stesen radio mempromosikan lagu-lagu tempatan memandangkan usaha itu didapati masih kurang diutamakan, katanya...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Sunday, February 21, 2010

FILEM TEMPATAN JUAL TIKET RM50.8 Juta

Petikan bernama.com - 21/02/10.
Filem Tempatan Jual Tiket RM50.8 Juta Tahun Lepas
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Industri filem tempatan merekodkan pulangan menggalakkan tahun lepas apabila jualan tiket panggung wayang mencatatkan kutipan sebanyak RM50.8 juta.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata industri perfileman negara juga secara keseluruhannya mencatatkan peningkatan berikutan bertambahnya jumlah filem yang diterbitkan saban tahun.

"Kutipan kasar filem Malaysia meningkat dari RM29.6 juta pada 2007 kepada RM43.2 juta tahun berikutnya dan tahun lepas industri itu mencatatkan kutipan sebanyak RM50.8 juta," katanya ketika berucap melancarkan Hari Terbuka Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan buku-buku terbitan Finas di sini...LAGI...
>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Friday, February 19, 2010

8TV PADA 2010

Petikan Utusan Online - 19/02/10
Sasaran 8TV pada 2010
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar ihsan 8TV
TERKENAL sebagai stesen televisyen hip, 8TV pada tahun ini melangkah dengan lebih yakin setelah menginjak ke tahun keenam beroperasi di bawah payung Media Prima Berhad.
Malah, sejak pencapaian membanggakan pada tahun lalu, memenangi Gold Award sempena kempen kemerdekaan, Merdeka Rasa Sayang pada majlis anugerahPROMAX, Asia Award telah menyuntik 'tenaga' baru buat 8TV terutama dalam memberi hidangan terbaik lagi menarik buat penonton setia mereka tahun ini...LAGI...
>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat

10 FILEM TAHUN INI

Petikan Utusan online - 19/02/10
Dana filem cereka: Finas sasar lulus 10 filem tahun ini
KUALA LUMPUR 19 Feb. – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyasarkan sekurang-kurangnya 10 filem diluluskan di bawah Dana Pinjaman Filem Cereka tahun ini.
Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim berkata, sasaran itu merupakan antara petunjuk prestasi utama (KPI) perbadanan itu pada tahun ini bagi strategi permodalan dan insentif industri perfileman.
"Setakat ini dua filem diluluskan di bawah dana yang diuruskan SME Bank itu,” katanya di sini ketika mengulas mengenai KPI perbadanan itu dalam memperkasa industri perfileman negara...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Wednesday, February 10, 2010

ANTARA 500 & 6 JAM SETAHUN

Petikan bharian.com.my - 10/02/10

Fragmen: Agihan slot RTM: Antara 500 dan enam jam setahun

Oleh Zainuri Misfar
zainuri@bharian.com.my

PENERBITAN drama dan telefilem kepada RTM secara swasta diperkenalkan oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika beliau menjadi Menteri Penerangan kira-kira 25 tahun lalu.

Dalam tempoh suku dekad itu, bermacam-macam polisi, kaedah dan sistem diperkenalkan oleh kementerian untuk membekalkan program penerbitan kepada RTM. Tapi rasanya, tiada satu yang kekal, mantap dan benar-benar berkesan. Sistem itu banyak yang berubah-ubah.

Jadi, kini selepas 25 tahun dan kebetulan Dr Rais pula kembali berada di kementerian ini, memang sudah tiba masanya untuk beliau melihat sendiri pada tahap program penswastaan yang diperkenalkannya itu.

Petikan:

”Bayangkan betapa bezanya syarikat yang diberi kontrak 500 jam tanpa melalui proses atau birokrasi berbanding dengan banyak syarikat yang terpaksa mengharungi pelbagai kerenah kerajaan dan akhirnya hanya diberikan kontrak penerbitan untuk lima jam setahun!

Tidak hairanlah ramai penerbit yang kita temui mengeluh panjang. Mereka sudah hilang punca. Punca pendapatan untuk diri sendiri dan juga kakitangan syarikatnya. Mereka tidak tahu kepada siapa lagi hendak mengadukan perkara ini. ...LAGI...

>>>>>>>>>

CATATAN PK

* Sekadar maklumat.

* Lihat juga blog sebelum ini : Jangan Dera Penerbit.

Monday, February 1, 2010

ANUGERAH KPD. PENGAMAL MEDIA

Petikan utusan online - 1/02/10
6 pengamal media terima anugerah Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR 1 Feb. – Enam pengamal media adalah antara 240 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan 2010 sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara di sini hari ini.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya dianugerah darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran “Datuk”.
Ketua Pengarang The Malay Mail, Ahirudin Attan atau lebih dikenali sebagai blogger Rocky Bru dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Mustapa Omar turut dianugerah PMW...LAGI...

>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Tahniah diucapkan kepada kawan-kawan dari media yang menerima penganugerahan.