Monday, August 31, 2009

SELAMAT HARI MERDEKA

Sunway Pyramid menjadi gelanggang bagi pelukis ternama tananhair S.Amin Shahab mempamerkan ciptaan lukisannya 1001 Faces of Malaysia – bersempena program merayakan kemerdekaan negara ke 52.

Pelukis kelahiran Batu Pahat ini meneruskan melakar potrait individu yang berminat untuk merakamkan wajah mereka di kanvas pelukis berkelulusan dari Nan Yang Akademi Singapura ini.


Teknik lukisan S. Amin Shahab ialah hanya menggunakan pen dakwat basah berwarna hitam jenis Artline di atas kanvas secara terus dengan menampilkan imej flora dan fauna serta figura manusia.



Pameran yang diadakan bersempena Sambutan Merdeka ke 52.

SELAMAT HARI MERDEKA.

Wednesday, August 26, 2009

TED KENNEDY MENINGGAL

Petikan daripada bharian.com.my 26/08/09

Senator Ted Kennedy meninggal dunia

WASHINGTON: Senator Amerika Syarikat Ted Kennedy, pakatan adik beradik yang seolah-olah dilahirkan untuk memimpin, meninggal dunia akibat kanser otak. Beliau berusia 77 tahun.

Edward M Kennedy, yang disiaftkan sebagai "liberal lion" Senat yang dianggap bakal menggantikan abangnya, John, yang juga presiden, meninggal dunia di sini lewat semalam di rumah di rumahnya di Hyannis Port, Massachusetts.


"Kami kehilangan pusat keluarga kami yang tidak boleh digantikan dan kegirangan yang dibawa beliau...," kata keluarganya dalam satu kenyataan.

>>>>>>>

CATATAN PK

Takziah untuk keluarga Kennedy.

Ketika bekas senator itu menjadi calon pemilihan presiden bagi parti Demokrat pada tahun 1980 menentang Jimmy Carter, aku yang baru menyelesaikan pengajian Sarjana Kewartawanan di Boston University ketika itu, sempat menjadi seorang volunteer untuk membantu kempen-kempen di pejabatnya di kotaraya Boston.

Apa yang dilakukan adalah untuk meninjau dan melihat sendiri pendekatan pemilihan calon yang dilakukan di Amerika Syarikat. Aku berpeluang mengikuti kempen-kempennya dan membantu kerja-kerja volunteer di samping berpeluang mempelajari strategi berkempen, hubungan media dan pembangunan imej calon presiden itu.

Pemilihan calon presiden bagi parti Demoktrat ketika itu dimenangi oleh Jimmy Carter yang kemudiannya berjaya mengalahkan Presiden Nixon dari parti Republican.

Tuesday, August 25, 2009

EYE ON MALAYSIA

Petikan daripada bharian.com.my - 25/08/09.
Dokumentari istimewa Malaysia
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

Empat program terbaik disiarkan menerusi saluran Discovery bermula Jumaat ini
DISCOVERY Networks Asia-Pacific berasakan masih banyak sejarah, warisan dan budaya negara ini boleh dipaparkan kepada penonton antarabangsa sebagaimana yang pernah dilakukan menerusi program usaha sama First Time Filemmakers (FTFM) dan Eye On Malaysia.

Apatah lagi dengan wujudnya ramai karyawan filem negara ini yang dilihat cukup berpotensi untuk berjaya bersama hasil kerja mereka yang cemerlang, seperti ditunjukkan empat pembikin filem yang terpilih menjayakan program terbaru itu, kebarangkalian untuk penonton dunia menyaksikan budaya warisan Malaysia lebih cerah.
Eye On Malaysia ialah projek usaha sama kedua antara Discovery Networks Asia-Pacific dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), dalam usaha memaparkan budaya masyarakat negara ini ke persada dunia, di samping mendedahkan pengkarya filem Malaysia kepada gaya penghasilan dokumentari lebih bermutu serta mencapai piawaian antarabangsa.
Menerusi projek berkenaan, empat pembikin filem tempatan - Datin Paduka Shuhaimi Baba, Ikhwan Rivai, Abdul Hamid Abdullah dan Chew Han Tah - dipilih menghasilkan dokumentari sepanjang 30 minit untuk disiarkan oleh Discovery Channel. Masing-masing berjudul Wind Chucker, The Seasmiths, Honey Hunters dan The Joss Stick Maker
…LAGI…
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Aku mengucapkan tahniah kepada empat pembikin filem tempatan yang dipilih menghasilkan dokumentari 30 minit untuk siaran Discovery Channel. Secara kebetulan 3 daripada mereka, Shuhaimi Baba, Abdul Hamid Abdullah & Chew Han Tah adalah akan seperjuangan ketika di TV3 dulu.
Hanya sekarang ini, kira-kira 25 tahun selepas aku mula menerbitkan Rancangan bercorak Dokumentari Mini- Majalah 3, baru ada usaha-usaha memberi pengiktirafan kepada satu genre penerbitan iaitu penghasilan dokumentari untuk dibawa ke persada antarabangsa.
Ketika aku menerbitkan dokumentari bertajuk Belantara mengenai Hutan Hujan Taman Negara di Pahang yang menerima Anugerah Dokumentari Terbaik Sri Angkasa, RTM 1992, harga tawaran dokumentari hanya sekitar RM25,000.

Ketika syarikatku diberi kontrak menghasilkan program Asia Hebat dan terjemahannya Fascinating Asia oleh sebuah stesen tempatan, harga yang ditawarkan juga adalah sekitar kadar itu. OLeh kerana kekurangan dana ketika menerbitakan siri itu, hanya negara Asia yang dilawati ialah Medan, di Indonesia mengenai perkahwinan Orang Minang serta Laga Lembu di perbatasan Kedah/Selatan Thailand yang berjaya dihasilkan. Tambahan lagi stesen yang memberikan kontrak turut menghadapi masalah kewangan ketika itu, maka terpaksalah kami menghasilkan program yang bertema Asia, tetapi membuat liputan di Malaysia sahaja.
Dokumentari yang dihasilkan di bawah program Finas-Discovery Channel ini menelan belanja antara RM150,000 hingga RM180,000 setiap satu berbanding dengan tawaran harga
untuk sebuah dokumentari diberikan peruntukan sekitar RM25,000.
Adalah diharapkan pengiktirafan sebegini akan berterusan dalam usaha membantu melahirkan lebih ramai pengarah dokumentari tempatan dan memperbanyakkan lagi dokumentari tempatan untuk dipersembahkan ke persada antarabangsa. Sokongan ini juga diharap dapat melahrkan lebih banyak Production Houses yang membuat pengkhusuan menerbitkan Majalah/Dokumentari Ehwal Semasa dan tidak hanya berkisar kepada Rumah Penerbitan yang menghasilkan drama-drama tempatan sahaja.

Friday, August 21, 2009

SELAMAT BERPUASA

Marhaban Ya Ramadhan.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Mohon Maaf Zahir & Batin.

Wednesday, August 19, 2009

PROGRAM REALITI LAGI

Petikan daripada Utusan Online – 19/08/09.

Program realiti perkenalkan budaya tempatan

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM

dianna.azaham@utusan.com.my

ANDA seorang rakyat Malaysia, tahu berbahasa Melayu, melepak di kedai mamak sambil melayan teh tarik atau menikmati mi rebus sambil berbincang tentang rancangan TV tempatan terbaru.

Tetapi, sebagai rakyat Malaysia, adakah anda tahu cara membuat kulit kuih popiah dengan betul, menari tarian tradisional Melaka, Dondang Sayang ataupun membuat penonton tersenyum dengan persembahan wayang kulit.

Semua ini mungkin nampak remeh tetapi kenyataannya ramai yang lebih tahu memasak spaghetti dengan betul dan lebih arif menari tarian moden ketika di kelab malam daripada menguasai tarian tradisi sendiri.

Atas kesedaran itu, 8TV mempersembahkan sebuah program realiti Discover Smiles Zoom! Malaysia yang cukup menghiburkan dan berbeza dengan program-program realiti yang sedia ada…LAGI…

>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sebuah lagi program realiti menemui para pentonton. Kali ini program realiti yang dikatakan akan memperkenalkan budaya tempatan. Usaha yang dilakukan adalah baik kerana sekurang-kurangnya dapatlah masayarakat Malaysia khususnya generasi muda daripada pelbagai kaum mengenali budaya Malaysia sejajar dengan Gagasan 1 Malaysia.

Tetapi yang dirisaukan, tidakkah ada daripada stesen tempatan yang mahu bekerja lebih sedikit dengan menggunakan Program Realiti ke arah yang lebih bermakna lagi.

Memetik pandangan dan pertanyaan Novelis Faisal Tehrani,

”Mengapakah program realiti TV kita hanya tertumpu kepada usaha mencari bintang-bintang murahan untuk memeriahkan dunia pop sedangkan negara lain dengan usaha-usaha ke arah kemajuan masyarakat. ''Mengapakah kita kekal bangkrap idea dan muflis kreativiti? Bagaimana ilmuwan kita boleh terheret sama? ''Mengapakah kita yang mahu mengejar Wawasan 2020, masih mencari bakat anak wayang dan pilih kasih untuk membintangi filem murahan tentang mat rempit, pelacur, bohsia dan samseng.

Beliau berkata lagi, ” Mengapakah stesen tempatan tidak membuat program sepertimana Yayasan Pendidikan Qatar, realiti TV Star of Science yang menyaksikan 16 peserta berusia antara 21 hingga 31 tahun dari 11 negara menerokai pelbagai bidang sains untuk mencipta pelbagai alatan yang berguna bagi kegunaan orang awam. Melalui program realiti seperti ini penonton bukan sahaja bertambah bijak malah didedahkan dengan interaksi bersama saintis terkemuka yang akan menjadi juri manakala pemenangnya juga dipilih melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).”

Lihat juga Blog sebelum ini mengenai perkara yang sama.

http://pokleh.blogspot.com/2009/06/nik-aziz-mcmahon-saintis-realiti-tv.html

Tuesday, August 18, 2009

MDeC BANTU ANIMASI

Petikan daripada kosmo.com.my -18/08/09

KUALA LUMPUR - Malaysia mempunyai kemampuan melahirkan golongan pencipta kreatif multimedia yang mampu melonjakkan industri animasi tempatan ke taraf antarabangsa sekiranya ia dibangunkan menerusi gabungan perniagaan dan kreativiti. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali berkata, untuk mencapai matlamat tersebut, ia seharusnya dilaksanakan menerusi latihan dan bimbingan sewajarnya.

Katanya, keseimbangan seharusnya wujud antara elemen kreativiti dan perniagaan sebagai acuan untuk memastikan syarikat atau usahawan kreatif multimedia terus mencatat pertumbuhan serta pengekalan dalam industri...LAGI...

>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Salah satu faktor terpenting kegagalan usahawan yang terbabit dalam bidang kreatif ialah kekurangan dana untuk mengembangkan projek masing-masing. Di samping itu, stesen TV yang ada di negara ini tidak membantu dengan memberi sokongan sewajarnya terhadap bidang ini. Sokongan mereka adalah sekadar melepaskan batuk ditangga dengan membayar harga produksi yang tidak mencukupi berbanding dengan kos produksi yang perlu ditanggung oleh golongan kreatif ini.

Seperkara lagi yang menjadi hambatan ialah ada sesetengah stesen TV berkenaan mahukan semua hak tayangan penerbitan diberikan kepada mereka termasuk tv rights, pda rights, video rigts, cd & dvd rights. Sekurang-kurangnya jika mereka mengambil TV rights sahaja, bolehlah penerbit ini menutupi kerugian mereka sekiranya mereka diberi hak lain seperti cd rights, dvd rights & pda rights lain. Selagi perkara ini tidak diberi perhatian, adalah agak sukar bagi golongan kreatif ini mencari makan di negara sendiri.

Alhamdulillah, usaha yang dijalankan oleh MDeC ini sekurang-kurangnya mampu membantu melonjakkan golongan pencipta kreatif media ini. Tahniah.

Monday, August 17, 2009

PENONTON MELAYU & ASTRO

Petikan Utusan Online 17/08/09
Astro tawan penonton Melayu
Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
STESEN berbayar terulung negara, Astro sentiasa hadir dengan pembaharuan yang kreatif dalam menjaga hati pelanggan setianya. Baru-baru ini, Astro hadir dengan pakej baru iaitu pakej Mustika demi memenuhi permintaan pelanggan Melayu yang kian bertambah.
Langkah ini ternyata memberi impak positif apabila melalui penyelidikan yang dibuat oleh AGB Nielsen Media Research baru-baru ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, Astro baru-baru ini mencapai kenaikan peratusan mendadak dimana kini sebanyak 46 peratus daripada jumlah kediaman di Malaysia yang memiliki televisyen melanggan Astro sehingga Jun 2009...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar Maklumat.

Friday, August 14, 2009

TAK TAHU DEN NAK KATO

Petikan daripada Utusan Online - 14/08/09
Wartawan penyiaran tak pasti parti politik Karpal
14 Ogos - Seorang wartawan penyiaran hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, dia tidak pasti Karpal Singh daripada parti politik mana.
Saksi tersebut turut menyatakan dia tidak pasti sama ada Pengerusi Parti DAP itu seorang yang berprinsip atau tidak.
Eliani Mazlan, 26, daripada RTM memberikan jawapan tersebut dalam perbicaraan kes Karpal yang didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap Sultan Perak pada 6 Februari lalu pada sidang akhbar di pejabatnya.- Utusan.
>>>>>
CATATAN PK
Sebelum ini menurut laporan media, wartawan Utusan dilaporkan tidak tahu maksud ultra vires yang diingatkannya bermaksud "menghina"...
...Tak tahu Den nak kato......Tak reti Den nak tolong...

Tuesday, August 11, 2009

TV TELEFON

Petikan bharian.com.my - 11/08/09
10 program TV melalui telefon bimbit peribadi
Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my
HANYA menekan satu butang saja, segala maklumat boleh sampai dalam masa beberapa saat, itulah yang dikatakan teknologi mampu mengubah gaya hidup terkini dan pastinya tidak akan terlepas dirasai semua individu.

Teknologi mengubah cara hidup untuk sentiasa cepat, pantas dan tepat melakukan sesuatu kerja dengan berkualiti. Kini semua pihak berlumba-lumba mengejar teknologi agar produk yang dihasilkan lebih pantas dan berkualiti.

Baru-baru ini, stesen televisyen 8TV memperkenalkan 8TV Mobile yang boleh menyaksikan 10 program televisyen itu melalui telefon bimbit peribadi.

Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim berkata, 8TV Mobile adalah produk pertama di negara ini dan juga Asia Tenggara di mana pemilik telefon bimbit boleh menyaksikan program 8TV.

“8TV menjadi rangkaian televisyen yang progresif. kita berasa sangat berbangga dengan langkah 8TV yang pantas bergerak ke arah teknologi mudah alih yang juga suatu revolusi baru dalam dunia penyiaran.

“Kami selalu percaya untuk menjadi yang pertama dalam penjelajahan idea baru tanpa melupakan kehendak penonton kami, pelbagai genre program televisyen seperti remaja, urban dan Cina akan disiarkan terus melalui telefon bimbit...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Monday, August 10, 2009

GADIS MELAYU URBAN

Petikan daripada Utusan Online 10/08/09
Pencarian gadis Melayu urban
Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
GADIS Melayu sinonim dengan paras rupa menawan, serta peribadi yang sarat dengan nilai dan budaya Melayu serta bersopan santun hingga mampu meruntun hati siapa sahaja yang memandangnya.
Namun, ada persepsi yang mendakwa itu gadis Melayu dahulu. Sesuai dengan era baru, gadis-gadis Melayu kini sudah berubah atau dilabel sebagai gadis urban!
Biarpun begitu, sebilangan besar gadis urban masih berpegang teguh kepada nilai-nilai gadis Melayu biarpun pada masa yang sama aktif, lasak, moden, berdikari dan berkeyakinan tinggi.
Atas kesedaran itu, TV9 kini mencari ikon gadis Melayu yang urban dalam rancangan Gadis Melayu 2.
Musim baru Gadis Melayu 2 yang mula bersiaran sejak 6 Ogos lalu pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam dikendalikan oleh Sharifah Shawati Syed Mohd. dan Juliana Evans...LAGI...
>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Usaha mencari bakat baru dalam apa bidang sekalipun adalah satu usaha yang wajar digalakkan. Ini berlaku dalam kebanyakan pertandingan realiti di televisyen tempatan sebagaimana Akademi Fantasia, Malaysia Idol, Raja Lawak dan dan banyak lagi.
Matlamat daripada usaha program realiti ini adalah untuk mencungkil bakat baru dalam segi nyanyian, lakunan mahupun komidi.
Aku agak meraba-raba sedikit dengan objektif rancangan Gadis Melayu 2 ini. Dan yang menariknya para peserta akan melalui pelbagai cabaran dan antaranya termasuk disediakan wang saku dan diminta untuk menyediakan masakan kampung.
Adakah program ini mahu mencari Tukang Masak makanan kampung yang urban?
Dalam keghairahan pelbagai pihak dengan Gagasan 1 Malaysia, TV9 pula mewar-warkan satu program Pencarian Gadis Melayu yang URBAN.
Apakah tidak realisitk untuk hanya mengubahnya menjadi pencarian gadis Malaysia Urban.
Sekadar pendapat.
* LIHAT JUGA BLOG SEBELUM INI BERTAJUK

IKLAN RADIO MENINGKAT

Petikan daripada utusan online pada 10/08/09
Iklan radio naik
KUALA LUMPUR 9 Ogos – Kaji selidik Nielsen Company mendapati jualan pengiklanan di radio mencatatkan pertumbuhan sebanyak 9.2 peratus pada suku pertama tahun ini.
Presiden Commercial Radio Malaysia (CRM), Datuk Borhanuddin Osman berkata, jumlah itu mewakili penguasaan pasaran sebanyak 5.7 peratus dalam tempoh berkenaan.
‘‘Siaran televisyen yang disiarkan secara percuma hanya mencatatkan pertumbuhan hasil daripada pengiklanan sebanyak 3.7 peratus,’’ kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Kaji selidik itu yang dikenali sebagai Pengukur Pendengar Radio (RAM) dilakukan oleh Neilsen dua kali setahun dan ia menganalisis demografi, kegemaran pendengar dan penggunaan produk oleh masyarakat di Semenanjung
…LAGI…

>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Saturday, August 8, 2009

IKIM KE SELURUH NEGARA

Petikan dripada bharian.com.my -8/08/2009.

IKIM luaskan siaran radio ke seluruh negara

KUALA LUMPUR: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan meluaskan siarannya ke seluruh negara di samping bercadang memperkenalkan program yang dikendalikan dalam bahasa Arab sepenuhnya, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, hari ini.

Nik Mustapha berkata, IKIM mempunyai 12 pemancar dan akan menambah lapan lagi untuk mempertingkatkan perkhidmatannya.


Pada masa sekarang, siaran radio IKIM hanya boleh didengar di bandar-bandar besar di Malaysia dan Singapura saja...LAGI...

>>>>>>

CATATAN PK.
Sekadar Maklumat.


Friday, August 7, 2009

LIPUTAN GAZA

Petikan daripada bharian.com.my – 7/08/2009.
Dengarnya... Tahniah pengacara, kru Majalah 3
Oleh Normah Becok
KATA orang walau sekecil zarah pun sumbangan kita, kalau dilakukan dengan ikhlas, pasti akan membuahkan hasil. Maksud Cik Normah di sini, bukanlah bermakna kita mengharapkan balasan atas apa yang kita lakukan. Namun kalau niat kita suci, Tuhan pasti akan memberikan ganjarannya. Cik Normah saja membangkitkan isu kerana Cik Normah teringat kemenangan yang diraih program Majalah 3 sewaktu Festival Dokumentari Malaysia 2009 yang berlangsung di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang baru-baru ini.

Dokumentari yang bertajuk Gaza itu memenangi kategori Dokumentari Isu Semasa Terbaik dan berjaya mengetepikan beberapa dokumentari menarik yang turut dipertandingkan malam itu seperti Dialah Nenekku oleh Farizie Bon Morinding; Lawatan Rasmi PM ke China; Bumi Di Pijak Langit Dijunjung Primeworks) dan Dosa Seorang Ibu (Radio Televisyen Malaysia) ...LAGI...
>>>>>>
CATATAN PK
Aku pun mengambil kesempatan di sini mengucapkan tahniah dan tabik spring kepada kru majalah3 kerana memenangi kategori Dokumentari Isu Semasa Terbaik. Majalah 3 berjaya mengetepikan beberapa dokumentari menarik yang turut dipertandingkan malam itu seperti Dialah Nenekku oleh Farizie Bon Morinding; Lawatan Rasmi PM ke China; Bumi Di Pijak Langit Dijunjung Primeworks) dan Dosa Seorang Ibu (Radio Televisyen Malaysia).

Ucapan tahniah ini bukan sekadar sentimen sebagai Penerbit pertama Majalah3 pada tahun 1975, malah sememangnya wajar Majalah3 diberi penghormatan memenangi kategori itu.

Membuat liputan di kawasan perang – war zone area – bukanlah satu perkara mudah. Risikonya begitu tinggi, kerana pada bila-bila masa mereka boleh dibom atau ditembak curi di kawasan peperangan. Ini jauh berbeza dengan liputan lain seperti lawatan PM ke China, Dialah nenekku dan finalis lain, kerana risiko keselamatannya a agak kurang berbanding dengan membuat liputan di Gaza.

Hanya seperkara yang perlu diberi perhatian oleh para wartawan Malaysia serta pengurusan media cetak dan elektronik tanahair. Sekiranya mereka menghantar wartwan di kawasan-kawasan panas ini , mereka perlu mengkaji peraturan-peraturan bagi wartawan yang membuat liputan di kawasan perang.

Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menghantar kakitangan mereka atas alasan tugasan kerja kerana membuat liputan di kawasan perang mempunyai protokolnya sendiri. Wartwan juga perlu dilindungi dengan pelbagai insuran sekiranya malapetaka berlaku ketika membuat liputan.

Lihat petikan rencana ini yang mengupas subjek yang serupa.

Tuesday, August 4, 2009

IKIM FM - 8 TAHUN

Petikan daripada bharian.com.my - 4/0/08/09.
Karnival Sehari Bersama Ikim.FM 8 Ogos
PELBAGAI aktiviti disusun bagi memeriahkan sambutan ulang tahun ke-8 stesen radio Ikim.FM. Sambutan itu akan dimeriahkan dengan karnival Sehari Bersama Ikim.FM yang bakal berlangsung di Dewan Besar dan perkarangan ibu pejabat Ikim.FM di Jalan Langgak Tunku off Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 8 Ogos ini bermula jam 9 pagi.

Pengarah Radio Ikim.FM, Ir Ahmad Jais Alias berkata, karnival yang bakal diadakan ini sebagai tanda penghargaan kepada pendengar selepas berjaya meletakkan stesen itu kekal di tangga ke-8 daripada 22 stesen radio berbahasa Melayu tempatan.

“Ikim.FM juga berjaya meningkatkan bilangan pendengar sebanyak 20,000 berbanding penurunan bilangan pendengar yang dicatat stesen radio lain...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Ikim FM akan menyambut ulangtahun ke 8 pada 8 Ogos ini. Sambutan ulangtahun ke 8 stesen radio ini juga adalah untuk menghargai pendengar selepas berjaya meletakkan stesen itu kekal di tangga ke 8 daripada 22 stesen radio berbahasa Melayu tempatan.
Menurut pengamatan saya, Ikim FM berpotensi meraih tangga yang lebih atas dari kedudukan 8 kerana ia adalah satu-satunya stesen radio yang memainkan peranannya yang sebenar sebagai sebuah stesen radio iaitu untuk memberi maklumat, mendidik dan menghibur.
Jika diperhatikan sejumlah besar stesen radio berbahasa Melayu hanya berperanan sebagai agensi muzik yang sepanjang hari memutarkan muzik terbaru dan terkini tanpa ada satu pun elemen memberi maklumat mahupun mendidik.
Ikim FM selama ini telahpun melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik khususnya dalam memberikan kefahaman Islam yang sebenarnya demi menjaga kesucian ajarannya yang sebenar tanpa menyentuh perkara-perkara retorik atau menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Ikim FM kini perlu melangkah ke arah memikirkan cara memperkasakan lagi peranannya khususnya dalam memberikan KEFAHAMAN kepada Orang Bukan Islam. Pendekatan Ikim.FM selama ini perlukan pengubahsuaian tertentu dengan memasukkan elemen yang boleh mengalakkan Orang Bukan Islam berkeinginan mendengar siaran Ikim.fm untuk MEMAHAMI Islam – Agama rasmi negara.
* Lihat juga tulisan blog sebelum ini yang bertajuk :

Monday, August 3, 2009

LONJAKAN THR

Petikan daripada kosmo.com.my pada 3/08/2009
Lonjakan THR
Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my
DIAM-DIAM stesen radio THR yang dikendalikan oleh AMP Radio Networks sebelum ini nampaknya bukan kosong. Ia sebaliknya terisi dengan satu-persatu pencapaian sekali gus menjadikan THR berhasil menghimpunkan pengikut tersendiri sejak beberapa tahun lalu.
Umum mengetahui, THR mempunyai dua rangkaian iaitu THR Gegar dan THR Raaga di bahagian lain Semenanjung.
Tiada yang lebih menggembirakan THR apabila stesen radio itu terus mencatat deretan sejarah apabila diumumkan sebagai stesen radio keempat paling popular bukan sahaja bahasa Melayu tetapi keseluruhan selepas ERA, Sinar dan Hot melalui kajian AC Nielson Mac lalu.…LAGI…
>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar Maklumat.

Sunday, August 2, 2009

BAHASA ROJAK LAGI...

Petikan daripada Utusan online – 2/08/09.

SITI JARUM

BAHASA rojak? Seriuskah kita? baru-baru ini Siti terdengar teguran Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim supaya stesen radio dan televisyen jangan menggunakan bahasa rojak. Siti fikir stesen televisyen kita, termasuk RTM kalau tegur saja mereka tak peduli.

Mereka kena diarahkan supaya jangan berbahasa rojak. Ada beberapa stesen radio dan televisyen begitu galak dan berlumba-lumba menggunakan bahasa tepi longkang yang tak senonoh. Bagi mereka semakin banyak bahasa itu, semakin moden stesen mereka.

Penyakit bahasa rojak di media elektronik kita di peringkat kronik. Kalau sekadar nak tegur saja, Siti fikir akhirnya rojak itu menjadi rojak basi yang meracunkan seluruh usaha memartabatkan bahasa. Tidak kiralah bahasa Melayu atau Inggeris…LAGI…

>>>>>>>

CATATAN PK

Lihat tulisan sebelum ini mengenai subjek yang sama yang dipaparkan di bawah tajuk:

* Khayalan Penerbit

* Bahasa Baku

Terima Kasih.