Wednesday, December 30, 2009

STATUS PERSONALITI TV

Petikan bharian.com.my - 30/12/09.

Fragmen: Imej, peranan dan tanggungjawab personaliti TV

Oleh Zainuri Misfar
zainuri@bharian.com.my

HARI ini seseorang personaliti TV dilihat seperti selebriti, bagaikan aktres atau aktor, bahkan mungkin juga seorang penyanyi popular.

Personaliti sendiri pun kadang-kadang dilihat seperti tidak faham dengan tugas dan tanggungjawabnya. Adakah dia sekadar perantara atau orang tengah antara penonton dengan program kendaliannya? Atau kemunculannya sekadar untuk mencantikkan program itu sendiri.

Memang ada sesetengah program yang tidak memerlukan kemunculan personaliti sebagai pengacara atau perantara
...LAGI...

>>>>>>>>>>

CATATAN PK

* Sekadar maklumat.

**Lihat Blog sebelum ini mengupas subjek yang berkaitan...MENJADI NEWSCASTER.

ICT DI SABAH

Petikan utusan online – 29/12/09
RM383j rapat jurang digital
Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
pengarang@utusan.com.my
KOTA KINABALU 28 Dis. - Kerajaan memperuntukkan RM383 juta bagi meningkatkan kemudahan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) di Sabah dalam usaha merapatkan jurang digital di negeri ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, peruntukan di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) itu akan digunakan dalam tempoh lima tahun bermula tahun depan.
Selain itu katanya, kerajaan juga akan turut memperluaskan liputan selular di negeri ini yang belum mencapai tahap 100 peratus...LAGI...
>>>>>>>
CATATN PK
Sekadar maklumat.

JALUR LEBAR 30%

Petikan Utusan Online – 29/12/09
Penembusan jalur lebar negara melebihi sasaran 30 peratus
KOTA KINABALU 28 Dis. - Tahap penembusan jalur lebar negara sehingga akhir bulan lalu telah melebihi sasaran iaitu sebanyak 30.8 peratus berbanding sasaran awal 30 peratus.
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kejayaan tersebut memberi keyakinan dalam usaha mencapai penembusan jalur lebar 50 peratus menjelang penghujung tahun depan...LAGI...
>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Thursday, December 24, 2009

PENAPISAN FILEM

Petikan www.bernama.com - 24/12/09

Garis Panduan Baru Penapisan Filem Mulai Tahun Depan

PUTRAJAYA, 24 Dis (Bernama) -- Kerajaan akan mengadakan garis panduan baru berhubung penapisan filem mulai tahun depan dengan mengambil kira input daripada pemain industri, ahli akademik, golongan belia dan mereka yang berpengalaman.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata garis panduan itu akan turut membuka jalan kepada penapisan dan pemantauan sendiri di kalangan pengamal industri berkenaan...LAGI...

>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Tuesday, December 22, 2009

TV3 TANDUS SELEBRITI BESAR

Petikan kosmo.com.my – 22/12/09

"TV3 'tandus' selebriti besar

"Bukanlah langsung tiada selebriti, kami ada selebriti yang berkualiti dan layak, cuma belum cukup 'besar' untuk diletakkan sandaran dalam Nona. Biarlah selebriti baru itu matang terlebih dahulu," ujar Farid tidak mahu mendedahkan identiti selebriti yang dimaksudkan…LAGI…

>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

* Ikuti blog sebelum ini – INGIN MENJADI NEWSCASTER – EPISOD3.

Monday, December 21, 2009

ESPN-Bahasa Malaysia

Petikan bharian.com.my – 20/03/09

Saluran sukan ESPN lancar versi bahasa Melayu

PEMINAT sukan di Malaysia kini berpeluang menonton SportsCenter Malaysia dalam versi bahasa Melayu apabila program berita sukan popular kebanggaan ESPN Star Sports itu dilancarkan, baru-baru ini.

Dihoskan oleh Lisa Wong dan Reem Shahwa, penyampai Star Sports Score Tonight edisi Bahasa Melayu ini akan menyampaikan liputan sukan antarabangsa dan tempatan terbaik mengikut tradisi program ikonik itu
.
..LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Tahniah diucapkan kepada ESPN kerana melancarkan berita sukan versi bahasa Melayunya. Setelah menontonya beberapa kali, ada baiknya stesen bertaraf dunia ini memberi perhatian kepada cara penyampaian beritanya kerana penggunaan Bahasa Malaysianya kedengaran seperti bahasa Inggeris. Persembahan penyampainya juga agak terlalu baru dan perlukan lebih banyak lagi latihan. Agak menghairankan yang stesen ini mengambil ringan kepada perkara-perkara penting seperti ini.

Thursday, December 17, 2009

PINEWOOD DI ISKANDAR

Petikan utusan.com.my – 17/12/09
Pinewood buka kampung studio RM400 juta di Iskandar Malaysia
KUALA LUMPUR - Iskandar Malaysia akan menjadi lokasi kepada kemudahan studio produksi media bersepadu yang dikenali sebagai Pinewood Iskandar Malaysia Studios (PIMS) bernilai RM400 juta.
Khazanah Nasional Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Beserah Ventures Sdn. Bhd. dan Pinewood Shepperton Plc. dari Britain memeterai perjanjian muktamad untuk membangunkan kemudahan berkenaan…LAGI…
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Monday, December 7, 2009

DOKUMENTARI TUNKU

Petikan utusan.com.my – 7/12/09

Dokumentari semua bekas Perdana Menteri akan diterbitkan

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kerajaan akan memulakan usaha menerbitkan dokumentari yang komprehensif mengenai riwayat dan perjuangan semua bekas Perdana Menteri mulai tahun depan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, usaha itu akan dimulakan dengan penerbitan dokumentari Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra.

Beliau berkata, langkah itu diambil memandangkan penerbitan rancangan dokumentari mengenai bekas Perdana Menteri masih kurang di negara ini…LAGI…

>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Semasa bertugas di TV3, saya pernah menerbitkan sebuah dokumentari khas mengenai riwayat dan perjuangan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Saya hanya menyediakan skrip dan menyunting bahan dan menyiapkan dokumentari itu yang pada mulanya pengumuplan penggambaranya dilakukan oleh Suhaimi Baba. Oleh kerana Suhaimi Baba – Kini Datuk Paduka dan pemilik Pesona Pictures -meninggalkan TV3, dokumentari itu belum dapat disiapkan, saya selaku Penerbit Majalah ketika itu ditugaskan menyiapkan Dokumentari itu.

Seingat saya, Dokumentari itu tidak pernah pun disiarkan oleh TV3 dan masih lagi dalam simpanan perpustakaan stesen itu. Ada satu ketika TV3 mahu menyiarkan Dokumentari itu, tetapi atas permintaan keluarga Tunku sendiri, Dokumentari itu tidak pernah disiarkan.

Thursday, December 3, 2009

ISU SLOT RTM LAGI

Petikan bharian.com.my -3/12/09

Epilog: Dr Rais perlu selesai isu slot siaran RTM

Oleh Akmal Abdullah
akmel@bharian.com.my

KITA tertarik dengan isu yang mula diperkatakan mengenai agihan slot siaran RTM. Ahad lalu, hal ini dibangkitkan menerusi ruangan Jeling Kak Pora (B*Pop - Berita Minggu) dan semalam menerusi akhbar ini, tulisan Zainuri Misfar dalam ruangan Fragmen juga mempersoalkan mengenai tahap profesionalisme RTM berkaitan agihan slot siaran yang mencetuskan lagi kontroversi di kalangan produserLAGI…

>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

Wednesday, December 2, 2009

SLOT SIARAN RTM

Petikan bharian.com.my-2/12/09

Fragmen: RTM tidak profesional agihkan slot siaran?

Oleh Zainuri Misfar- zainuri@bharian.com.my

RUANGAN Kak Pora dalam Bintang Popular sisipan Berita Minggu pada hari Ahad lalu mempersoalkan mengenai proses pitching sebagai satu proses yang perlu dilalui oleh mana-mana syarikat penerbitan yang berhajat hendak membekalkan program kepada RTM.

Bagi kita ia bukan isu baru. Ia menjadi bualan dikalangan penerbit atau syarikat penerbitan TV. Cuma ia tidak diperbesar-besarkan oleh media walaupun diketahui ada beberapa perkara besar yang sememangnya menjadi tanda tanya atau seribu satu persoalan...LAGI...

>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

Saturday, November 28, 2009

KEKANGAN MEDIA

Petikan bernama.com 27/11/09

Parti Politik Digesa Tidak Halang Media Membuat Liputan - CIJ

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pusat bagi Kewartawanan Bebas (CIJ) hari Jumaat menggesa parti-parti politik tidak menghalang mana-mana organisasi media daripada membuat sebarang liputan majlis.

Pengarah Eksekutifnya V.Gayathry berkata persatuan itu tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang yang tidak membenarkan Utusan
Malaysia daripada membuat liputan sidang media yang diadakan…LAGI…

>>>>>>

CATATAN PK

Di dalam mewarnai ciri-ciri demokrasi berparlimen, peranan media kini begitu mencabar dan dicabar. Kerjaya wartawan kini sudah sudah jauh berbeda. Dahulunya kehadiran wartawan jelas hanya daripada media aliran perdana. Kini lanskap kewartawanan berubah kerana wujudnya wartawan-wartawan daripada pelbagai media sama ada yang memilih jalan tengah sebagai media yang tidak memilih parti dan juga media yang disokong oleh pihak pembangkang. Di samping itu ramai juga kalangan mereka yang menganggap diri sendiri sebagai wartawan dan mengkategorikannya sebagai "citizen journalism".

Apa-apa pun dalam keadaan sebegini semua pihak perlu menyedari hakikat perkembangan ini kerana lanskap perkembangan media juga telah jauh berubah. Walau apa pun aliran kewartawanan yang dipegang, mereka tidak dapat lari daripada memegang teguh konsep menghormati etika kewartawanan. Di samping itu adalah juga wajar direnungi pandangan sebegini...

"Pointing a camera at an event and covering the entire event is not journalism. Journalism is in the editing. Journalism is in the selection. Journalism is in the content."TED COPPLE - CBS Newscaster.

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam & bagi mereka yang menggunakan lebuhraya untuk pulang ke kampung, berhati-hati ketika di jalanraya

Thursday, November 26, 2009

KUASA OPRAH

Petikan Utusan Online - 26/11/09
Kuasa seorang mogul TV
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
SAAT Oprah Winfrey mengumumkan rancangan bual bicaranya, The Oprah Winfrey Show akan melabuhkan tirainya selepas 25 tahun bersiaran baru-baru ini, ia sebetulnya bukanlah satu berita yang mengejutkan
>>>>>>
CATATAN PK
Kejayaan Oprah mewarnai dunia penyiaran selepas 25 tahun bersiaran di Amerika Syarikat seharusnya menjadi sumber inspirasi kepada para penerbit penyiaran tanahair.
Di negara ini untuk menjadi seorang penerbit memerlukan kegigihan luarbiasa.
Ini kerana nyawa Rumah Penerbitan – Production Houses banyak terletak kepada kesediaan stesen TV yang ada untuk menyambung talian hayat Production Houses berkenaan. Sistem pemberian 13 episod yang menjadi amalan tidak banyak membantu.
Sekiranya diamati banyak daripada Production Houses yang berkubur selepas kegawatan ekonomi pada tahun 1999.
Selepas itu, peluang-peluang yang terbuka adalah begitu sedikit kerana stesen TV hanya memberi terlalu sedikit kontrak kepada Production Houses yang ada dan ini begitu menyukarkan. Ini ditambah dengan langkah terbaru sesetengah stesen tv swasta membuat sendiri program-program untuk menjimatkan kos. Usaha yang diharapakan daripada stesen berkenaan untuk membantu industri penyiaran negara tidak kesampaian.
Bagi stesen tv kerajaan peluang masih terbuka lagi. Namun saingannya pula begitu sengit.
Mengikut maklumat yang ada tahun 2010, dua buah stesen lagi akan menemui penonton iaitu TV Islam dan TV Sukan.
Kepelbagaian stesen TV ini secara positifnya banyak membuka peluang pekerjaan dan perniagaan khususnya kepada karywan muda yang bakal mewarnai industri penyiaran ini. Adalah diharapakan juga pendekatatan Tecnological Know Who yang mengatasi Technological Know How yang menjadikan industria penerbitan tanahairberterusan suram di kesampingkan.
Seperti pernah disebut dalam blog sebelum ini, sekiranya program-program TV tanahair, dibuat oleh mereka yang tahu, maka lahirlah karya kreatif yang bermutu. Jika Saudagar Kicap, Saudagar Kayu Gaharu yang tidak mempunyai Technological Know How tetapi mempunyai Technological Know Who – pikirlah sendiri apa akan jadi pada industri ini. Sekiranya lagu lagu lama diberi adunan pendekatan yang tidak asli maka akan tidak aslilah hasilnya.
Tepuk dada tanyalah selera.

Wednesday, November 25, 2009

KLIP VIDEO BERNAMA

Petikan www.bernama.com – 25/11/09.

Bernama Bakal Perluas Perkhidmatan Kepada Berita Klip Video

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Perisian memproses berita secara online, dikenali Bernama Editorial System Terminal (BEST) yang memenangi Anugerah Inovasi ICT terbaik peringkat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan semalam, akan diperkembangkan dengan penghasilan sistem memproses berita berbentuk klip video tahun depan…LAGI…

>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

Tuesday, November 24, 2009

BERNAMA TV - BARU?

Petikan bernama.com.my 24/11/09

Bernama TV Lebih Daya Maju Di Bawah Pengurusan Baru

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bernama TV akan menjadi satu entiti yang lebih berdaya maju di bawah pengurusan baru yang mengambil alih operasi saluran berita 24 jam itu, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang...LAGI...

>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.
*Lihat juga blog sebelum ini mengenai perkara yang sama...

Thursday, November 19, 2009

PERTIKAI BLOG

Petikan bharian.com.my- 19/11/09

Kredibiliti portal, blog boleh dipertikai

Oleh Rejal Arbee
Apakah hanya bila kritik pemerintah dianggap tak berat sebelah?

AKHIR ini persoalan sering ditimbulkan apakah media sekarang masih boleh dipercayai kerana kredibiliti masing-masing dikatakan semakin terhakis? Bila disebut media, ia biasanya ditujukan kepada media arus perdana dan ini disempitkan lagi kepada hanya media cetak iaitu akhbar. Tuduhan dibuat bahawa media arus perdana ini selalu sangat memutarbelitkan berita
LAGI…

>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

FREEMALAYSIATODAY

Sebuah lagi laman web berita menemui pelayar internet dengan pelancaran www.freemalaysiatoday.com pada 11/09/2009.

Pelayar internet tempatan kini mempunyai pilihan melayari laman web ini ataupun laman web yang sedia ada sebelum ini seperti www.malaysiakini.com dan www.malaysiainsider.com.
Kesahihan isi kandungan web sebegini perlu dibentuk oleh wartawan-wartawan media baru ini sendiri bagi menarik minat pembaca masing-masing. Hakikatnya masyarakat negara ini perlu menerima kehadiran mereka sebagai satu lagi alternatif kepada akhbar-akhbar aliran perdana yang sedia ada.
Itulah keindahan kepada sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang membolehkan rakyatnya mengikuti pelbagai genre pandangan daripada pelbagai pihak.

Petikan – Mission Statement akhbar ini di halaman utama –

” Free Malaysia Today is a free and independent online news portal.

Our mission is to report the present, examine the past and prepare Malaysians for the future.

Our goal is a new Malaysia built on the foundations of what was promised at independence in 1957 but has been warped ever since.

Free Malaysia Today is not affiliated to any political party. We believe in the free flow of information and in the media’s responsibility to provide the grist that enables thousands to think critically and constructively so that civil society can work together with the media to ensure good governance in the public and private sectors’ administration and delivery of goods and services.

We understand that our readers are diverse and have varied interests. Our portal is offered in four languages and covers issues flaring or simmering on the national and international arenas. In other words, all the news and commentaries that impact upon our daily lives.

Editors

Free Malaysia Today

Monday, November 16, 2009

AMBILALIH BERNAMA TV

Petikan bernama.com 14/11/09

Satu Kumpulan Tawar Ambil Alih Bernama TV - Rais

KUALA KLAWANG, 14 Nov (Bernama) -- Bernama TV akan mengalami perubahan daripada segi fizikal, pentadbiran dan juga pencapaiannya mulai 1 Jan 2010 berikutan satu kumpulan telah menawarkan untuk pengambilalihannya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim…LAGI…

>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat

* Lihat juga blog sebelum ini. CEO Baru Bernama TV.

Sunday, November 15, 2009

JUARA IKON

Petikan kosmo.com.my -15/11/09.

KUALA LUMPUR – Kebijaksanaan dan kepetahan berkomunikasi telah berpihak kepada Aina Suzaily M. Zailanny, 20, untuk bergelar juara Penyampai Ikon pertama RTM.

Menjadi wajah baru ikon RTM, Aina membawa pulang kereta Proton Saga BLM bernilai RM38,000, wang tunai RM6,000, trofi serta sijil pada Malam Anugerah Penyampai Ikon yang bersiaran di TV2 secara langsung dari Panggung Sari, Istana Budaya, pukul 8.30 malam tadi…LAGI…

>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

*Lihat jug blog sebelum ini mengenai perkara yang sama.

JUARA PENYAMPAI IKON.

WEB-TV SELANGOR

Petikan thestr.com.my- 14/11/09.
S’gor Web-TV well received
ELAN PERUMAL at the Selangor State Assembly
THE Selangor Web-TV is fast becoming a hit among people both in the state and outside, including foriegners.
Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said the state-owned web-television, which started operations in March, had received overwhelming response from viewers. It had recorded 6.82 million hits until October...LAGI...
>>>>>>>
CATATAN PK
TV Maya yang disiarkan di internet akan mewarnai dunia kewartawanan pada tahun-tahun mendatang.
Media baru ini dari semasa ke semasa akan mengambilalih tugas media konvensional.
* Lihat juga blog sebelum ini mengenai perkara yang sama.

Thursday, November 12, 2009

JUARA PENYAMPAI IKON?

Petikan bharian.com.my/12/11/09

Siapa bakal dinobatkan juara Penyampai Ikon?

MATLAMAT Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk merombak kembali struktur penyiarannya harap dapat dilaksanakan selepas objektif memperkenalkan program realiti intelektual Penyampai Ikon ini diusahakan.

Sejak ia diperkenalkan lagi, program ini dilihat bakal mencetus satu lagi revolusi baru dalam dunia penyiaran tanah air apabila banyak aspek pendedahan sudah diberikan sejak tiga bulan yang lalu kepada 17 peserta yang terpilih mengikuti program ini.

Kini program pencarian bakat di dalam bidang kewartawanan penyiaran yang bermula sejak 12 Ogos lalu bakal berakhir apabila 17 peserta yang menyertainya dulu kini hanya tinggal enam yang bakal berentap ke peringkat akhir …LAGI…

>>>>>>>>>

CATATAN PK

Apakah RTM mampu menghasilkan “wartawan penyiaran yang ‘verstail’ dan mampu melakukan pelbagai jenis tugasan yang diberikan” akan hanya dibuktikan selepas penyampai ikon ini menjalankan tugas wartawan dalam dunia realiti kewartawanan sebenarnya.

Percubaan dan pendekatan terbaru RTM ini adalah satu eksperimen yang hanya boleh dilihat hasilnya selepas “penyampai Ikon” ini menghadapi realiti dengan membuat liputan berita setiap hari.

Sekiranya kita perhatikan sebelum ini ramai daripada peserta program realiti sama ada sebagai penyanyi, dramatis dan pelawak kecundang di tengah jalan dalam mengharungi perjuangan kerjaya mereka. Adalah didharapkan golongan ini tidak menerima nasib yang sama.

Dunia kewartawanan penyiaran yang penuh dengan glamour kini adalah lebih mencabar dan diharapkan penyampai ikon tidak tenggelam dengan dunia glamour mereka sebagai penyampai sahaja.

Wednesday, November 11, 2009

IKLAN "POTONG" DIKAJI

Petikan www.bernama.com – 10/11/09.
SKMM Kaji Iklan "Potong"
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji penyiaran iklan P1 Wimax broadband yang menimbulkan kontroversi apabila menggunakan perkataan 'potong' secara berulang-kali dalam iklan itu...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat

IKIM fm di MEKAH

Petikan www.bernama.com – 10/11/09.
Ikim.fm Siarkan Rancangan Khas Laporan Ibadah Haji
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Radio Ikim.fm) mulai 1 Nov lepas menyiarkan rancangan khas Laporan Ibadah Haji sehingga tamat musim haji iaitu pada 30 Nov ini.

Program tajaan Celcom (M) Bhd itu memberi peluang kepada para pendengar untuk mengikuti perkembangan semasa ibadah haji dari tanah suci Mekah dan Madinah...LAGI...

>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Tuesday, November 10, 2009

INFRASTRUKTUR IT

Petikan www.bernama.com – 10/11/09.

Kerajaan Laksana Infrastruktur Komunikasi Negara Yang Canggih – Najib

PUTRAJAYA, 10 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah melaksanakan satu infrastruktur komunikasi negara yang canggih dengan menghubungkan 1.2 juta isi rumah dan premis perniagaan dengan menggunakan serat optik bagi membolehkan mereka disambungkan dengan internet berkelajuan tinggi antara 10 MBPs (megabait sesaat) hingga 1GBPs (gigabait sesaat).

Perdana Menteri semasa menyampaikan ucapan pembukaan di Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) di sini Selasa berkata jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi itu akan menyediakan rakyat, perniagaan dan agensi kerajaan dengan satu daya tolak yang kompetitif melalui kelebihan komunikasi…LAGI…

>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

Sunday, November 8, 2009

50 WARTAWAN TERBUNUH

Petikan daripada h.metro.com.my – 8/11/09

Lebih 50 wartawan terbunuh ketika bertugas sepanjang tahun 2009

NEW DELHI: Seramai 54 wartawan dilaporkan terbunuh ketika menjalankan tugas sepanjang tahun ini dengan bilangan besar daripada mereka di kawasan pergolakan konflik di Pakistan dan Filipina.

Menurut data Persatuan Surat Khabar Dunia (WAN), kebanyakan wartawan menjadi mangsa di negara-negara membangun dan dilanda perang.

"Adalah malang bahawa wartawan yang sanggup bekerja dalam keadaan sukar dibunuh. Tidak ada keselamatan untuk mereka di negara-negara yang tidak mengamalkan demokrasi dan suara mereka sering ditutup...LAGI...

>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar Maklumat.