Monday, September 28, 2009

TAHNIAH Traxxfm

Petikan daripada Bernama.com 28/09/09.

Stesen Radio Traxxfm Menang Anugerah Penyiaran Hari Kanak-kanak

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Stesen Radio Traxxfm, yang merupakan salah satu stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM), memenangi anugerah serantau Penyiaran Khas Hari Kanak-kanak Antarabangsa 2009 (ICDB) bagi program radio terbaik di Asia Timur dan Pasifik.

Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia dan Wakil Khas ke Brunei, Youssouf Oomar dalam satu kenyataan berkata stesen radio Traxxfm akan menyertai lain-lain pemenang radio serantau dari Brazil, Jerman, Ghana, India dan Afrika Selatan, untuk merebut anugerah global keseluruhan yang akan diumumkan di New York pada 10 November ini...
LAGI...

>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat. Ucapan Tahniah kepada Traxxfm.

Sunday, September 27, 2009

KOMEN PROGRAM RAYA

Petikan daripada utusan online – 27/09/09

"Bukan nak katalah, klip iklan Petronas yang menunjukkan enam orang adik beradik bawa balik lembu untuk buat juadah Hari Raya lebih dramatik dan ada isi. Kenapa program Hari Raya tak menginsafkan macam klip iklan ini? Tak tau nak fikir atau malas nak fikir?"...LAGI…

>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar info mengenai subjek yang sama yang dibincang sebelum ini.

* Lihat juga komen bertajuk : Tentang program Raya

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Thursday, September 17, 2009

PROGRAM RAYA LAGI...

Petikan daripada utusan online pada 17/09/09.
RTM paling banyak siar program raya
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
RADIO Televisyen Malaysia (RTM) merupakan stesen penyiaran tempatan yang paling banyak menyiarkan rancangan-rancangan berkonsepkan Hari Raya Aidilfitrisepanjang musim perayaan itu disambut pada tahun ini.
Ketua Pengarah Penyiarannya, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, RTM menerusi saluran TV dan radionya akan menyajikan pelbagai program raya di mana jumlahnya mengatasi stesen-stesen penyiaran yang lain.
"Kalau tidak silap saya, bilangan program raya RTM tahun ini paling banyak berbanding stesen-stesen penyiaran yang lain dan mungkin juga pada tahun-tahun sebelumnya.
"Contohnya, tahun ini TV1 sahaja mempunyai 51 rancangan raya, TV2 pula ada 46 rancangan termasuklah tayangan 11 filem blockbuster. Itu tidak termasuk 34 lagi stesen-stesen radio RTM yang berada di seluruh negara.
"Berdasarkan jumlah stesen TV dan radio yang kita ada, RTM memang sentiasa mempunyai program-program raya yang banyak pada setiap tahun," katanya pada sidang media di Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini...LAGI...
* CATATAN PK
Sekiranya anda adalah mahluk asing yang didatangkan daripada planet luar yang tidak tahu menahu apa itu Aidilfitri - pastinya anda menganggap bahwa Hari Istimewa itu adalah hari untuk bersukaria sepanjang minggu dengan pelbagai jenis hiburan menyambut kedatangan hari raya...Lihat sahaja program-progrm yang disiarkan...LAGI...

Wednesday, September 16, 2009

IKIM BERAYA

Petikan daripada b.harian.com pada 16/09/09

Rancangan istimewa Aidilfitri untuk pendengar radio di IKIM.fm

RADIO Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) iaitu IKIM.fm tidak ketinggalan mengatur pelbagai program menarik sempena dengan sambutan Aidilfitri.

Ini bermula dengan siaran langsung pengumuman Hari Raya dan ucapan Aidilfitri yang dikendalikan oleh Mona Jasman pada Jumaat, jam 8.15 malam. Ia disusuli dengan perutusan Aidilfitri daripada Perdana Menteri pada Sabtu, jam 9 malam, disusuli pula perutusan daripada Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Abdullah Ahmad Badawi jam 9.30 malam.

IKIM.fm juga turut membuat laporan lalu lintas yang dilakukan oleh Mazlina Ismail dan Nik Hasnah, pada 19 September, bermula jam 3 petang. Laporan untuk memberi maklumat kepada pengguna jalan raya adalah kerjasa
ma dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia...LAGI….

>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar info.


Tuesday, September 15, 2009

TERUSKAN BERPESTA

Petikan daripada –hmetro.com.my-15/09/09.
Marathon program raya di Astro
Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) menyusun strategi supaya pelanggan tidak terlepas menonton program istimewa Aidilfitri apabila marathon program raya bermula sehari sebelum 1 Syawal (19 September), seawal jam 5 petang.
Pengarah AESB, Zainir Aminullah berkata, Kempen 9 Hari program raya dengan tajuk baru itu berlanjutan selama sembilan hari termasuk pada malam raya.
"Kemeriahan sambutan raya ini menjadi lebih menarik apabila Astro membariskan himpunan program dan genre yang diwarnai dengan nama hebat dalam arena hiburan tanah air sepanjang 9 Hari Istimewa Tayangan Raya.
"Strategi disusun rapi demi memastikan kelima-lima saluran terbabit menyiarkan program yang sesuai untuk tontonan kumpulan sasaran masing-masing.
"Kami ingin meneruskan kesinambungan program hebat yang disiarkan sepanjang Ramadan dengan terus mengekalkan objektif utama di Astro iaitu memberikan hiburan berterusan," katanya.
Malam raya pertama akan disiarkan filem Duyung, (Astro, jam 9 malam) dan Mega Raya Astro (Astro, 11 malam). pada raya pertama disiarkan telefilem Lemang Si Bujang Sepah (Prima, 12 tengah hari) dan Habibi Mawi Aidilfitri (Ria, 4 petang).
Raya kedua, Rumah Baru Bini Baru Baru Raya! (Prima, 12 tengah hari) dan Lantera Aidilfitri Datuk Siti Nurhaliza (Ria, 4 petang). Pada raya ketiga pula telefilem Cinta Meriam Buluh (Prima, 12 tengah hari)...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Nampak gayanya stesen TV tempatan akan terus bersaing mendapatkan penonton dengn formula mengadakan Pesta Filem berterusan sepanjang minggu pertama Aidilfitri tahun ini... Apakah formula itu satu pendekatan bijak. Mereka sahaja yang mengetahuinya.
* Lihat juga tulisan blog sebelum ini bertajuk : Berpesta di Aidilfitri.


Monday, September 14, 2009

HARI RADIO

Petikan b.harian.com.my – 14/09/09

9 September Hari Radio

Buat kali pertama, 19 anggota CRM menganjurkan Hari Radio di negara ini menjadikan Malaysia negara ketiga di dunia menganjurkan hari untuk memperingati serta menghargai jasa medium komunikasi dan hiburan serta mereka yang berkhidmat dalam industri berkenaan.

Kata Borhanuddin, kajian mendapati, kira-kira 90 peratus rakyat Malaysia berumur 10 tahun ke atas selalu mendengar radio. Statistik itu amat bermakna pada ketika ramai yang menganggap radio bukanlah media yang berpengaruh.


"Tengoklah pada fakta terbabit. Hari ini, radio muncul sebagai media dengan pelbagai dimensi. Ia juga tersedia menerusi pelbagai saluran media termasuk telefon bimbit, internet dan televisyen satelit.

"Orang ramai juga tidak lagi mendengar radio semata-mata. Kini, mereka turut berinteraksi dengannya. Pendengar sering membuat panggilan untuk berkongsi pandangan, menunjukkan reaksi atau memberikan ulasan, selain menyertai peraduan. Golongan muda, terutamanya, amat melekat dengan radio," ujarnya.

Tanya Borhanuddin, pernah kita cuba menghubungi stesen radio untuk menjawab soalan bagi memenangi hadiah ditawarkan? Tentu sekali kita antara orang yang bertuah sekiranya panggilan itu berjaya sampai ke penyampai. Maklum saja begitu ramai pendengar yang cuba berbuat demikian, pada masa yang sama.


Bukan kejutan lagi apabila radio menjadi media paling berpengaruh di kediaman dan sudah tentunya dalam kereta, terutama ketika memandu jauh serta sewaktu kesesakan lalu lintas.


"Sememangnya radio sudah melalui perjalanan yang jauh dan sudah lama bertapak di negara ini. Maka tepat sekali apabila kami menghargai medium ini dengan hari istimewanya sendiri. Setiap tahun, pada 9 September, kami akan meraikan hari terbabit dengan pelbagai aktiviti yang membolehkan masyarakat menjadi sebahagian daripada medium terbabit, yang terus muncul sebagai sebahagian elemen penting dalam kehidupan," katanya
...LAGI...

>>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

Friday, September 11, 2009

BERPESTA DI AIDILFITRI

Petikan daripada Bernama.com pada 10/09/09.

RTM Sedia 97 Program Khas Sempena Sambutan Aidil Fitri

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan 97 program khas bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahaya berkata pihaknya menjangkakan sambutan daripada penonton akan meningkat berdasarkan kepada pelbagai cerita dan program yang menarik disusun untuk tontonan ramai.

Bertemakan "Raya Datang lagi", RTM menerusi Saluran Informasi untuk TV1 akan menayangkan sebanyak 51 program khas Hari Raya manakala saluran Dunia Ria di TV2 menyediakan 46 program istimewa untuk tontonan seisi keluarga...LAGI...

..........................

Petikan daripada mstar.com.my pada 10/09/09.

Inspirasi Lebaran TV3 & Riang Ria Raya TV9 meriahkan Aidilfitri

HAMPIR sebulan berpuasa, sudah pasti ramai yang sedang menyusun pelbagai agenda bersama sanak saudara dan sahabat handai untuk pulang berhari raya di kampung.

Dalam sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut kedatangan Syawal, TV3 dan TV9 tidak terkecuali mengatur pelbagai acara istimewa dan program Aidilfitri yang menarik untuk diraikan bersama penonton sempena menyambut kemeriahan lebaran.

Bertemakan ‘Inspirasi Lebaran TV3 & Riang Ria Raya TV9’, stesen televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad ini tidak pernah menghampakan penonton setiap kali menjelangnya musim perayaan...LAGI...

>>>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekiranya anda adalah mahluk asing yang didatangkan daripada planet luar yang tidak tahu menahu apa itu Aidilfitri - pastinya anda menganggap bahwa Hari Istimewa itu adalah hari untuk bersukaria sepanjang minggu dengan pelbagai jenis hiburan menyambut kedatangan hari raya...Lihat sahaja program-progrm yang disiarkan.

Inilah yang digambarkan oleh stesen tv tempatan setiap tahun menjelang perayaan sebegini. Rata-rata isi kandungan tv tempatan berteraskan hiburan semata-mata.

Tidak ada salahnya memberikan pelbagai rancangan hiburan kepada penonton. Pada waktu yang sama, stesen-stesen berkenaan juga perlu menyeimbangkan kandungan program yang diberi dengan menyediakan program khas yang bermaklumat untuk menambah pengetahuan penontonya khususnya mengenai Aidilfitri. Paling sedikitpun sebuah dokumentari khas memaparkan ertikata sebenar Aidilfitri. Di samping memberi maklumat kepada orang Islam megenai kebesaran Aidilfitri, sekurang-kurangya rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam pula turut menimba maklumat mengenai perayaan Islam sesuai dengan Gagasan 1 Malaysia yang terus diwar-warkan itu.

Sunday, September 6, 2009

ISLAMOPHOBIA MEDIA BARAT

Petikan daripada Utusan Online pada 6-09-09
Media Barat dan Islamophobia
Oleh Hafizahril Hamid
KEBEBASAN media jika disalahgunakan mampu memberi kesan buruk jika tidak dikawal. Perkara ini sering berlaku di kalangan pengamal media Barat yang menggunakan alasan kebebasan media untuk kepentingan mereka namun hakikatnya mereka sering memihak walaupun nampak bebas di atas kertas.
Oleh itu perkara yang sering dimainkan oleh media Barat pastinya tentang keburukan agama Islam sehingga menimbulkan tanggapan buruk terhadap agama suci itu. Propaganda media Barat sehingga berjaya menerbitkan perasaan Islamophobia di kalangan rakyat mereka adalah antara agenda jahat mereka bagi mendedahkan keburukan berbanding nilai sebenar yang diperjuangkan dalam Islam.
Apatah lagi dengan wujudnya pelbagai medium berita dan komunikasi melalui internet seperti blog, Facebook dan sebagainya pemalsuan berita dan maklumat semakin menjadi tidak terkawal.
Itulah yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) yang ketika ini media mereka sedang hangat membicarakan isu seorang gadis remaja Islam berusia 17 tahun yang lari meninggalkan keluarganya untuk menjadi murtad dengan memeluk agama Kristian...LAGI...
>>>>>
CATATAN PK
Lihat catatan PK sebelum ini yang berhubungkait dengan subjek yang dilaporkan.

Saturday, September 5, 2009

ANIMASI MALAYSIA – SIAP AWAL

Petikan daripada www.sinarharian.com – 5/09/09.

Filem animasi 3D pertama siap ikut jadual

KUALA LUMPUR - Filem animasi 3D pertama Malaysia, ‘Geng: The Adventure Begins’, diterbitkan dan diserahkan mengikut jadual serta kos yang ditetapkan, kata Autodesk Inc semalam.

Autodesk ialah pengeluar dan pembangun perisian reka bentuk 2D dan 3D, dalam pasaran media dan hiburan.

Filem itu ditayangkan pada Februari tahun ini dan merekodkan jualan tiket kedua tertinggi bagi industri filem tempatan.

Ia dihasilkan oleh syarikat penerbitan tempatan, Les’ Copaque Productions Sdn Bhd menggunakan perisian media dan hiburan 3D Autodesk, Autodesk Maya.

“Les’ Capaque berjaya mempercepatkan pembikinan filem itu enam bulan lebih awal daripada jadual, dengan jumlah perbelanjaan RM4 juta,” kata Autodesk Inc...LAGI...
>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar Maklumat.


Tuesday, September 1, 2009

SPIDERMAN @ PETRONAS

Petikan daripada Utusan Online 1/09/09

‘Spiderman’ muncul panjat Menara Berkembar Petronas

KUALA LUMPUR 1 Sept. – `Spiderman’ Perancis, Alain Robert yang terkenal dengan kebolehannya menakluk bangunan pencakar langit tanpa bantuan kelengkapan memanjat, sekali lagi ditahan kerana memanjat Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat itu tanpa permit, hari ini...LAGI...

>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Bagi tujuan promosi Menara Berkembar Petronas ke persada antarabangsa – adalah lebih wajar sekiranya ”Spiderman” Perancis ini dibenarkan memanjat Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat ini.

Dengan memberinya permit, sudah pasti media seluruh dunia akan merakamkan percubaannya ini, dan tidak secara langsung membantu usaha mempromosi Menara Berkembar ini untuk menarik pelancung ke Malaysia sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelancongan selama ini.

Kita perlu mencari pendekatan ”Out of the Box’ - dan cara sebegini adalah di antaranya.

Saya masih ingat ketika saya menerbitkan rancangan Sekapur Sirih di TV3, dan saya menjemput Orang Kuat Malaysia “ Letchumanan” menarik kapalterbang MAS Boeing 737 dengan rambutnya – Ia mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa dan lebih daripada 30 buah stesen di seluruh dunia menyiarkan liputan seorang insan menggunakan kudrat dan kekuatan sendiri menarik kapalterbang menggunakan rambut.

Lihat blog sebelum ini mengenai subjek ini.

* Program Sekapur Sirih di pagi Ahad.

IKON RTM

Petikan daripada Utusan Online-1/09/09.

Membentuk ikon bidang penyiaran

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED

metra.mohamed@utusan.com.my

MELETAKKAN objektif untuk membentuk kerjaya generasi muda sebagai wartawan, penyampai berita dan pengacara yang mahir serta serba boleh, Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini mengorak langkah apabila menerbitkan sebuah rancangan realiti televisyen, Penyampai Ikon.

Sudah pun bersiaran di TV2 bermula 22 Ogos lalu, seramai 17 finalis terpilih untuk meneruskan cabaran dalam merebut kejuaraan di samping jaminan kerjaya bersama RTM.

Daripada 6,000 peserta yang menghadiri sesi uji bakat, mereka sebenarnya cukup bertuah kerana selain didedahkan dengan dunia glamor, latihan secara profesional disediakan sepanjang menjalani pembelajaran di mahligai gading dinamakan Kolej Penyampai Ikon...LAGI...

>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

Lihat Blog sebelum ini mengenai perkara yang sama.

* Yusanani cari pelapis penyampai

* Ingin Menjadi Newscaster