Tuesday, October 27, 2009

KEJAYAAN IKIM FM

Petikan Bernama.com-27.10.09.

Sambutan Siaran Ikim.fm Semakin Meningkat

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Radio Ikim.fm berjaya menarik pendengar untuk mengikuti siarannya secara purata selama sembilan jam 45 minit dalam sehari, menurut hasil rating terkini daripada kajian AC Nielsen Ogos lepas.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berkata kejayaan itu meletakkan radio Ikim pada kedudukan ke-10 daripada 38 radio di seluruh Malaysia.

Beliau berkata Mac lepas, radio IKIM hanya menduduki tempat ke-25 dalam kategori ini dengan purata masa siaran yang diikuti pendengar hanya kira-kira lapan jam sehari.

"Kedudukan kami (dalam rating), dengan produk kami yang berbeza, tambahan pula dengan liputan yang terhad, kami sudah mendapat tempat untuk mencapai jumlah pendengar yang memberangsangkan ini.

"Jika kawasan liputan lebih meluas, kami pasti boleh mendapat rating lebih tinggi daripada itu," katanya selepas merasmikan seminar bertajuk "Memperkasakan Peranan Tekno-Daei:Cabaran dan Penggunan ICT di institut itu di sini pada Selasa
LAGI

>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

Wednesday, October 21, 2009

RADIO ERA NO 1

Petikan bharian.com.my – 21.10.09

Terima kasih pendengar!

Oleh Zaidi Mohamad
Stesen radio pertama milik Media Prima Berhad pikat hampir empat juta pendengar di seluruh negara atasi radio Era.
Beroperasi secara rasmi pada Februari 2006, stesen radio pertama milik Media Prima Berhad, Hot FM pantas mencuri perhatian bersaing secara positif dan sengit dengan stesen radio sedia ada di negara kita.
Hampir empat tahun berjuang, stesen radio yang terkenal dengan tagline Lebih Hangat Daripada Biasa itu terus utuh meluaskan legasinya.

Terbaru, dengan hampir empat juta pendengar, Hot FM tidak hanya menjadi radio nombor satu bagi segmentasi pendengar di bawah lingkungan umur 35 tahun atau pun bagi segmen pagi kendalian Fara Fauzana dan Faizal Ismail. Sebaliknya, jumlah angka yang tercatat itu merujuk kepada laporan terbaru AC Nielsen yang diumumkan semalam sekali gus melayakkannya unggul menjadi stesen radio nombor satu negara.

Malahan, segmen pagi yang dipanggil AM Krew itu turut mempertahankan takhtanya sebelum ini selama tiga kali berturut-turut. Berita gembira ini pastinya membuatkan semua warga kerja Hot FM dan naungan label Media Prima yang lain tersenyum bangga. Meraikan simbolik itu, Hip gandingkan penyampai radio Hot FM bersama Ketua Pegawai Operasinya, Seelan Paul dalam sebuah fotografi penuh maknaLAGI

>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Tuesday, October 20, 2009

PENJENAMAAN TV ISLAM

Petikan Utusan Online - 20.10.09
Penjenamaan semula menerusi TV Islam

MEGA: Malaysia bakal memiliki TV Islam melaui TV Jakim. Apakah ciri-ciri yang perlu ada di dalamnya?
DR. ZULKIPLE: Pertamanya kita bersyukur kerana telah sekian lama suara mewujudkan TV Islam, akhirnya idea tersebut kini mula mendapat perhatian. Jangan lupa bahawa di Iran usaha ini telah dimulakan sejak tahun 1979.
Kita boleh belajar dari mereka di mana-mana yang perlu. Berkaitan dengan ciri-ciri, paling kurang kita kena tengok tiga perkara penting.
Pertama, dari sudut falsafah dan dasarnya. Yang jelas ia akan menjadi panduan ke mana hala tuju TV Islam ini. Islam mengutamakan fikiran dan ilmu. Kita tidak boleh simplistik, dengan mengatakan biar penerbit menentukan. Mereka tahu apa yang perlu dibuat.
Jika kita banding ada TV dikendali secara free-enterprise, ada berbentuk public broadcasting malah ada berbentuk autoritarian. Kita kena tentukan dasar ini secara jelas.
Di peringkat permulaan ini, falsafah kita ialah TV Islam mesti menggambarkan Islam dalam erti kata sebenarnya. Dulu kita sebut Islam syumul atau Islam sebagai cara hidup...LAGI...
>>>>>>>>>>
CATATAN PK

Sekadar maklumat.

Thursday, October 15, 2009

TOKOH MEDIA ISLAM

Petikan sinarharian.com.my-15.10.09

Allahyarham Datuk Yusoff Zaky Yacob, tokoh Media Islam Negara 2008

Oleh: A. Aziz Deraman

Pada 7 Oktober 2009, sebelah malamnya, berlangsung Anugerah Media Islam Negara (Amin) Ke-3, di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya dengan penuh gemilang. Amin yang diadakan sejak tiga tahun lalu bertujuan memberi penghargaan, penghormatan dan pengiktirafan bertaraf kebangsaan kepada pengamal media elektronik dan cetak yang memberikan sumbangan cemerlang tentang keislaman. Ada 34 anugerah dipertandingkan yang dibahagikan kepada lima kategori, selain Anugerah Khas Panel Juri. Memang menarik dan menawan, yang seharusnya mendorongkan lagi pengamal media meningkatkan lagi usaha menggerakkan kefahaman Islam.

Selaku anggota Panel Hakim, daripada seramai 24 orang, yang dipimpin Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, penulis sungguh berasa terharu apabila Tokoh Media Islam Negara 2008 ini disepakati dianugerahi kepada Allahyarham Datuk Yusoff Zaky Yacob. Siapakah Yusoff Zaky? Apakah generasi baru kenal atau pernah mendengar nama beliau? Apakah akan muncul lagi pengamal-pengamal media yang sekali gus adalah ilmuan, ulama, pendakwah, pengarang besar yang sanggup berkorban bagaikan dian sebatang? Beliau laksana sebiji mutiara nusa dan bangsa yang sangat tinggi mutu dan nilainya...LAGI...

>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

KHABAR HAJI

Petikan daripada sinar harian.com.my – 14.10.09
'Khabar Haji' kongsi berita dari Tanah Suci Makkah setiap hari
Astro Oasis (Saluran 106) terus mengorak langkah apabila mencipta sejarah penyiaran menjadi saluran TV pertama di rantau ini menyiarkan berita komprehensif secara langsung selama sejam di sepanjang musim Haji 1430 Hijrah dari Tanah Suci Makkah melalui program berita dan hal ehwal semasa Khabar Haji.

Program berita Khabar Haji akan mula menemui para penonton di saluran Astro Oasis (Saluran 106) pada setiap hari, jam 10 malam bermula dari 7 November sehingga 30 November 2009. Berita ini akan diulang tayang pada hari yang sama sebanyak dua kali iaitu pada jam 8 pagi dan 2 petang dalam tempoh 24 jam yang sama.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah berkata: “Kami berasa amat bangga apabila Astro Oasis diberi peluang untuk bekerjasama dengan stesen TV Arab Saudi iaitu Iqraa TV untuk menyiarkan berita yang akan dikendalikan sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu. Berita baik ini juga menandakan bahawa program berita yang julung-julung kali diadakan ini juga dapat disaksikan oleh jemaah Malaysia serta penonton di Arab Saudi melalui sari kata yang akan disediakan...LAGI...
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Wednesday, October 14, 2009

STRATEGI SURIA FM

Petikan daripada Utusan Online – 14.10.09

Suria FM susun strategi baru

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED

metra.mohamed@utusan.com.my

MENCATAT jumlah peningkatan pendengar dalam satu kajian baru-baru ini, Suria FM kini sedang menyusun strategi bagi melonjakkan lagi momentum populariti dan kedudukan stesen radio berkenaan.

Bakal mengadakan pertemuan bersemuka bersama khalayak pendengar terpilih, ia merupakan salah satu strategi awal Suria FM bagi mendapatkan respons mengenai prestasi stesen itu sepanjang 2009.

Apa yang pasti, hasil daripada pertemuan itu nanti, ia akan membuahkan idea untuk Suria FM melakukan perubahan pada masa mendatang.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, pertemuan bersemuka itu akan dijalankan tidak lama lagi meliputi khalayak pendengar seluruh negara terpilih...LAGI...

>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

Tuesday, October 13, 2009

PENGERUSI TV ISLAM

Petikan b.harian.com.my - 13.10.09
Yusof pengerusi stesen TV Islam

KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dilantik Pengerusi Alhijrah Media Corporation, peneraju operasi TV Islam pertama negara, TV Alhijrah yang dijangka memulakan siarannya awal tahun depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata Perdana Menteri bersetuju memilih Mohd Yusof kerana pengetahuan serta pengalaman luasnya dalam bidang agama.

Beliau yang juga Penasihat AlHijrah Media Corporation berkata, saluran TV Alhijrah yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Disember nanti memberi perspektif baru dalam dunia penyiaran negara selain menunjukkan komit men kerajaan mengangkat kedudukan program Islam.

“Selain menyiarkan program yang memenuhi aspirasi rakyat, TV Alhijrah juga menjadi landasan untuk menyebarkan syiar Islam kepada penonton, termasuk melalui hiburan yang berlandaskan syariat agama,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Saluran televisyen baru yang dikhaskan untuk televisyen Islam diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, yang juga penaung Alhijrah Media Corp, 11 Jun lalu
...LAGI...
>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Traxxfm CIPTA SEJARAH

Petikan Utusan online 13.10.09
Traxxfm cipta sejarah
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
BERNAUNG sebagai salah sebuah stesen radio kerajaan ternyata bukan kekangan buat stesen radio yang dahulunya dikenali sebagai Radio 4 iaitu Traxxfm untuk mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.
Baru-baru ini, stesen tersebut dianugerahkan Anugerah Penyiaran Hari Kanak-kanak Antarabangsa 2009 (ICDB) untuk program radio terbaik di Asia Timur dan Pasifik.
ICDB ditubuhkan oleh Persatuan Psikologi Malaysia dan Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang bertunjangkan konvensyen mengenai hak kanak-kanak yang membenarkan mereka menyuarakan pendapat serta berkongsi pandangan dengan rakan sebaya dan orang ramai menerusi media…LAGI…
>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar Maklumat.

Monday, October 12, 2009

HALATUJU SINAR FM

Petikan daripada Utusan Online – 12.10.09.

Sinar bukan untuk orang lama sahaja

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM

dianna.azaham@utusan.com.my

SEMUA sememangnya sedia maklum yang Sinar FM merupakan stesen radio swasta tempatan yang banyak memainkan lagu-lagu lama.

Persepsi orang, apabila sesebuah radio memainkan lagu-lagu yang retro dan klasik, maka pendengarnya juga terdiri daripada golongan yang membesar dengan lagu-lagu sebegitu.

Namun hakikatnya, Sinar FM bukan sahaja didengari oleh pendengar yang berusia, tetapi ia turut diminati oleh golongan muda.

Buktinya, kebanyakan yang hadir pada Rumah Terbuka Sinar Bersama Daisy kerana memenangi pertandingan Sehebat Chef @ Sinar baru-baru ini terdiri daripada golongan remaja.

Ternyata Sinar FM yang terkenal dengan tema Muzik Retro Terbaik diminati ramai tanpa mengira usia…LAGI…

>>>>>>>>>

CATATAN PK

Di samping Radio Bernama 24, dan Radio IKIM, Radio Sinar juga perlu memikirkan pendekatan bagaimana ia boleh mempelbagaikan programnya dengan hidangan maklumat yang diperlukan pendengar. Sebagai sebuah Radio ternama, ia boleh memberi sumbangan lebih bermakna dengan tidak hanya memutarkan lagu-lagu yang dikehendakki pendengar.

Friday, October 9, 2009

KECELARUAN NILAI di TV

Petikan daripada Utusan Online – 09.10.09.

Kecelaruan nilai hidup Timur dipertontonkan

Oleh SITI FATIMAH ABDUL RAHMAN

SETELAH beberapa kali menonton 'promo' sebuah rancangan realiti TV, penulis berkesempatan menonton rancangan itu ketika episod keduanya disiarkan. Program realiti ini bertujuan untuk mengubah cara berpakaian dan berdandan pesertanya - Si X - yang dirujuk kepada program tersebut oleh mereka yang rapat dengan Si X. Misalnya, seorang rakan akan meminta krew penerbitan ini untuk mengubah cara berpakaian dan berdandan sahabat baiknya (peserta) yang dilihat tidak pandai bergaya.

Krew penerbitan, tanpa apa-apa temu janji akan menemui peserta itu dan melakukan keajaiban mereka untuk menukar peserta yang tidak pandai berdandan itu menjadi seorang yang rupawan. Sebagai seorang wanita, penulis agak tertarik dengan konsep ini.

Setelah sepuluh minit menontonnya, penulis terasa untuk menukar ke saluran lain kerana terganggu dengan kecelaruan nilai dalam rancangan ini. Namun, sebagai pemerhati masyarakat, penulis meneruskannya kerana mahu melihat sejauh mana kelam-kabutnya nilai yang ditonjolkan dalam rancangan ini...LAGI...

>>>>>>>

CATATAN PK

Setiap penerbitan program television memerlukan ketelitian, ketajaman dan pemantauan Editorial yang sewajarnya yang perlu dimilikki oleh Penerbit sesebuah rancangan.

Ciri-ciri Editorial inilah yang diperlukan dan bilamana ia dikesampingkan maka berlakulah apa yang diperkatakan oleh penulis di atas.

Kemungkinan niat menerbitkan sesebuah program itu sebegitu murni tetapi sekiranaya ia tersasar, matlamat asalnya tidak kesampaian.

Itulah masalah besar yang sering dihadapi oleh kebanyakan Penerbit tempatan serta pengurusan di stesen TV yang sedia ada. Mereka perlu terus peka dan memberi perhatian bagi memastikan perkara-perkara yang dibincangkan di atas tidak akan terus berlaku.

Thursday, October 1, 2009

PERUBAHAN TV1

Petikan daripada Bernama.com – 1 Oktober 2009.

Beberapa Program Di TV1 Berubah Waktu Siaran Bermula Khamis

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Selaras dengan hasrat memenuhi selera penonton ketika ini, beberapa rancangan yang disiarkan di TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah diubah waktu siarannya bermula Khamis.

Bahagian Komunikasi Korporat Unit Media RTM dalam kenyataannya pada Khamis, berkata penyusunan semula waktu siaran itu melibatkan program bual bicara, majalah serta sukan dan hiburan.

Antara program yang mengalami perubahan waktu siaran ialah program Di Luar Lingkungan, Suara Siswa, Dialog dan Isu yang disiarkan pada setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat kini dilewatkan sejam berbanding pukul 9 malam sebelumnyaLAGI...

>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar Maklumat.