Monday, June 29, 2009

NIK AZIZ, MCMAHON, SAINTIS REALITI TV

Petikan daripada Utusan online 29/06/09

"Faisal Tehrani (tehranifaizal.blogspot. com) pula menulis tentang program realiti TV Star of Science, Yayasan Pendidikan Qatar.

Program tersebut menyaksikan 16 peserta berusia antara 21 hingga 31 tahun dari 11 negara menerokai pelbagai bidang sains untuk mencipta pelbagai alatan yang berguna bagi kegunaan orang awam.

Katanya, melalui program realiti seperti ini penonton bukan sahaja bertambah bijak malah didedahkan dengan interaksi bersama saintis terkemuka yang akan menjadi juri manakala pemenangnya juga dipilih melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tulis beliau, mengapakah program realiti TV kita hanya tertumpu kepada usaha mencari bintang-bintang murahan untuk memeriahkan dunia pop sedangkan negara lain dengan usaha-usaha ke arah kemajuan masyarakat.

''Mengapakah kita kekal bangkrap idea dan muflis kreativiti? Bagaimana ilmuwan kita boleh terheret sama?

''Mengapakah kita yang mahu mengejar Wawasan 2020, masih mencari bakat anak wayang dan pilih kasih untuk membintangi filem murahan tentang mat rempit, pelacur, bohsia dan samseng?'' tulisnya...LAGI...

>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sebagai orang yang pernah duduk membuat keputusan di salah sebuah stesen television pada satu ketika dahulu, penghasilan sesebuah program itu terletak kepada pengurusan stesen itu sendiri khususnya di bahagian Rancangan atau Programme Acquisition. Sekiranya mereka yang berkedudukan untuk membuat keputusan untuk mengambil program yang “bangkrap idea dan muflis kreativiti” ini menjadi keputusannya – itulah yang diperolehi di layar tv kita.

Di samping apa yang diperkatakan oleh Faisal Tehrani ini, saya juga turut risau dengan “kebanjiran” filem-filem seram/hantu dI pawagam dan di tv. Apakah karyawan tempatan juga ketandusan idea selepas lebih 50 tahun negara merdeka dan ketika rakyat Malaysia telahpun dihantar ke angkasa lepas.

Friday, June 26, 2009

DI MANAKAH MEREKA

Petikan daripada h.metro.com.my - 26/06/09.

Dunia niaga bekas personaliti TV3

Oleh Nor Akmar Samudin

akmar@hmetro.com.my

BELASAN tahun menimba pengalaman bersama TV3, pasti meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan. Sebahagian daripada mereka berjaya membina nama cemerlang dan begitu sinonim dengan stesen televisyen swasta terunggul itu.

…LAGI…

”Christine yang dianggap pakar bahasa Melayu di TV3 sekarang membuka Pusat Tuisyen Lestari Ikhtiar (Pusat Bahasa Christine Ling) di Petaling Jaya.


"Selama 15 tahun bersama TV3, saya kumpulkan kenangan manis saja. Waktu bekerja di sana juga saya berasa terlalu dekat dengan wanita termasuk mereka yang tinggal di luar bandar. Di mana jua menetap sama ada di bandar atau di desa, wanita mempunyai harapan dan impian yang sama untuk berjaya dalam kehidupan.


"Bersama TV3 juga saya berusaha memperbetulkan tatabahasa penonton dan mengharapkan sesuatu yang luar jangkaan. Bagaimanapun, setiap orang ada persepsi berbeza terhadap usaha yang kita lakukan.


"Selepas meninggalkan TV3, saya mengusahakan pusat tuisyen. Selama 10 tahun ini saya berdamping dengan pelajar sekolah yang sudah dianggap seperti anak sendiri. Semoga TV3 bertambah maju jaya pada masa depan," katanya.


>>>>>>>

CATATAN PK

Semoga berjaya kepada bekas warga kerja TV3 yang membantu mewarnai industri penyiaran negara. Selamat Maju Jaya.

Thursday, June 25, 2009

MALAYSIAN MIRROR

Petikan daripada thestar.com.my – 25/06/09
New Mirror on Malaysian cyberspace
Comment by BARADAN KUPPUSAMY
The competition among online news portals is set to grow in cyberspace, with the debut of the Malaysian Mirror.
IN a posh third-floor office in Petaling Jaya, a team of editors, writers and Internet experts are rushing against their deadline to launch a full-fledged news portal, the latest addition to a theatre that’s gradually getting crowded
…LAGI…
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sebuah lagi laman web berita menemui pelayar internet dengan pelancaran www.malaysianmirror.com semalam. Pelayar internet tempatan kini mempunyai pilihan melayari laman web ini ataupun laman web yang sedia ada sebelum ini seperti www.malaysiakini.com dan www.malaysiainsider.com.
Kesahihan isi kandungan web sebegini perlu dibentuk oleh wartawan-wartawan media baru ini sendiri bagi menarik minat pembaca masing-masing. Hakikatnya masyarakat negara ini perlu menerima kehadiran mereka sebagai satu lagi alternatif kepada akhbar-akhbar aliran perdana yang sedia ada.
Itulah keindahan kepada sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang membolehkan rakyatnya mengikuti pelbagai genre pandangan daripada pelbagai pihak.

WADAH TV ISLAM

Petikan daripada bharian.com.my -25/06/09

Peguam Syarie Menulis: TV Islam wadah berkualiti salur maklumat sebenar

Program pendidikan diharap beri kesan mendalam terhadap pemikiran generasi muda

BARU-BARU ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, menyatakan kerajaan bercadang menjadikan saluran televisyen Islam sebagai ruang interaksi dengan masyarakat terutama dalam soal berunsurkan syariat dan kerohanian.


Siaran televisyen Islam itu percuma kerana ia peluang terbaik untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat luar bandar. Beliau juga menyatakan dari segi rancangan bakal disiarkan tidak mempunyai masalah kerana setakat ini sudah banyak syarikat produksi menawarkan bahan untuk ditayangkan dalam saluran TV Islam itu nanti.


Ia adalah langkah baik sebagai suatu wadah menyampaikan mesej Islam kepada orang ramai terutama kepada golongan luar bandar. Program sebegini perlu bagi memastikan semua golongan mendapat maklumat sebenar mengenai Islam, di samping dapat memberikan program berkualiti kepada masyarakat terutama terhadap isu undang-undang dan syariat
…LAGI…

>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

Wednesday, June 24, 2009

RTM KETINGGALAN?


Dipetik daripada b.harian.com.my – 24/06/09.

Fragmen: Benarkah stesen RTM ketinggalan?

Oleh Zainuri Misfar
zainuri@bharian.com.my



DR RAIS mempunyai tanggungjawab berat untuk menjadikan berita RTM boleh bersaing dengan stesen TV lain.

Banyak usaha dilakukan untuk memantap persembahan berita tetapi belum meninggalkan kesan besar


KEWIBAWAAN atau nilai berita yang disiarkan oleh RTM turut menjadi topik perbahasan oleh beberapa wakil rakyat dalam sesi soalan lisan di Dewan Rakyat di Parlimen, kelmarin.

Akhbar Harian Metro kelmarin memetik kenyataan wakil rakyat dari Sri Gading, Johor, Mohamed Aziz yang tanpa berselindung mahu persoalan nilai berita RTM dan program wajar diambil kira supaya diberikan keutamaan.

“Soal nilai, (perlu dilihat) ada nilai berita, bagi sesetengah orang apabila berita mengutamakan sukan, itu nilai. Tetapi apabila berita diisi dengan pelanggaran dan program tidak sepatutnya menyebabkan stesen swasta terutama TV3 mendapat perhatian penonton,” katanya.


Menurut Mohamed, kebijaksanaan menilai dan memilih berita yang sepatutnya diberi keutamaan untuk tatapan penonton menjadikan sistem televisyen swasta lebih diminati berbanding stesen televisyen yang dimiliki kerajaan...LAGI...

>>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Pengisian kandungan berita TV tempatan yang dikatakan kurang menarik sebenarnya telah lama berlaku.

Perkara ini timbul kerana kini wujudnya perbandingan. Sebelum siaran Astro menemui penonton, masyarakat setempat tidak mempunyai pilihan - hanya RTM & TV3.

Sekarang ini dengan mudah mereka membanding-bandingkan isi kandungan pendekatan siaran berita tempatan dengan berita yang disiarkan di Astro.

Masyarakat di negara ini semakin berilmu dan berpengetahuan. Berita-berita luar negara yang disiarkan oleh CNN, BBC, Al-Jazera dan lain-lain menyiarkan berita secara live- tetapi siaran tv tempatan mengulangnya jam 8 malam.

Di samping itu, pada umumnya isi kandungan berita TV tempatan mempunyai kandungan berita yang sama.

Pengurus media di RTM mahupun di Media Prima perlu menyedari hakikat ini kerana sekiranya pendekatan yang dibuat berterusan, penonton akan bertukar ke rangkaian lain.

Manusia gemar melihat gelagat manusia lain. Itulah ciri human interest yang menjadi resipi untuk menarik minat penonton. Ciri berita ialah - Ikan makan Kuching, bukan Kuching makan Ikan. Sekiranya setiap hari berita yang disiarkan berformat Kuching makan Ikan dan di dada akhbar arus perdana juga melaporkan Kuching makan Ikan....pastinya ia tidak menarik dan membosankan.

Sekiranya ini terus berlaku, pastinya matlamat untuk menyampaikan maklumat sebenar tidak akan sampai.

Wallhualam.

Tuesday, June 23, 2009

MENCARI PENYAMPAI

Petikan daripada www.hmetro.com.my – 23/06/09.

Yusanani cari pelapis penyampai

BERBEKALKAN pengalaman sebagai penyampai berita dan pengacara sejak 1994, ternyata Yusanani Yushak bukan calang-calang individu dalam dunia penyiaran. Justeru, memang layak dipilih sebagai pengetua Penyampai Ikon di TV2, bermula 22 Ogos ini...LAGI...

>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Satu lagi program realiti akan diterbitkan dan kali ini bertujuan untuk mencari bakat seorang 'ikon' penyampai yang semestinya ada bakat dan pakej rupa.

Yusanani Yusahak yang dilantik menjadi pengetua Penyampai Ikon di TV2, bermula 22 Ogos ini sememangnya berpengalaman dalam bidang penyampaian. Beliau bermula di TV3 sebagai ”Booth Announcer” ketika stesen itu mula dibuka pada tahun 1985. Ketika saya di Bilik Berita TV3, pernah menawarkan beliau untuk jawatan penyampai berita sepenuh masa, tetapi menolakknya kerana alasan kesihatan. Namun beliau ke Bilik Berita juga kemudiannya selepas saya meninggalkan TV3 pada tahun 1992.

Untuk menjadi Penyampai yang baik, mereka memerlukan asas yang kukuh dahulu sebagai seorang wartawan.Teknik wawancara yang baik boleh dipelajari ketika menjadi wartawan yang secara realitinya sentiasa bersedia bertanya untuk mendapatkan jawapan.

Sekiranya diperhatikan, penyampai/pengacara yang berjaya adalah terdiri daripada kalangan mereka yang mempunyai latarbelakang wartawan. Lihat sahaja Aznil Haji Nawawi yang pernah menjadi wartawan am di TV3 dan juga wartawan Money Matters. Begitu juga dengan Suhaimi Sulaiman di TV Awani yang juga mempunyai latarbelakang kewartawanan penyiaran di TV3.

Saya kategorikan penyampai kepada dua kategori iaitu Brainy-Presenter –pengacara yang berotak dan juga Dumb Presenter - pengacara yang kurang bijak. Brainy Presenter adalah mereka yang membuat penyelidikan dan kelihatan cerdik ketika melaksanakan wawancara, sementara Dumb Presenter adalah di kalangan mereka yang tidak membuat homework sebelum mewawancara seseorang dan hanya mengharapkan soalan-soalan yang disedikan oleh pihak lain atau penerbit rancangan.

Ikuti juga subjek mengenai Newscaster- Bahgian 1,2, dan 3 di dalam blog yang sama sebelum ini.

Monday, June 22, 2009

RATING TV3


Formula baru TV3 meningkatkan jumlah penonton...

…………..

Petikan daripada bharian.com.my

Melodi berwajah baru kekal elemen sensasi

Program terbitan TV3 cecah rating 2.3 juta, bakal penuhi kehendak penonton

SEJAK mula diterbitkan pada tahun 1992, Melodi bagaikan tidak punya masa untuk berhenti bersiaran. Aktiviti persada hiburan yang sentiasa bergolak mendorong Melodi untuk terus tampil setiap minggu dengan menghidangkan paparan yang dinanti umum dalam cara pengolahannya yang tersendiri...LAGI....

>>>>>>>>>>

CATATAN PK

No Comment.

PEMBANGKANG & RTM

Petikan daripada Bernama.Com

RTM Turut Siar Berita Mengenai Pembangkang

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan berita mengikut nilainya serta memberi liputan kepada pihak pembangkang bergantung kepada kepentingan sesuatu isu, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Heng Seai Kie...LAGI...

>>>>>>>>>

CATATAN PK

Saya masih teringat ketika menjadi wartawan radio di RTM pada awal 70an - kami diarahkan untuk tidak menulis berita yang berteras politik. Pendekatan kami ketika itu sekalipun liputan perhimpunan agung umno, kami menulis berita berteras pembangunan dengan memetik menteri kerajaan yang membuat kenyataan mengenainya dan bukan sebagai pemimpin parti politik. Berita-berita parti pembangkang tidak diberi liputan – tambahan lagi kerusi pembangakang ketika itu begitu sedikit.

Amalan membuat liputan berita parti politik yang berpihak bermula pada zaman Zainuddin Maidin dan format ini diteruskan sehingga sekarang.

Apakah format liputan berita politik wajar di RTM, persoalan ini perlu difikirkan oleh organisasi media itu sendiri. Apa yang membimbangkan ialah sekiranya semua stesen TV mahupun media cetak aliran perdana memalu gendang irama yang sama mengenai sesuatu isu politik, mesej yang akan cuba disampaikan itu sudah tidak menjadi maklumat tetapi menjadi propaganda melulu.

Inilah yang perlu mereka fikirkan.

PELANCARAN MEASAT-3A

Petikan daripada www.bernama.com

Satelit MEASAT-3a Berjaya Dilancar Dari Baikonur Cosmodrome

Daripada Mikhail Raj Abdullah

BAIKONUR, Kazakhstan, 22 Jun (Bernama) -- Satelit terbaru Malaysia, MEASAT-3a berjaya dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome pada pukul 5.50 pagi waktu Malaysia di sini, IsninLAGI…

>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Kejayaan pelancaran satelit ini diharap dapat membantu memperkasakan lagi bidang penyiaran negara serta membuka peleuang baru dalam bidang perniagaan satelit antarabangsa.

Saturday, June 20, 2009

LAGI -TV AGAMA

Dipetik daripada Utusan Online – 20/6/09.

TV Islam diwujudkan

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 19 Jun - Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam hari ini bersetuju supaya diwujudkan satu saluran televisyen Islam bagi menampung keperluan dan permintaan siaran program-program berbentuk kekeluargaan, sosial, budaya serta ekonomi yang mencakupi tuntutan syariat.…LAGI…

>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat mengenai perekembangan cadangan penubuhan TV AGAMA.

**Lihat JUGA Blog seblelum ini membicarakan isu yang sama - tv-jakim-saluran-berdakwah.

Thursday, June 18, 2009

NEW JOURNALISM

Petikan daripada Kosmo Online-18/06/09
PELOPOR KEWARTAWANAN BARU
OLEH SHAHAROM TM SULAIMAN
shaharomtm@yahoo.com
Wolfe telah menerapkan penggunaan dan meminjam teknik-teknik sastera khususnya novel dan cerpen dalam melaporkan berita secara kreatif.
DUNIA persuratkhabaran, kewartawanan dan kesusasteraan saling berkait antara satu sama lain. Hubungan antara kewartawanan dan kesusasteraan bertambah ketara apabila masyarakat mempersoalkan kebenaran dan fakta pada sesuatu berita atau laporan yang ditulis oleh para wartawan
....LAGI...
>>>>>>>
CATATAN PK
Satu penulisan bermaklumat yang meneroka gerakan dunia kewartawanan new journalism yang dipelopori oleh Tom Wolfe yang juga menghasilkan karya penting dalam bidang ini iaitu The New Journalism.
Kewartawan bentuk ini turut diwarnai oleh bekas wartawan The New York Times,
Gay Talese serta novelis John Grisham yang menulis The Innocent Man: Murder and Injustice in a Small Town yang turut difilemkan.

Wednesday, June 17, 2009

LAHIRNYA TV

No single person can claim invention of the television. First postulated in the late 19th century, the idea for a system that could transmit images through the air was developed incrementally by many researchers. Their efforts culminated in the 1920s, when both an American, Charles Francis Jenkins, and a Briton, John Logie Baird, above, built successful prototypes….LAGI…

>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Lihat paparan gambar - A Fond Farewell to Analog Television-

A visual obituary of the technology that changed the world.

Satu paparan nostalgia bagi pengamal media dan manusia sejagat.

Monday, June 15, 2009

RADIO SALAM FM

Setelah 3 bulan beroperasi sejak march lalu, Salam FM stesen radio yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM dengan kerjasama RTM dilancarkan dengan rasminya pada 11 Jun lalu.

Salam FM beroperasi mulai pukul 1 pagi hinggqa 8 pagi setiap hari diisi dengan hebahan promosi stesen, muzik, lagu-lagu nasyid, keinsanan dan capsule agama. Pendengar boleh mendapat siaran salam fm itu menerusi frequensi 91.1 – Lembah Klang, 102.5 Pahang Barat dan 105.1 Cameron Highlands.

>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sebuah lagi stesen radio dilancarkan untuk para pendengar. Apa yang memuskilkan ialah program bermaklumat sebegini disiarkan dari jam 1 pagi hingga 8 pagi. Ia juga berkongsi frequency dengan Asyik FM – radio orang asli dan Suara Islam.

Adalah menjadi harapan radio yang bertagline Menjana Minda Ummah seperti ini tidak bersaing sesama sendiri iaitu Radio Islam RTM, Radio Ikim dan Salam FM.

Adalah terlalu rugi radio ini hanya mampu menjana minda ummah dari jam 1 pagi hingga 8 pagi.

Sunday, June 14, 2009

LIFELINE DI RTM


Penerbitan program berbahasa Inggeris untuk RTM -LIFELINE - pada tahun 1998 antara lain bermatlamat  meneroka kehidupan rakyat kebanyakan dan mendedahkan kepada penonton agar mereka dapat menyedari dan mengiktiraf sumbangan golongan ini dalam nadi pembangunan negara. Tak kenal maka tak cinta. Rancangan selama setengah jam ini sekurang-kurangnya mendekatkan golongan ini dengan penonton.

Kelahiran program ini berasaskan premis perlunya sebuahprogram khusus yang membicarakan perilaku manusia biasa dan dunianya.

Apa yang mahu dipaparkan ialah manusia dengan alamnya. Sejajar dengan salah satu visi wawasan 2020 yang hangat diwar-warkan ketika itu - iaitu mewujudkan masyarakat penyayang, rancangan ini sedikit sebanyak diharap dapat memenuhi hasrat mulia ini dengan memaparkan manusia golongan ini dengan cabarannya dijelmakan dikaca TV.

Oleh kerana medium rancangan ini dalam Bahasa Inggeris, ia dijadikan landasan untuk memperkenalkan siaran majalah berkenaan untuk dijual dan disiarkan ke stesen TV lain di seluruh dunia sejajar dengan konsep World Globalisation.

Majalah LIFLINE ini diterbitkan berteras majalah  berita yang penuh maklumat, menggunakan pengacara yang mampu berkomunikasi bersama penonton. Ia dibuat dengan adunan visual mengenai  penemuan serta pengalaman menarik mereka yang dipaparkan. Setiap episod menggabungkan pengalaman 3 personaliti yang dipilih khusus bagi menarik penonton melihatnya.

Rancangan bercorak majalah Human Interest sebegini sepertimana Majalah 3 mampu  menarik perhatian penonton sehingga melebihi 3 juta penonton.

Friday, June 12, 2009

TV AGAMA

Petikan daripada Utusan Online – 12/06/09.

Saluran TV ciri keagamaan

Oleh NORILA DAUD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Jun - Satu saluran televisyen baru khusus untuk menyiarkan program-program berciri keagamaan akan dilancarkan dalam masa terdekat sebaik sahaja masalah teknikal dapat diselesaikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata, saluran baru itu akan dilancarkan sebaik sahaja masalah teknikal terbabit dapat diselesaikan.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah mempunyai persediaan asas untuk mewujudkan saluran itu berdasarkan pengalaman menghasilkan produk penyiaran berciri keagamaan sebelum ini.

"Kita hanya menghadapi masalah teknikal berikutan frekuensi saluran tanpa bayar telah penuh maka ia memerlukan sedikit masa untuk membuat pengubahsuaian...LAGI...

>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sebuah lagi stesen TV bakal menemui rakyat Malaysia tidak lama lagi. Apa yang penting pengurusan stesen TV ini perlu mengambilkira cara bagaimana nilai-nilai umum dalam Islam boleh diterimapakai oleh masyarakat bukan Islam yang perlu diterjemahkan dalam bentuk penyiaran. Masalah universal dihadapi oleh masayarkat islam ialah untuk memberi pemahaman kepada orang bukan Islam wajah sebenarnya Dunia Islam. Adalah diharapkan stesen ini mampu membentangkan isu-isu mengenai Dunia Islam bagi membuka mata mereka yang kurang arif mengenai Dunia Islam sebenarnya.

Seperkara lagi ialah pengurusan stesen ini perlu menghasilkan kandungan program yang menarik dan kreatif dan keluar daripada kepompong stereotaip lama iaitu dengan meletakkan seorang Ustaz untuk membicarakan sesuatu isu berteras agama.

**Lihat Blog seblelum ini membicarakan isu yang sama - tv-jakim-saluran-berdakwah.

Thursday, June 11, 2009

AHMAD TALIB DI MPB

Petikan daripada www.btimes.com.my – 10/06/09

Media Prima, NSTP name Ahmad Talib director

DATUK Ahmad Abd Talib has been appointed as the new executive director, news and editorial operations of Media Prima Bhd, as well as the executive director of editorial, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd with immediate effect.
He will also be appointed as a board member of MPB and NSTP, effective July 1
…LAGI…

>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Tahniah diucapkan kepada Datuk Ahmad Talib dan Shaharudin Abd Latif di atas pelantikan mereka yang diumumkan oleh Media Prima Berhad. Diharap pelantikan ini dapat melonjakkan lagi prestasi MPB dan syarikat-syarikat komunikasi di bawahnya dalam menghadapi era mendatang.

Lantikan baru bermakna ada yang perlu mengosongkan kerusi panas masing-masing. Begitulah kerusi muzik- musical chair yang berterusan menjadi amalan khususnya kepada organisasi media utama negara.

Ikuti juga Catatan PK sebelum ini membicarakan isu ini bertajuk bungkus kotak.

Wednesday, June 10, 2009

BELAJAR JAWI DI RTM


Ustaz Noori Ali, Pengarah Agama RTM telah ku kenal sejak sama-sama menuntut di Boston University,USA. Sekembalinya ke tanahair, Ustaz Noori ditempatkan di Bahagian Agama RTM dan bertanggungjawab kepada penerbitan berteras agama di JAKIM, JPM. Aku membuat kertas cadangan untuk membuat program Belajar Jawi iaitu bagi mempopularkan tulisan itu khususnya di kalangan pelajar. Ustaz Noori memintaku menyediakan sebuah program pilot Belajar Jawi dan memberi taklimat kepada Menteri di JPM-Hal Ehwal Agama,Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman. Pada majlis taklimat itu, beliau membayangkan bahwa JAKIM memerlukan bekalan 104 episod Belajar Jawi dan akan disiarkan di RTM1 sepanjang 2 tahun. Menerusi program itu, JAKIM berharap dapat membantu memperkasakan penggunaan Tulisan Jawi di kalangan masyarakat Malaysia khususnya golongan pelajar.

Program berkenaan bermatlamat mendidik orangramai tanpa batas agama untuk mempelajari tulisan jawi daripada peringkat awal sehinggalah ke peringkat boleh membaca jawi dengan lancar.

Selepas mendapat lampu hijau, syarikat penerbitanku memulakan penerbitan program itu. Aku menggunakan kepakaran Ustaz Margelan untuk mengajar program Belajar Jawi itu. Bagi memastikan program itu menarik aku memasukkan elemen tambahan dengan mengadunkan subjek yang berhubungkait dengan Belajar Jawi. Antara subjek yang disentuh ialah pengamal Tulisan Jawi di kalangan masyarakat Tionghua, penggunaan resam dalam pelajaran, guru belajar jawi, bangsa asing belajar jawi dan pelbagai lagi.

Aku memilih Zaini Yuhyi sebagai pengacara program. Aku memberinya latihan suara untuk menambahkan keyakinannya mengacarakan program itu. Zaini adalah antara penyampai berita ternama di RTM dan membaca berita jam 8 malam pada tahun 2000 hingga 2008. Pada tahun 2009 beliau agak sebok dengan tugas-tugas syarikatnya menghasilkan pengiklanan. Kerana kesebokan tugas, dia kini jarang membaca berita di RTM.

Program Belajar Jawi hanya bertahan setahun kerana selepas itu JPM mempunyai Menteri baru iaitu Brig. Gen (B) Datuk Seri Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin. Pada tahun berakhirnya penerbitan itu,Belajar Jawi turut diberi penghormatan dan menerima pengiktirafan kerana berjaya disenaraikan sebagai antara porgram Majalah Terbaik Seri Angkasa 1995 dan bersaing dengan program majalah lain. Ini merupakan satu kejayaan kepada program Majalah berteras agama kerana sebelum ini belum ada program agama yang layak dicalunkan ke peringkat akhir kategori Majalah Anugerah Seri Angkasa RTM.