Thursday, April 30, 2009

TV JAKIM -SALURAN BERDAKWAH?

Petikan daripada Utusan Online – 30/04/09.

NAMA baik Islam di seluruh dunia sekian lama tercemar kerana momokan dan pendedahan songsang oleh media utama dunia tajaan bukan Islam. Faktor ini menjadikan kehidupan umat Islam pada zaman moden begitu mencabar kerana mereka telah dilabel dengan pelbagai persepsi negatif yang telah didoktrinkan oleh media tersebut....LAGI...

>>>>>>>>

CATATAN PK

Sepertimana pernah disebut di blog sebelum ini, aku amat mengalu-alukan cadangan penubuhan stesen TV seperti ini. Ini kerana, kita di Malaysia masih lagi ketandusan dengan siaran TV berilmu yang berteraskan Islam sama ada dalam Bahasa Malaysia mahupun Inggeris.

Sekadar cadangan kepada JAKIM, daripada orang yang tak sepenting mana - Dalam menubuhkan TV Jakim, perlu juga difikirkan agar segala kandungan program yang sesuai khususnya yang berbahasa Inggeris digunapakai di dalam TV Jakim yang diwebtvkan.

Ini kerana, sebagai sebuah stesen TV, TV Jakim mampu memperkaskan lagi tugasnya bagi membolehkan lebih ramai khalayak dunia mengikuti TV berteras Islam ini menerusi internet. Sebagai sebuah stesen TV Terresterial, hanya orang Malaysia sahaja yang boleh mengikuti siaran ini.

Dengan kakitangan serta sumber kewangan,TV Jakim mampu menjadiwadah baru dalam memberi maklumat yang boleh diakses di seluruh dunia dan mampu memaparkan wajah sebenarnya Dunia Islam. Secara profesional laman web ini mampu membentangkan isu-isu mengenai Islam bagi membuka mata mereka yang kurang arif mengenai Islam sebenarnya.

Saya juga pernah menghantarkan satu cadangan mengenai pembinaan webtv berteras Islam kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab dengan Hal Ehwal Islam iaitu Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai isu yang sama. Mungkin kertas cadangan itu tidak sampai ke pengetahuan beliau.

Saya juga telah mencuba melakukan perkara ini tidak lama dulu dengan membangunkan sebuah stesen tv di internet bernama globalmuslim.tv. Pada mulanya sebuah organisasi belia Islam tanahair berhasrat membiyaai operasi pembangunan webtv ini yang berfungsi sebagai jurucakap Dunia Islam, namun apabila prasarananya siap sedia, dana yang dijanjikan tidak sampai. Saya terpaksa menutup laman web ini kerana ketiadaan dana. Kos melakukannya tidaklah seberapa, tetapi saya merasakan inilah satu usaha berkesan yang boleh dilakukan dalam menyediakanplatform bagi membolehkan suara Dunia Islam yang moderates disebarkan secara terus.

Mungkin ada yang berpendapat bahwa pelbagai laman web yang mempunyai peranan yang sama telah sedia ada di alam maya untuk menangkis segala tohmahan yang dibuat untuk memperlekehkan Dunia Islam. Perlu diingat, sebuah rangkaian televisyen di internet yang boleh dilayari di seluruh dunia yang berteraskan keseluruhannya webtv, belum sedia wujud.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...