Thursday, April 23, 2009

LAYAK TERIMA ANUGERAH?

PETIKAN DARIPADA BERNAMA.

RAIS - PENULIS BLOG PERLU JAYAKAN 1MALAYSIA, KATA RAIS

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Penulis ‘blog’ harus turut menyemai dan menjayakan Konsep ‘1Malaysia’, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Menurutnya genre penulisan yang semakin popular menerusi internet itu boleh mendorong masyarakat untuk bekerja secara ikhlas dan bersatu-padu.

Selain menyuarakan pandangan secara kritis, beliau berharap penulis blog “harus memberi markah positif” kepada perkara betul yang dilakukan kerajaan. Dalam pertemuan dengan penulis blog tempatan di sini malam tadi, Rais berkata sebagai menteri berkenaan, beliau mahu menghulurkan salam persahabatan dan bukan menyukarkan mana-mana pihak yang dapat menyumbang kepada budaya berfikir masyarakat. Sambil menyatakan beliau masih mencari perkataan yang sesuai untuk ‘blog’ dan blogger’, beliau berkata sejak munculnya Internet, “dunia maya” yang tidak mempunyai sempadan, budaya masyarakat di negara ini turut berubah. Katanya media penulisan menerusi kertas menjadi kurang diminati generasi muda yang kini cenderung kepada genre internet -- “blog dan Facebook”. “Saya telah nyatakan kepada kakitangan saya bahawa jika anda tidak sensitif terhadap apa yang berlaku dalam dunia maya ini, jabatan anda akan menjadi ‘kuno',” katanya...........

>>>>>>>>>>>

CATATAN PK.

Pada hemat saya, walaupun dalam "Dunia Tanpa Sempadan" serta "Era Globalisasi" – media lama dan juga baru perlu melaksanakan tugasnya sebagai Pendidik, Pemberi Maklumat dan Penghibur. Oleh kerana kepentingan keuntungan yang dijadikan tumpuan ciri MENGHIBUR menjadi objektif utama dan ini telah meminggirkan ciri Mendidik & Memberi Maklumat.

Oleh kerana itu tidaklah hairan kalau ditanyakan soalan mudah kepada pelajar-pelajar sekolah pada masa ini. Apakah cita-cita mereka? Hampir sejumlah besar akan menjawab - mahu jadi Penghibur atau Artis. Ini terjadi kerana media telah meletakkan Penghibur sebagai WIRA dalam masyarakat. Satu kajian yang saya jalankan ketika menjadi Pensyarah di UM pada awal 80an di atas tajuk Penghibur sebagai Wira di Malaysia menunjukkan dalam segi populariti – Penghibur diletak di persada paling atas. Sekiranya diadakan undi popular–Allahyarham Sudirman lebih dikenali daripada Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohammad.

Apakah trend ini masih berterusan? Kemungkinan besarnya ada.

Jika diperhatikan - acara siaran langusng di TV tempatan memberi keutamaan dan pengiktirafan kepada golongan PENGHIBUR sahaja. Lihat sahaja deretan pengiktirafan yang di siaran langsungkan... Angerah AIM, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Era, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Seri Angkasa, Anugerah Skrin, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Festival Filem Malaysia/Asia.

PERSOALANNYA :Adakah Anugerah yang bukan berteras Penghibur tidak layak diiktiraf dan tidak perlu di Siaran Langsungkan.

Anugerah Hadiah Kewartawanan Malaysia misalnya atau apa juga kerjaya lain tidak pernah pun diberi liputan secara "LIVE".

Memetik kata-kata Nabil yang kebetulan juga seorang Penghibur – Lu Pikirlah Sendiri.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...