Friday, April 17, 2009

BERITA RTM PUKUL 8 BALIK

Petikan Daripada BERNAMA.

RTM-SIARAN BERITA UTAMA NASIONAL@1 KEMBALI KE 8 MALAM MULAI ISNIN

17 April (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melakukan perubahan waktu bagi slot beritanya termasuk bagi berita utama Nasional@1 (Bahasa Melayu) yang akan kembali bersiaran pada pukul 8 malam mulai Isnin ini selepas dipinda ke pukul 9 malam sebelum ini. Tempoh siaran Nasional@1 (Bahasa Melayu) juga bertambah menjadi satu jam pada Isnin hingga Sabtu manakala setiap Ahad akan bersiaran dari pukul 8 hingga 8.30 malam, demikian menurut satu kenyataan RTM hari ini. Siaran Nasional@1 juga ditambah setiap hari Isnin hingga Ahad pukul 12 malam hingga 12.30 tengah malam yang dikekalkan siarannya menerusi TV1. Kenyataan itu menyebut penukaran waktu turut meliputi berita Nasional@1 (Mandarin) yang akan disiarkan pukul 6.30 hingga 7 petang, Nasional@1 (Tamil) pada pukul 6 hingga 6.30 petang dan pukul 8 hingga 8.30 malam untuk Nasional@1 (Inggeris) yang disiarkan di TV2. "Justeru, perubahan waktu yang berlaku turut menyebabkan siaran berita Wilayah@1 bersiaran pukul 6 hingga 6.30 petang setiap Isnin hingga Ahad di TV1," kata RTM.

..........................

CATATAN PK.

Pada zaman saya di Bilik Berita TV3 dahulu, menukar-nukar waktu siaran Berita adalah satu perkara yang begitu sensitif. Waktu siaran berita di TV3 juga turut diberi perhatian dalam mesyuarat Kabinet. Meletakkan waktu berita juga perlukan perhatian Kabinet kerana ia memberi kesan secara langsung kepada rakyat yang melihat stesen televisen sebagai pembekal maklumat mengenai agenda pembangunan kerajaan.

Maknanya, pada zaman dahulu ia mudah dikawal. Semua berita ditetapkan pada jam 8 malam dan tidak ada mana-mana stesen televisyen boleh menganggugugat slot Waktu Perdana itu. Sekarang ini walaupun ditentukan waktunya jam 8 malam untuk siaran berita – namun pelbagai bentuk siaran boleh dilihat di rangkaian lain untuk menyaingi siaran berita pada waktu itu.

Perkembangan baru ini memberi cabaran baru kepada Petugas di Bilik Berita di stesen televisyen yang ada dalam memberikan liputan berita yang diperlukan oleh penonton. Para penonton kini berbeza - Kuasa Remote Control di tangan membolehkan mereka menekan butang berpuluh-puluh lagi rangkaian televisyen yang ada. Mereka juga boleh mengikuti siaran berita menerusi internet.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...