Sunday, May 3, 2009

TV SUKAN DI MALAYSIA !!

**PETIKAN DARIPADA BERNAMA.COM

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Sebuah saluran televisyen khusus untuk liputan dan berita sukan tanah air serta menampilkan kisah tokoh atlet negara dijangka akan dilancarkan menjelang akhir tahun ini. Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran ibni Almarhum Tuanku Ja'afar berkata MOM dan stesen berbayar Astro, sedang memuktamadkan butiran mengenai pengwujudan saluran TV itu yang akan meliputi aksi atlet tempatan pada kejohanan tempatan, serantau dan antarabangsa.

Tunku Imran berkata saluran TV sukan itu merupakan 'pelengkap' kepada usaha negara membangunkan sukan di persada antarabangsa...LAGI...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sebuah lagi stesen TV akan diwujudkan. Dengan adanya stesen TV SUKAN ini, adalah diharapkan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi sektor awam, IPTA dan swasta, IPTS dalam bidang komunikasi dan berkaitan dengannya berpeluang bertugas di stesen ini bagi membolehkan mereka mempraktikkan apa jug yang ditimba di menara gading. Pada waktu yang sama peluang pekerjaan kepada golongan ini terbuka lebih luas khususnya dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu kini.

Sebenarnya rancangan untuk menubuhkan TV Sukan ini telah lama diilhamkan dan dicita-citakan. Namun, sehingga kini ia belum lagi menjadi realiti. Ketika di pertengahan 90 an dahulu, aku adalah di antara yang diminta membantu untuk membuat kertas cadangan penubuhan TV SUKAN kepada Menteri Penerangan ketika itu Datuk Mohd Rahmat. Sebuah syarikat diterajui oleh Haji Subohi Yatim dan Al-Husna ditubuhkan untuk dijadikan syarikat peneraju untuk melaksanakan projek TV SUKAN . Namun usaha ini sekadar menjadi cadangan sahaja sehinggalah ke hari ini. Harap-harap cadangan kali ini akan menjadi kenyataan untuk membantu meletakkan bidang sukan negara ke persada antarabangsa.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...