Tuesday, April 28, 2009

LIPUTAN SEIMBANG UNTUK OBAMA?

PETIKAN DARIPADA BERNAMA:

MEDIA MALAYSIA BERI LIPUTAN SEIMBANG MENGENAI PRESTASI OBAMA KUALA LUMPUR

28 April (Bernama) – Media Malaysia memberi liputan seimbang mengenai presiden AS Barack Obama, demikian menurut syarikat risikan media terkemuka Asia Pasifik. Asia Media Monitors Sdn Bhd, yang melakukan analisis terperinci tentang liputan media dari permulaan hingga hari ke 100 Obama menyandang jawatannya, menyatakan media tempatan memberikan jumlah liputan yang sama antara yang mempercayai bahawa presiden baru itu telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan yang berpendapat beliau tidak dapat melaksanakan sepenuhnya segala ekspektasi.

Lagi.....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Analisis dan penemuan yang dihasilkan oleh Asia Media Monitors adalah menarik dalam konteks liputan antarabangsa mengenai seorang Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Pada waktu yang sama, adalah juga menarik sekiranya ada pihak lain atau Asia Media Monitors sendiri yang menjalankan analisis mengenai liputan kepimpinan yang berlaku di negara ini yang merangkum tahap kepimpinan pihak Kerajaan serta pihak Pembangkang. Sekiranya diteliti dan juga telahpun menjadi pengetahuan umum, media arus perdana sepastinya jelas mengambil pendekatan pro-kerajaan dalam apa juga isu yang di ketengahkan. Waimah, semuanya tahu, akhbar arus perdana ini juga didokong oleh parti politik yang memerintah sementara parti pembangkang pula mempunyai akhbar organ partinya sendiri.

Pada jangka panjangnya sekiranaya media arus perdana terus menggunapakai pendekatan yang ada, ia boleh menjejaskan kredibiliti akhbar itu. Sekiranya trend ini berterusan, media alternatif atau media baru secara perlahan-perlahan akan mengambilalih peranan yang dimainkan oleh media arus perdana ini.

Adalah menarik sekiranya ada kajian khusus mengenai perkara ini dijalankan bagi melihat realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakt Malaysia ini dalam usaha mencapai matlamat gagasan 1Malaysia yang divisikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...