Monday, June 29, 2009

NIK AZIZ, MCMAHON, SAINTIS REALITI TV

Petikan daripada Utusan online 29/06/09

"Faisal Tehrani (tehranifaizal.blogspot. com) pula menulis tentang program realiti TV Star of Science, Yayasan Pendidikan Qatar.

Program tersebut menyaksikan 16 peserta berusia antara 21 hingga 31 tahun dari 11 negara menerokai pelbagai bidang sains untuk mencipta pelbagai alatan yang berguna bagi kegunaan orang awam.

Katanya, melalui program realiti seperti ini penonton bukan sahaja bertambah bijak malah didedahkan dengan interaksi bersama saintis terkemuka yang akan menjadi juri manakala pemenangnya juga dipilih melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tulis beliau, mengapakah program realiti TV kita hanya tertumpu kepada usaha mencari bintang-bintang murahan untuk memeriahkan dunia pop sedangkan negara lain dengan usaha-usaha ke arah kemajuan masyarakat.

''Mengapakah kita kekal bangkrap idea dan muflis kreativiti? Bagaimana ilmuwan kita boleh terheret sama?

''Mengapakah kita yang mahu mengejar Wawasan 2020, masih mencari bakat anak wayang dan pilih kasih untuk membintangi filem murahan tentang mat rempit, pelacur, bohsia dan samseng?'' tulisnya...LAGI...

>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sebagai orang yang pernah duduk membuat keputusan di salah sebuah stesen television pada satu ketika dahulu, penghasilan sesebuah program itu terletak kepada pengurusan stesen itu sendiri khususnya di bahagian Rancangan atau Programme Acquisition. Sekiranya mereka yang berkedudukan untuk membuat keputusan untuk mengambil program yang “bangkrap idea dan muflis kreativiti” ini menjadi keputusannya – itulah yang diperolehi di layar tv kita.

Di samping apa yang diperkatakan oleh Faisal Tehrani ini, saya juga turut risau dengan “kebanjiran” filem-filem seram/hantu dI pawagam dan di tv. Apakah karyawan tempatan juga ketandusan idea selepas lebih 50 tahun negara merdeka dan ketika rakyat Malaysia telahpun dihantar ke angkasa lepas.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...