Pencarian gadis Melayu urban
Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
GADIS Melayu sinonim dengan paras rupa menawan, serta peribadi yang sarat dengan nilai dan budaya Melayu serta bersopan santun hingga mampu meruntun hati siapa sahaja yang memandangnya.
Namun, ada persepsi yang mendakwa itu gadis Melayu dahulu. Sesuai dengan era baru, gadis-gadis Melayu kini sudah berubah atau dilabel sebagai gadis urban!
Biarpun begitu, sebilangan besar gadis urban masih berpegang teguh kepada nilai-nilai gadis Melayu biarpun pada masa yang sama aktif, lasak, moden, berdikari dan berkeyakinan tinggi.
Atas kesedaran itu, TV9 kini mencari ikon gadis Melayu yang urban dalam rancangan Gadis Melayu 2.
Musim baru Gadis Melayu 2 yang mula bersiaran sejak 6 Ogos lalu pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam dikendalikan oleh Sharifah Shawati Syed Mohd. dan Juliana Evans...LAGI...
>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Usaha mencari bakat baru dalam apa bidang sekalipun adalah satu usaha yang wajar digalakkan. Ini berlaku dalam kebanyakan pertandingan realiti di televisyen tempatan sebagaimana Akademi Fantasia, Malaysia Idol, Raja Lawak dan dan banyak lagi.
Matlamat daripada usaha program realiti ini adalah untuk mencungkil bakat baru dalam segi nyanyian, lakunan mahupun komidi.
Aku agak meraba-raba sedikit dengan objektif rancangan Gadis Melayu 2 ini. Dan yang menariknya para peserta akan melalui pelbagai cabaran dan antaranya termasuk disediakan wang saku dan diminta untuk menyediakan masakan kampung.
Adakah program ini mahu mencari Tukang Masak makanan kampung yang urban?
Dalam keghairahan pelbagai pihak dengan Gagasan 1 Malaysia, TV9 pula mewar-warkan satu program Pencarian Gadis Melayu yang URBAN.
Apakah tidak realisitk untuk hanya mengubahnya menjadi pencarian gadis Malaysia Urban.
Sekadar pendapat.
* LIHAT JUGA BLOG SEBELUM INI BERTAJUK
No comments:
Post a Comment