Petikan daripada kosmo.com.my -18/08/09
KUALA LUMPUR - Malaysia mempunyai kemampuan melahirkan golongan pencipta kreatif multimedia yang mampu melonjakkan industri animasi tempatan ke taraf antarabangsa sekiranya ia dibangunkan menerusi gabungan perniagaan dan kreativiti. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali berkata, untuk mencapai matlamat tersebut, ia seharusnya dilaksanakan menerusi latihan dan bimbingan sewajarnya.
Katanya, keseimbangan seharusnya wujud antara elemen kreativiti dan perniagaan sebagai acuan untuk memastikan syarikat atau usahawan kreatif multimedia terus mencatat pertumbuhan serta pengekalan dalam industri...LAGI...
CATATAN PK
Salah satu faktor terpenting kegagalan usahawan yang terbabit dalam bidang kreatif ialah kekurangan dana untuk mengembangkan projek masing-masing. Di samping itu, stesen TV yang ada di negara ini tidak membantu dengan memberi sokongan sewajarnya terhadap bidang ini. Sokongan mereka adalah sekadar melepaskan batuk ditangga dengan membayar harga produksi yang tidak mencukupi berbanding dengan kos produksi yang perlu ditanggung oleh golongan kreatif ini.
Seperkara lagi yang menjadi hambatan ialah ada sesetengah stesen TV berkenaan mahukan semua hak tayangan penerbitan diberikan kepada mereka termasuk tv rights, pda rights, video rigts, cd & dvd rights. Sekurang-kurangnya jika mereka mengambil TV rights sahaja, bolehlah penerbit ini menutupi kerugian mereka sekiranya mereka diberi hak lain seperti cd rights, dvd rights & pda rights lain. Selagi perkara ini tidak diberi perhatian, adalah agak sukar bagi golongan kreatif ini mencari makan di negara sendiri.
Alhamdulillah, usaha yang dijalankan oleh MDeC ini sekurang-kurangnya mampu membantu melonjakkan golongan pencipta kreatif media ini. Tahniah.
No comments:
Post a Comment