Petikan daripada Utusan Online – 19/08/09.
Program realiti perkenalkan budaya tempatan
Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my
ANDA seorang rakyat
Tetapi, sebagai rakyat
Semua ini mungkin nampak remeh tetapi kenyataannya ramai yang lebih tahu memasak spaghetti dengan betul dan lebih arif menari tarian moden ketika di kelab malam daripada menguasai tarian tradisi sendiri.
Atas kesedaran itu, 8TV mempersembahkan sebuah program realiti Discover Smiles Zoom!
>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sebuah lagi program realiti menemui para pentonton. Kali ini program realiti yang dikatakan akan memperkenalkan budaya tempatan. Usaha yang dilakukan adalah baik kerana sekurang-kurangnya dapatlah masayarakat Malaysia khususnya generasi muda daripada pelbagai kaum mengenali budaya Malaysia sejajar dengan Gagasan 1 Malaysia.
Tetapi yang dirisaukan, tidakkah ada daripada stesen tempatan yang mahu bekerja lebih sedikit dengan menggunakan Program Realiti ke arah yang lebih bermakna lagi.
Memetik pandangan dan pertanyaan Novelis Faisal Tehrani,
”Mengapakah program realiti TV kita hanya tertumpu kepada usaha mencari bintang-bintang murahan untuk memeriahkan dunia pop sedangkan negara lain dengan usaha-usaha ke arah kemajuan masyarakat. ''Mengapakah kita kekal bangkrap idea dan muflis kreativiti? Bagaimana ilmuwan kita boleh terheret sama? ''Mengapakah kita yang mahu mengejar Wawasan 2020, masih mencari bakat anak wayang dan pilih kasih untuk membintangi filem murahan tentang mat rempit, pelacur, bohsia dan samseng.
Beliau berkata lagi, ” Mengapakah stesen tempatan tidak membuat program sepertimana Yayasan Pendidikan
Lihat juga Blog sebelum ini mengenai perkara yang sama.
http://pokleh.blogspot.com/2009/06/nik-aziz-mcmahon-saintis-realiti-tv.html
No comments:
Post a Comment