Petikan daripada bharian.com.my – 7/08/2009.
Dengarnya... Tahniah pengacara, kru Majalah 3
Oleh Normah Becok
KATA orang walau sekecil zarah pun sumbangan kita, kalau dilakukan dengan ikhlas, pasti akan membuahkan hasil. Maksud Cik Normah di sini, bukanlah bermakna kita mengharapkan balasan atas apa yang kita lakukan. Namun kalau niat kita suci, Tuhan pasti akan memberikan ganjarannya. Cik Normah saja membangkitkan isu kerana Cik Normah teringat kemenangan yang diraih program Majalah 3 sewaktu Festival Dokumentari Malaysia 2009 yang berlangsung di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang baru-baru ini.
Dokumentari yang bertajuk Gaza itu memenangi kategori Dokumentari Isu Semasa Terbaik dan berjaya mengetepikan beberapa dokumentari menarik yang turut dipertandingkan malam itu seperti Dialah Nenekku oleh Farizie Bon Morinding; Lawatan Rasmi PM ke China; Bumi Di Pijak Langit Dijunjung Primeworks) dan Dosa Seorang Ibu (Radio Televisyen Malaysia) ...LAGI...
>>>>>>
CATATAN PK
Aku pun mengambil kesempatan di sini mengucapkan tahniah dan tabik spring kepada kru majalah3 kerana memenangi kategori Dokumentari Isu Semasa Terbaik. Majalah 3 berjaya mengetepikan beberapa dokumentari menarik yang turut dipertandingkan malam itu seperti Dialah Nenekku oleh Farizie Bon Morinding; Lawatan Rasmi PM ke China; Bumi Di Pijak Langit Dijunjung Primeworks) dan Dosa Seorang Ibu (Radio Televisyen Malaysia).
Ucapan tahniah ini bukan sekadar sentimen sebagai Penerbit pertama Majalah3 pada tahun 1975, malah sememangnya wajar Majalah3 diberi penghormatan memenangi kategori itu.
Membuat liputan di kawasan perang – war zone area – bukanlah satu perkara mudah. Risikonya begitu tinggi, kerana pada bila-bila masa mereka boleh dibom atau ditembak curi di kawasan peperangan. Ini jauh berbeza dengan liputan lain seperti lawatan PM ke China, Dialah nenekku dan finalis lain, kerana risiko keselamatannya a agak kurang berbanding dengan membuat liputan di Gaza.
Hanya seperkara yang perlu diberi perhatian oleh para wartawan Malaysia serta pengurusan media cetak dan elektronik tanahair. Sekiranya mereka menghantar wartwan di kawasan-kawasan panas ini , mereka perlu mengkaji peraturan-peraturan bagi wartawan yang membuat liputan di kawasan perang.
Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menghantar kakitangan mereka atas alasan tugasan kerja kerana membuat liputan di kawasan perang mempunyai protokolnya sendiri. Wartwan juga perlu dilindungi dengan pelbagai insuran sekiranya malapetaka berlaku ketika membuat liputan.
Lihat petikan rencana ini yang mengupas subjek yang serupa.
No comments:
Post a Comment