Petikan daripada Utusan online – 2/08/09.
BAHASA rojak? Seriuskah kita? baru-baru ini Siti terdengar teguran Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim supaya stesen radio dan televisyen jangan menggunakan bahasa rojak. Siti fikir stesen televisyen kita, termasuk RTM kalau tegur saja mereka tak peduli.
Mereka kena diarahkan supaya jangan berbahasa rojak. Ada beberapa stesen radio dan televisyen begitu galak dan berlumba-lumba menggunakan bahasa tepi longkang yang tak senonoh. Bagi mereka semakin banyak bahasa itu, semakin moden stesen mereka.
Penyakit bahasa rojak di media elektronik kita di peringkat kronik. Kalau sekadar nak tegur saja, Siti fikir akhirnya rojak itu menjadi rojak basi yang meracunkan seluruh usaha memartabatkan bahasa. Tidak kiralah bahasa Melayu atau Inggeris…LAGI…
CATATAN PK
Terima Kasih.
1 comment:
dari petikan artikel di atas "Tapi sekarang semuanya di bawah Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi. Tidak ada alasan yang tidak membolehkan satu arahan tegas dikeluarkan."
Jelas apapun perlukan komitmen serius pehak kerajaan. Kalau pemimpin setakat goreng buat ucapan nak bakar semangat rakyat, tapi tak pinda undang-undang atau diwartakan peraturan, tak ada yang berlaku.
Kerajaan itu kuasa. Kalau kuasa tidak mahu melakukannya, tiada apa yang akan berlaku
Post a Comment