Petikan daripada Utusan Online – 19/08/09.
Program realiti perkenalkan budaya tempatan
Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my
ANDA seorang rakyat Malaysia, tahu berbahasa Melayu, melepak di kedai mamak sambil melayan teh tarik atau menikmati mi rebus sambil berbincang tentang rancangan TV tempatan terbaru.
Tetapi, sebagai rakyat Malaysia, adakah anda tahu cara membuat kulit kuih popiah dengan betul, menari tarian tradisional Melaka, Dondang Sayang ataupun membuat penonton tersenyum dengan persembahan wayang kulit.
Semua ini mungkin nampak remeh tetapi kenyataannya ramai yang lebih tahu memasak spaghetti dengan betul dan lebih arif menari tarian moden ketika di kelab malam daripada menguasai tarian tradisi sendiri.
Atas kesedaran itu, 8TV mempersembahkan sebuah program realiti Discover Smiles Zoom! Malaysia yang cukup menghiburkan dan berbeza dengan program-program realiti yang sedia ada…LAGI…
>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sebuah lagi program realiti menemui para pentonton. Kali ini program realiti yang dikatakan akan memperkenalkan budaya tempatan. Usaha yang dilakukan adalah baik kerana sekurang-kurangnya dapatlah masayarakat Malaysia khususnya generasi muda daripada pelbagai kaum mengenali budaya Malaysia sejajar dengan Gagasan 1 Malaysia.
Tetapi yang dirisaukan, tidakkah ada daripada stesen tempatan yang mahu bekerja lebih sedikit dengan menggunakan Program Realiti ke arah yang lebih bermakna lagi.
Memetik pandangan dan pertanyaan Novelis Faisal Tehrani,
”Mengapakah program realiti TV kita hanya tertumpu kepada usaha mencari bintang-bintang murahan untuk memeriahkan dunia pop sedangkan negara lain dengan usaha-usaha ke arah kemajuan masyarakat. ''Mengapakah kita kekal bangkrap idea dan muflis kreativiti? Bagaimana ilmuwan kita boleh terheret sama? ''Mengapakah kita yang mahu mengejar Wawasan 2020, masih mencari bakat anak wayang dan pilih kasih untuk membintangi filem murahan tentang mat rempit, pelacur, bohsia dan samseng.
Beliau berkata lagi, ” Mengapakah stesen tempatan tidak membuat program sepertimana Yayasan Pendidikan Qatar, realiti TV Star of Science yang menyaksikan 16 peserta berusia antara 21 hingga 31 tahun dari 11 negara menerokai pelbagai bidang sains untuk mencipta pelbagai alatan yang berguna bagi kegunaan orang awam. Melalui program realiti seperti ini penonton bukan sahaja bertambah bijak malah didedahkan dengan interaksi bersama saintis terkemuka yang akan menjadi juri manakala pemenangnya juga dipilih melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).”
Lihat juga Blog sebelum ini mengenai perkara yang sama.
http://pokleh.blogspot.com/2009/06/nik-aziz-mcmahon-saintis-realiti-tv.html