Tuesday, July 7, 2009

RADIO SASNUPATAM

Petikan daripada Utusan Online - 7/07/09.
"Inilah radio Sasnupatam"
Oleh MOHD. KAMIL YUSUFF
Assalamualaikum. Inilah radio Sasnupatam FM 99.50 Megahertz yang dipancarkan dari Sekolah Sasnupatam, Bandar di daerah Muang, Pattani.
"Semoga tuan-tuan dan puan-puan berada dalam lindungan Allah dan mendapat rahmat-Nya sentiasa. Kami di Sasnupatam akan menghiburkan anda dengan lagu-lagu nasyid dan memperdengarkan ceramah-ceramah agama untuk faedah bersama".
Demikian suara pengenalan stesen radio yang dikelolakan oleh tiga orang pelajar Sekolah Agama Rakyat Sasnupatam, dari studio mini sekolah tersebut.
Sekolah agama swasta ini merupakan satu-satunya sekolah di Pattani yang memiliki siaran radio sendiri dan boleh diikuti dalam lingkungan 30 kilometer radius, melalui gelombang 99.50 megahertz.
Siaran ini boleh diikuti selama tiga jam sehari iaitu setiap sejam pada sebelah pagi, petang dan malam. Pada waktu pagi ia ke udara pada pukul 10 hingga 11 pagi, petang pada pukul 2 hingga 3, manakala malam dari pukul 8 hingga 9 malam
....LAGI...
>>>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Usaha yang dijalankan di Pattani ini wajar dicontohi di Malaysia di mana sekolah-sekolah mempunyai radio sendiri yang membuat liputan mengenai peristiwa di sekolah masing-masing. IPTA & IPTS tempatan juga perlu membuat usaha yang sama bagi membekalkan pelajar-pelajar mereka dengan pengalaman yang diperlukan sebelum mereka keluar ke dunia
sebenar. Walaupun sudah terdapat beberapa stesen radio di beberapa buah universiti tempatan, usaha ini patut duperluaskan lagi sebagai persediaan pelajar-pelajar mereka mengharungi cabaran globalisasi.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...