Tuesday, July 7, 2009

MJ DALAM KENANGAN

MICHAEL JACKSON DALAM KENANGAN

(1958-2009)

Upacara penghormatan terakhir diberikan kepada Raja Pop hari ini 7 Julai 2009.

Menurut laporan media, penyanyi yang meninggal dunia 25 Jun lalu dijadual dikebumikan di Forest Lawn Memorial-Parks selepas permohonan untuk mengebumikannya di Neverland ditolak.

Apa yang cuba dicoretkan di sini ialah aku bukanlah peminat fanatik Raja Pop ini, namun sumbangannya terhadap bidang nyanyian tidak dapat dipertikaikan.

Ketika penyanyi pujaan berjuta itu mengunjungi Malaysia pada 26/27 Oktober 1996, aku sendiri tidaklah turut serta menyaksikan Konsert HIStory Tournya.

Tetapi sebagai pengiktirafan kepadanya sebagai seorang penyanyi legenda aku membeli tikit berharga RM250 untuk 30 orang kakitangan syarikatku Prime Time Communications Sdn. Bhd, bagi membolehkan kakitangan kreatifku menikmati konsert insan istimewa ini.

Pada ketika itu pelbagai pihak menentang penganjuran konsert itu sehinggakan Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) menolak permohonan penganjur, Jojo’s Entertainment mengadakan konsert itu di Stadium Shah Alam. Ia terpaksa diadakan di Stadium Merdeka pada 27 Oktober 1996.

Presiden ABIM ketika itu, Dr. Mohd Nur Manuty adalah antara pihak yang menentang kehadiran Micahel Jackson di Malaysia dan berpandangan masyarakat negara ini sedar yang konsert semacam itu akan membawa banyak kegiatan negatif.

Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohammad turut memberi katadua kepada pihak penganjur: “If everything goes well, Malaysian can have more international concerts.” .

Akhirnya, pada 27th Okt 1996, tepat jam 9.10pm MJ “keluar” dari bumi pentas dengan kapsul hidroliknya dan menemui peminatnya dengan lagu Scream dan They Don’t Care About Us.

Lagu lain yang disampaikannya ialah You’re Not Alone, The Way You Make Me Feel, Beat It, Stranger In Moscow, Smooth Criminal, Billie Jean dan Black or White.

Lebih 200 anggota polis, termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di luar stadium bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Antara lagu-lagu Raja Pop yang menarik dan diberi perhatian pastinya mesej kedamaian yang disampaikan menerusi lagu-lagunya seperti Earth Song, Black Or White & We are The World yang ditulis bersama Lionel Richie .

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih Pok Leh atas pemberian tiket untuk konsert MJ. Dengan tiket itu dapat jugak tgk MJ secara live walaupun nampak kecik saja sebab kedudukan yg agak jauh dan saya adalah sebahagian drp ribuan penonton di Malaysia yang dapat melihat konsert MJ yang pertama dan terakhir. Satu kenangan indah.


Kastria

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...