Sunday, July 26, 2009

YASMIN DLM. KENANGAN

Pengarah Filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara jam 11.25 malam semalam selepas menjalani pembedahan setelah diserang strok dan mengalami pendarahan di bahagian otak Khamis lalu.

Yasmin yang saya anggap mendahului zamannya banyak memberikan para peminat filem tempatan sentuhan kreatif yang penuh dengan elemen kasih sayang, kekeluargaan dan jenaka yang disampaikan cara bersahaja berlatarbelakangkan masyarakat majmuk Malaysia.

Filem-filem serta filem iklan yang dihasilkan memberi garapan cara penghidupan masyarakat 1Malaysia sejak awal pembabitannya lagi sebelum gagasan 1 MALAYSIA yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malang sekali baginya, kehebatannya banyak diberi pengiktirafan oleh pihak luar dan tidak datang daripada peersnya di tanahair sendiri. Hanya filem Sepet diangkat memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakon Layar Asli Terbaik pada Pesta Filem Malaysia 2005 dan Gubra yang dianugerahi Filem Terbaik dan Lakonlayar Terbaik di Pesta Filem Malaysia 2006. Setiap filem Yang dihasilkan terus menerus menjadi kritikan, sejak filem pertamanya Rabun (2003), Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime (2009)

Filem Muhsin mengungguli Generasi kplus - Filem Cereka Terbaik dan Deutsches Kinderhilfswerk Grand Prix di Pesta Filem Antarabangsa Berlin selain diangkat sebagai Filem Asean Terbaik di Pesta Filem Antarabangsa Cinemanila 2007. Filem Muallaf memenangi Anugerah Filem Asia - Sebutan Khas di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo 2008. Filem Sepet turut menerima Anugerah Filem Asia di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo pada 2005 dan meraih Anugerah Grand Prix di Pesta Filem Wanita Antarabangsa Creteil pada 2005.

Pemergian beliau akan meninggalkan satu lagi vacum kerana karyawan filem yang ada di negara ini masih lagi mencari-cari identiti dalam usaha menghasilkan filem yang berteraskan 1 Malaysia yang telah lama ditemui oleh Yasmin.

Alfatihah buatmu Yasmin. Semoga rohmu dicucuri rahmat hendaknya.

* Lihat juga rencana berikut.

Yasmin pergi membawa aspirasi 1Malaysia - utusan online -27/07/09

Friend to all - star-ecentral.com - 27/07/09

Karya Yasmin akan dirindui - bharian.com.my serta-28-07-09

Yasmin buat saya menangis lagi - utusan online 28/07/09.


No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...