Wednesday, July 15, 2009

IDENTITI TV 9

Petikan daripada www.bharian.com.my pada 15 Julai 2009.

Fragmen: TV9 mula hilang identiti?

Oleh Zainuri Misfar

zainuri@bharian.com.my

“TV9 memperoleh purata tujuh peratus jumlah penonton Melayu (dalam tempoh tiga bulan itu) dengan pencapaian tertinggi sebanyak 11 peratus iaitu kira-kira 1.7 juta penonton setiap malam," katanya Abdul Rahman ketika mengumumkan pencapaian sulung TV9. Kesimpulannya, TV9 pada awal operasinya jelas mensasarkan kepada penonton Melayu dan penekanannya adalah terhadap program atau kandungan yang ada nilai tradisional. Atau dalam erti kata lain program yang dekat di hati penonton Melayu, terutama mereka yang tinggal di kawasan separuh bandar dan luar bandar. Penonton dari kelompok ini jelas membantu meningkatkan jumlah rating TV9 walaupun baru beroperasi tidak sampai setahun.

Pada waktu ini, TV9 melahirkan program yang dirasakan benar-benar dekat di hati penonton seperti Cari Menantu, Akademi Al-Quran, Cinta Medik, Usik Usik Chef Wan, Gadis Melayu Bumi Di Pijak Langit Di Junjung, Busana, Studio Bintang Kecil, Hujah dan Halaqah.

TV9 juga pernah memperkenalkan rancangan berbentuk kekeluargaan seperti Keluarga Di 9 yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 1

tengah hari menampilkan hos dan slot berasingan setiap hari, iaitu pada Isnin dengan tema Siapa Kata? daripada Aziz Desa, Selasa (Jiwa Raga, Norjuma), Rabu (Dua Generasi, Benjy) dan Khamis (Kongsi Rasa KongsiRahsia, Nora).

Selepas melihat rancangan itu mendapat sambutan baik daripada penonton, TV9 kemudian memperkenalkan program Nasi Lemak

Kopi 0 dengan tagline, Pagi Minggu Tak Sempurna Tanpanya, sebagai `hidangan' terbaru stesen itu. Ia adalah sebahagian daripada pelbagai rancangan baru yang diperkenalkan mengambil kira jati diri masyarakat Melayu di negara ini.

Sayang sekali, hampir semua program itu sudah tidak wujud atau tidak dikekalkan. Sesetengahnya ‘dibuang’ terus atau diubah suai, kononnya untuk kelihatan lebih moden atau urban. Pembaharuan itu memang dialu-alukan kalau ia memberi kebaikan.

Sebaliknya apa yang berlaku ialah pembaharuan itu sudah mengikis imej dan identiti TV9 sebagai stesen TV yang memaparkan jati diri dan tradisi orang Melayu. Kalau ada sekalipun program itu, ia sudah menjadi kabur dan lama-kelamaan dikhuatiri menyebabkan penonton tidak berasa dekat di hati, sebaliknya berasa tawar hati pula untuk menonton TV9.
..LAGI...

>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat untuk renungan bersama.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...