Friday, July 31, 2009
LIPUTAN PERANG
Thursday, July 30, 2009
IKIM & TV ISLAM
IKIM sedia salur program
KUALA LUMPUR 29 Julai - Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berminat menyalurkan rancangan berbentuk keagamaan kepada saluran televisyen kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan diwujudkan kelak.
Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, perancangan itu dibuat kerana IKIM tidak mampu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mengendalikan saluran televisyen sendiri.
''Kerjasama ini dapat membantu masyarakat memahami mesej dakwah dengan lebih mendalam dan meluas,'' katanya selepas menutup persidangan antarabangsa yang bertajuk 'Muslim Dan Pembatasan Ilmu Pada Abad ke-21: Isu, Prospek dan Cabaran' di sini hari ini… LAGI…
>>>>>
CATATAN PK
Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM adalah badan yang begitu sesuai dalam usaha membantu saluran televisyen kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan diwujudkan kelak. Ini kerana wawasan dan matlamat penubuhan IKIM juga berobjektifkan untuk meningkatkan kefahaman Islam di kalangan orang Islam dan bukan Islam dengan menyerlahkan nilai sejagat dan kesemua rangkuman Islam yang benar dan berhububngkait dengan kehidupan manusia.
Sunday, July 26, 2009
YASMIN DLM. KENANGAN
Pengarah Filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara jam 11.25 malam semalam selepas menjalani pembedahan setelah diserang strok dan mengalami pendarahan di bahagian otak Khamis lalu.
Yasmin yang saya anggap mendahului zamannya banyak memberikan para peminat filem tempatan sentuhan kreatif yang penuh dengan elemen kasih sayang, kekeluargaan dan jenaka yang disampaikan cara bersahaja berlatarbelakangkan masyarakat majmuk Malaysia.
Filem-filem serta filem iklan yang dihasilkan memberi garapan cara penghidupan masyarakat 1Malaysia sejak awal pembabitannya lagi sebelum gagasan 1 MALAYSIA yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malang sekali baginya, kehebatannya banyak diberi pengiktirafan oleh pihak luar dan tidak datang daripada peersnya di tanahair sendiri. Hanya filem Sepet diangkat memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakon Layar Asli Terbaik pada Pesta Filem Malaysia 2005 dan Gubra yang dianugerahi Filem Terbaik dan Lakonlayar Terbaik di Pesta Filem Malaysia 2006. Setiap filem Yang dihasilkan terus menerus menjadi kritikan, sejak filem pertamanya Rabun (2003), Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime (2009)
Filem Muhsin mengungguli Generasi kplus - Filem Cereka Terbaik dan Deutsches Kinderhilfswerk Grand Prix di Pesta Filem Antarabangsa Berlin selain diangkat sebagai Filem Asean Terbaik di Pesta Filem Antarabangsa Cinemanila 2007. Filem Muallaf memenangi Anugerah Filem Asia - Sebutan Khas di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo 2008. Filem Sepet turut menerima Anugerah Filem Asia di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo pada 2005 dan meraih Anugerah Grand Prix di Pesta Filem Wanita Antarabangsa Creteil pada 2005.
Pemergian beliau akan meninggalkan satu lagi vacum kerana karyawan filem yang ada di negara ini masih lagi mencari-cari identiti dalam usaha menghasilkan filem yang berteraskan 1 Malaysia yang telah lama ditemui oleh Yasmin.
Alfatihah buatmu Yasmin. Semoga rohmu dicucuri rahmat hendaknya.
* Lihat juga rencana berikut.
Yasmin pergi membawa aspirasi 1Malaysia - utusan online -27/07/09
Friend to all - star-ecentral.com - 27/07/09
Karya Yasmin akan dirindui - bharian.com.my serta-28-07-09
Yasmin buat saya menangis lagi - utusan online 28/07/09.
Friday, July 24, 2009
HARTA INTELEK
Matlamat program ini adalah untuk berhibur sambil menyalurkan mesej yang bermanfaat kepada penonton.
Drama durasi siaran 30 minit ini berkisar mengenai kehidupan masyarakat sebagai tunjang rancangan, dilakonkan oleh pelakon lama dan baru. Lagu diperolehi dengan izin syraikat rakaman utuk diterbitkan bagi memperkukuh mutu persembahan drama berkenaan. Sambutan syarikat rakaman turut mengalakkan. Persembahan drama dan lagu akan seimbang supaya matlamat untuk menyampaikan mesej dan pengajaran dapat diolah secara berkesan.
Rancangan ini sesuai dan seronok ditonton kerana ia menampilkan cerita, lagu dan mesej yang bertujuan mempunyai unsur pendidikan dan pengajaran secara tidak formal. Rancangan mempunyai potensi tontonan dan tajaan khususnya dari syarikat rakaman, bersesuaian dengan slot tayangannya.
Namun selepas dijaja kepada beberapa stesen TV, tidak ada yang berminat untuk memberikan kami peluang menerbitkannya. Untuk tidak membazir kerana kos penerbitannya telahpun dikeluarkan, maka program pilot Memori Aku dan Lagu di sunting semula untuk diubahsuai dan digunapakai dalam program Neraca – Kisah Benar yang disiarkan di TV3.
Namun, apa yang diangggap menarik, terdapat juga program seperti ini yang kemudiannya disiarkan di salah sebuah stesen tv di negara ini.
Namun perkara seperti in pasti akan terus berlaku kerana dunia kreatif semasa tidak memberi penekanan terhadap pentingnya hak harta intelek-intellectual property - sedangkan kita sudahpun ada Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan sejak 1962 dengan nama Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak.
Wednesday, July 22, 2009
NASIB WARTAWAN
Petikan daripada www.bharian.com.my – 22/07/09.
17 wartawan terbunuh di Mexico sepanjang 18 bulan
BANDARAYA MEXICO : Tujuh belas wartawan maut di Mexico sejak 2008, menjadikan negara itu paling merbahaya kepada pengamal media.
Selain itu, 365 kes dilaporkan membabitkan wartawan diserang, menurut pengarah Yayasan Manuel Buendia, Omar Raul Martinez dalam satu sidang akhbar semalam.
Kajian yang dijalankan pertubuhan bukan kerajaan itu mendapati 223 kes membabitkan wartawan diserang, termasuk 12 dibunuh pada 2008.
Bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun lalu, 142 wartawan dilaporkan diserang dengan lima mati dibunuh...LAGI ...
>>>>>>>
CATATAN PK
Membaca berita seperti ini kadangkala baru kita sedari betapa beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia berbanding dengan penduduk negara lain di dunia.
Sunday, July 19, 2009
CRONKITE DALAM KENANGAN
Friday, July 17, 2009
NTV7 & VISINYA
ntv7 rai dekad kedua
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
SELARAS dengan peningkatan usia beroperasi untuk tahun yang ke-11 pada 7 Julai lalu, ntv7 yang mula beroperasi sejak 7 April 1998 kini dipelopori kandungan bermutu produk rancangan dari dalam dan luar negara yang lebih urban.
Peningkatan demi peningkatan yang diraih oleh stesen swasta ketiga negara itu bukan sahaja dapat diperhatikan dari segi ratingterkumpul pelbagai rancangannya, malah sejak mula beroperasi ia terus diterima baik sehingga ke hari ini.
Kelainan yang dibawa oleh stesen berkenaan dengan mengenengahkan tiga bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Melayu dan Cina itu ternyata disenangi pelbagai kaum di negara ini.
Strategi berbeza dari segi susunan rancangannya juga memperlihatkan keberkesanan yang nyata apabila data AC Nielson yang diperoleh mencatatkan rangkaian itu mendahului sebanyak 21 peratus penonton berbangsa Cina berbanding stesen lain...LAGI…
>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Semua stesen TV mempunyai objektif misi dan visi yang sama. Apa yang membezakannya dengan yang lain ialah pendekatan stesen itu dalam hal mengorientasikan siaran beritanya.
Stesen tv ini perlu mengekalkan pendekatan sedia ada di mana ia diletakkan sebagai sebuah stesen yang memberikan “balance” reporting dan tidak terlalu pro-kerajaan di dalam pendekatan siaran beritanya. Sekiranya ia mengambil pendekatan sebagaimana TV3 serta stesen lain di Media Prima ataupun beraliran sepertimana Berita RTM, ia akan hilang identitinya. Inilah yang perlu diberi perhatian oleh 3 Datuk di Media Prima iaitu Datuk Johan Jaffar, Datuk Ahmad Talib dan Datuk Manja Ismail.
Wednesday, July 15, 2009
IDENTITI TV 9
Petikan daripada www.bharian.com.my pada 15 Julai 2009.
Fragmen: TV9 mula hilang identiti?
Oleh Zainuri Misfar
“TV9 memperoleh purata tujuh peratus jumlah penonton Melayu (dalam tempoh tiga bulan itu) dengan pencapaian tertinggi sebanyak 11 peratus iaitu kira-kira 1.7 juta penonton setiap malam," katanya Abdul Rahman ketika mengumumkan pencapaian sulung TV9. Kesimpulannya, TV9 pada awal operasinya jelas mensasarkan kepada penonton Melayu dan penekanannya adalah terhadap program atau kandungan yang ada nilai tradisional. Atau dalam erti kata lain program yang dekat di hati penonton Melayu, terutama mereka yang tinggal di kawasan separuh bandar dan luar bandar. Penonton dari kelompok ini jelas membantu meningkatkan jumlah rating TV9 walaupun baru beroperasi tidak sampai setahun.
Pada waktu ini, TV9 melahirkan program yang dirasakan benar-benar dekat di hati penonton seperti Cari Menantu, Akademi Al-Quran, Cinta Medik, Usik Usik Chef Wan, Gadis Melayu Bumi Di Pijak Langit Di Junjung, Busana, Studio Bintang Kecil, Hujah dan Halaqah.
TV9 juga pernah memperkenalkan rancangan berbentuk kekeluargaan seperti Keluarga Di 9 yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 1
tengah hari menampilkan hos dan slot berasingan setiap hari, iaitu pada Isnin dengan tema Siapa Kata? daripada Aziz Desa, Selasa (Jiwa Raga, Norjuma), Rabu (Dua Generasi, Benjy) dan Khamis (Kongsi Rasa KongsiRahsia, Nora).
Selepas melihat rancangan itu mendapat sambutan baik daripada penonton, TV9 kemudian memperkenalkan program Nasi Lemak
Kopi 0 dengan tagline, Pagi Minggu Tak Sempurna Tanpanya, sebagai `hidangan' terbaru stesen itu. Ia adalah sebahagian daripada pelbagai rancangan baru yang diperkenalkan mengambil kira jati diri masyarakat Melayu di negara ini.
Sayang sekali, hampir semua program itu sudah tidak wujud atau tidak dikekalkan. Sesetengahnya ‘dibuang’ terus atau diubah suai, kononnya untuk kelihatan lebih moden atau urban. Pembaharuan itu memang dialu-alukan kalau ia memberi kebaikan.
Sebaliknya apa yang berlaku ialah pembaharuan itu sudah mengikis imej dan identiti TV9 sebagai stesen TV yang memaparkan jati diri dan tradisi orang Melayu. Kalau ada sekalipun program itu, ia sudah menjadi kabur dan lama-kelamaan dikhuatiri menyebabkan penonton tidak berasa dekat di hati, sebaliknya berasa tawar hati pula untuk menonton TV9.”..LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat untuk renungan bersama.
Monday, July 13, 2009
PEMBACA BERITA CANTIK
Aku pernah dijemput sebagai ahli panel satu majlis forum mengenai peranan wartawan wanita di media elektronik yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Wanita Malaysia iaitu PERTAMA pada awal 90an.
Jemputan itu adalah atas kedudukan sebagai Timbalan Pengurus Berita & Ehwal Semasa TV3.
Ketika sesi soal jawab dengan para peserta yang secara kebetulan juga adalah wartawan, ada yang bertanyakan dengan nada marah kenapa dan mengapa TV3 mengambil pembaca berita wanita yang cantik-cantik sahaja dan tidak memberi peluang kepada pembaca berita wanita yang tidak cantik membaca berita. Menurut mereka pendekatan ini adalah satu bentuk diskrimansi kepada wartawan wanita.
Aku tidak menjangka dan agak terkejut dengan soalan seperti itu dan untuk tidak memperkecilkan hati yang bertanyakan soalan itu aku tidakpun memberikan jawapan yang tidak emosional dan menyakitkan hati.
Dengan berseloroh, aku mencabar para peserta forum yang turut membabitkan penyertaan editor kanan majalah tempatan supaya berkuatkuasa serta merta mereka perlu meletakkan gambar hiasan muka depan majalah-majalah - khususnya bertema wanita dengan foto-foto perempuan yang tidak cantik. Jika mereka sanggup berbuat demikian - aku juga akan menukarkan penyampai berita di TV3 dengan penyampai yang tidak cantik.
Adalah menjadi amalan ketika itu dan juga sekarang yang hanya meletakkan wanita cantik sebagai penghias muka depan majalah.
Tidak ada seorangpun yang menyambut cabaranku ini.
Mereka kemudiannya bertanyakan soalan lain yang tidak ada kena mengena dengan pembaca berita yang cantik.
Tuesday, July 7, 2009
RADIO SASNUPATAM
"Inilah radio Sasnupatam"
Oleh MOHD. KAMIL YUSUFF
Assalamualaikum. Inilah radio Sasnupatam FM 99.50 Megahertz yang dipancarkan dari Sekolah Sasnupatam, Bandar di daerah Muang, Pattani.
"Semoga tuan-tuan dan puan-puan berada dalam lindungan Allah dan mendapat rahmat-Nya sentiasa. Kami di Sasnupatam akan menghiburkan anda dengan lagu-lagu nasyid dan memperdengarkan ceramah-ceramah agama untuk faedah bersama".
Demikian suara pengenalan stesen radio yang dikelolakan oleh tiga orang pelajar Sekolah Agama Rakyat Sasnupatam, dari studio mini sekolah tersebut.
Sekolah agama swasta ini merupakan satu-satunya sekolah di Pattani yang memiliki siaran radio sendiri dan boleh diikuti dalam lingkungan 30 kilometer radius, melalui gelombang 99.50 megahertz.
Siaran ini boleh diikuti selama tiga jam sehari iaitu setiap sejam pada sebelah pagi, petang dan malam. Pada waktu pagi ia ke udara pada pukul 10 hingga 11 pagi, petang pada pukul 2 hingga 3, manakala malam dari pukul 8 hingga 9 malam....LAGI...
>>>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Usaha yang dijalankan di Pattani ini wajar dicontohi di Malaysia di mana sekolah-sekolah mempunyai radio sendiri yang membuat liputan mengenai peristiwa di sekolah masing-masing. IPTA & IPTS tempatan juga perlu membuat usaha yang sama bagi membekalkan pelajar-pelajar mereka dengan pengalaman yang diperlukan sebelum mereka keluar ke dunia sebenar. Walaupun sudah terdapat beberapa stesen radio di beberapa buah universiti tempatan, usaha ini patut duperluaskan lagi sebagai persediaan pelajar-pelajar mereka mengharungi cabaran globalisasi.
MJ DALAM KENANGAN
Upacara penghormatan terakhir diberikan kepada Raja Pop hari ini 7 Julai 2009.
Menurut laporan media, penyanyi yang meninggal dunia 25 Jun lalu dijadual dikebumikan di Forest Lawn Memorial-Parks selepas permohonan untuk mengebumikannya di Neverland ditolak.
Apa yang cuba dicoretkan di sini ialah aku bukanlah peminat fanatik Raja Pop ini, namun sumbangannya terhadap bidang nyanyian tidak dapat dipertikaikan.
Ketika penyanyi pujaan berjuta itu mengunjungi Malaysia pada 26/27 Oktober 1996, aku sendiri tidaklah turut serta menyaksikan Konsert HIStory Tournya.
Tetapi sebagai pengiktirafan kepadanya sebagai seorang penyanyi legenda aku membeli tikit berharga RM250 untuk 30 orang kakitangan syarikatku Prime Time Communications Sdn. Bhd, bagi membolehkan kakitangan kreatifku menikmati konsert insan istimewa ini.
Pada ketika itu pelbagai pihak menentang penganjuran konsert itu sehinggakan Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) menolak permohonan penganjur, Jojo’s Entertainment mengadakan konsert itu di Stadium Shah Alam. Ia terpaksa diadakan di Stadium Merdeka pada 27 Oktober 1996.
Presiden ABIM ketika itu, Dr. Mohd Nur Manuty adalah antara pihak yang menentang kehadiran Micahel Jackson di Malaysia dan berpandangan masyarakat negara ini sedar yang konsert semacam itu akan membawa banyak kegiatan negatif.
Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohammad turut memberi katadua kepada pihak penganjur: “If everything goes well, Malaysian can have more international concerts.” .
Akhirnya, pada 27th Okt 1996, tepat jam
Lagu lain yang disampaikannya ialah You’re Not Alone, The Way You Make Me Feel, Beat It, Stranger In Moscow, Smooth Criminal, Billie Jean dan Black or White.
Lebih 200 anggota polis, termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di luar stadium bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Antara lagu-lagu Raja Pop yang menarik dan diberi perhatian pastinya mesej kedamaian yang disampaikan menerusi lagu-lagunya seperti Earth Song, Black Or White & We are The World yang ditulis bersama Lionel Richie .
Monday, July 6, 2009
MEDIA & PILIHANRAYA
Petikan daripada b.hrian.com.my – 6/07/09
Kuasa persepsi media, kempen pilihan raya
Oleh Abdul Rahim Saleh
PENGUNDI Indonesia berusia lebih 17 tahun akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih presiden ketujuh republik itu dan naib presidennya, secara langsung buat kali kedua Rabu ini.
Selepas lebih 30 hari dihujani pelbagai slogan, mesej dan iklan politik melalui pelbagai media, kempen lapangan calon dan penyokong serta tiga hari `masa tenang`, pengundi akan memenuhi pusat mengundi di seluruh negara melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Rakyat Indonesia mencipta satu lagi sejarah dengan menunjukkan kematangan dan disiplin berpolitik. Tidak ada kekacauan berlaku, semuanya berjalan lancar walaupun ada calon didapati melanggar beberapa peraturan ketika berkempen.
Kempen pemujukan oleh ketiga-tiga calon presiden dilakukan melalui iklan, program perbincangan dan debat melalui media massa, terutama televisyen dan akhbar, ceramah dan raptai umum di dalam stadium, serta iklan luar, sepanduk dan poster hanya dipasang dan tampal pada jalan tertentu. Tiada sebarang iklan luar, sepanduk dan poster pada jalan utama dari Lapangan Terbang Sukarno-Hatta ke pusat kota raya Jakarta…LAGI …
>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Thursday, July 2, 2009
SELECTIVE COVERAGE - RTM
Petikan daripada www.nst.com.my - 1/07/09
RADIO Televisyen
"If there are squabbles, let the public watch for themselves and decide," Aziz said.
Para pembuat dasar media di negara ini perlu memberi pendekatan baru terhadap liputan yang dibincangkan di parlimen itu. Sekiranya diperhatikan terdapat stesen TV dan juga media perdana lain yang mengmbil pendekatan yang seboleh mungkin tidak memberi “mileage” kepada pembangkang. Sekiranya adapun ia berbentuk “Opposition Bashing" dengan melaporkan berita negatif mengenai parti lawan.
Masanya sudah tiba untuk media managers mengenalpasti dan mencari formula dan pendekatan baru cara bagaimana melakukannya. Sekiranya perkara ini tidak dilakukan mereka pula nanti akan dipersalahkan kerana menggunakan pendekatan tidak sesuai dalam arena peperangan saraf politik dalam dunia globalisasi semasa.
LAGI-TV JAKIM
Petikan Berita Harian Online 2/07/09.
Oleh Hasliza Hassan
bhnews@bharian.com.my
Saluran berbentuk bimbingan, hiburan ikut syarak boleh jadi alternatif ummah
MEMETIK kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, ketika sidang media mengenai penubuhan TV Islam pada Konvensyen Pendakwah Negara 2009 pada 11 Jun lalu.
Ketika ditanya mengenai kesediaan dan persediaan ke arah penubuhan TV Islam, beliau berkata: "Ibarat orang hendak buat kenduri, pengantin sudah ada, khemah sudah ada, pihak katering juga sudah bersedia, malah menu sudah dipilih. Hanya tempat untuk mengadakan kenduri belum ada."
Justeru, merujuk perkembangan usaha ke arah merealisasikan impian melihat tertubuhnya TV Islam yang sudah diuar-uarkan dan disambut baik masyarakat negara ini, ceritanya ada pada Pengerusi Jawatankuasa Pemandu TV Islam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim …LAGI…
>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Adalah menjadi harapan semua pihak khusunya masyarakat Islam agar perencanaan penubuhan TV Islam ini menjadi satu realiti. Memetik kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom - "Ibarat orang hendak buat kenduri, pengantin sudah ada, khemah sudah ada, pihak katering juga sudah bersedia, malah menu sudah dipilih. Hanya tempat untuk mengadakan kenduri belum ada."
Harap-harap janganlah ada banjir besar pulak yang melanda sehingga membatalkan kenduri yang mahu diadakan itu.
Wednesday, July 1, 2009
DOKO HARI CUTI
Dalam keghairahan media elektronik di
Untuk itu, menerusi Paulmod Corporation, kami menerbitkan rancangan serupa itu untuk siaran di TV3 di sekitar awal 90an. Program sebegini dianggap penting kerana pendekatan Ehwal Semasa ini dirasakan perlu bagi memberi penjelasan khususnya mengenai Hari-Hari Kebesaran Islam yang lazimnya menjadi Hari Cuti Umum di Malaysia.
Antara rancangan yang dibuat termasuklah mengenai falsafah Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Awal Muharam, dan MauludulRasul.
Dengan pemaparan mengenai hari-hari cuti umum ini adalah diharapkan ia akan memberi peluang kepada rakyat
Pada ketika ini, menjadi satu kelaziman apabila muncul hari perayaan berteras perayaan seperti hari Raya Aidilfitri misalnya semua stesen TV berlumba-lumba menyediakan program Hari Raya yang rata-rata hanya berteras hiburan dan tidak langsung menyentuh apakah ertikata Aidilfitri itu sebenarya.
Ia juga berlaku ketika perayaan lain seperti hari Raya China, Deepavali dan Krismas. Apakah pada tahun ini - ia akan berubah - sejajar dengan Gagasan 1 Malaysia. Sama-samalah kita perhatikan.
Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...
-
Setiap Sabtu antara 17 Julai 2010 hingga 7 Ogos 2o10 sekali lagi aku berada di TV3 untuk melatih para wartawan & penerbit Primeworks. I...
-
Antara Penyampai Berita terawal di TV3 ialah Razak Abdullah, Fitri Aziz dan Mahadzir Lokman yang turut membaca Berita Bahasa Inggeris . ...