Friday, June 12, 2009

TV AGAMA

Petikan daripada Utusan Online – 12/06/09.

Saluran TV ciri keagamaan

Oleh NORILA DAUD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Jun - Satu saluran televisyen baru khusus untuk menyiarkan program-program berciri keagamaan akan dilancarkan dalam masa terdekat sebaik sahaja masalah teknikal dapat diselesaikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata, saluran baru itu akan dilancarkan sebaik sahaja masalah teknikal terbabit dapat diselesaikan.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah mempunyai persediaan asas untuk mewujudkan saluran itu berdasarkan pengalaman menghasilkan produk penyiaran berciri keagamaan sebelum ini.

"Kita hanya menghadapi masalah teknikal berikutan frekuensi saluran tanpa bayar telah penuh maka ia memerlukan sedikit masa untuk membuat pengubahsuaian...LAGI...

>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sebuah lagi stesen TV bakal menemui rakyat Malaysia tidak lama lagi. Apa yang penting pengurusan stesen TV ini perlu mengambilkira cara bagaimana nilai-nilai umum dalam Islam boleh diterimapakai oleh masyarakat bukan Islam yang perlu diterjemahkan dalam bentuk penyiaran. Masalah universal dihadapi oleh masayarkat islam ialah untuk memberi pemahaman kepada orang bukan Islam wajah sebenarnya Dunia Islam. Adalah diharapkan stesen ini mampu membentangkan isu-isu mengenai Dunia Islam bagi membuka mata mereka yang kurang arif mengenai Dunia Islam sebenarnya.

Seperkara lagi ialah pengurusan stesen ini perlu menghasilkan kandungan program yang menarik dan kreatif dan keluar daripada kepompong stereotaip lama iaitu dengan meletakkan seorang Ustaz untuk membicarakan sesuatu isu berteras agama.

**Lihat Blog seblelum ini membicarakan isu yang sama - tv-jakim-saluran-berdakwah.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...