Tuesday, June 23, 2009

MENCARI PENYAMPAI

Petikan daripada www.hmetro.com.my – 23/06/09.

Yusanani cari pelapis penyampai

BERBEKALKAN pengalaman sebagai penyampai berita dan pengacara sejak 1994, ternyata Yusanani Yushak bukan calang-calang individu dalam dunia penyiaran. Justeru, memang layak dipilih sebagai pengetua Penyampai Ikon di TV2, bermula 22 Ogos ini...LAGI...

>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Satu lagi program realiti akan diterbitkan dan kali ini bertujuan untuk mencari bakat seorang 'ikon' penyampai yang semestinya ada bakat dan pakej rupa.

Yusanani Yusahak yang dilantik menjadi pengetua Penyampai Ikon di TV2, bermula 22 Ogos ini sememangnya berpengalaman dalam bidang penyampaian. Beliau bermula di TV3 sebagai ”Booth Announcer” ketika stesen itu mula dibuka pada tahun 1985. Ketika saya di Bilik Berita TV3, pernah menawarkan beliau untuk jawatan penyampai berita sepenuh masa, tetapi menolakknya kerana alasan kesihatan. Namun beliau ke Bilik Berita juga kemudiannya selepas saya meninggalkan TV3 pada tahun 1992.

Untuk menjadi Penyampai yang baik, mereka memerlukan asas yang kukuh dahulu sebagai seorang wartawan.Teknik wawancara yang baik boleh dipelajari ketika menjadi wartawan yang secara realitinya sentiasa bersedia bertanya untuk mendapatkan jawapan.

Sekiranya diperhatikan, penyampai/pengacara yang berjaya adalah terdiri daripada kalangan mereka yang mempunyai latarbelakang wartawan. Lihat sahaja Aznil Haji Nawawi yang pernah menjadi wartawan am di TV3 dan juga wartawan Money Matters. Begitu juga dengan Suhaimi Sulaiman di TV Awani yang juga mempunyai latarbelakang kewartawanan penyiaran di TV3.

Saya kategorikan penyampai kepada dua kategori iaitu Brainy-Presenter –pengacara yang berotak dan juga Dumb Presenter - pengacara yang kurang bijak. Brainy Presenter adalah mereka yang membuat penyelidikan dan kelihatan cerdik ketika melaksanakan wawancara, sementara Dumb Presenter adalah di kalangan mereka yang tidak membuat homework sebelum mewawancara seseorang dan hanya mengharapkan soalan-soalan yang disedikan oleh pihak lain atau penerbit rancangan.

Ikuti juga subjek mengenai Newscaster- Bahgian 1,2, dan 3 di dalam blog yang sama sebelum ini.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...