Monday, June 22, 2009

PEMBANGKANG & RTM

Petikan daripada Bernama.Com

RTM Turut Siar Berita Mengenai Pembangkang

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan berita mengikut nilainya serta memberi liputan kepada pihak pembangkang bergantung kepada kepentingan sesuatu isu, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Heng Seai Kie...LAGI...

>>>>>>>>>

CATATAN PK

Saya masih teringat ketika menjadi wartawan radio di RTM pada awal 70an - kami diarahkan untuk tidak menulis berita yang berteras politik. Pendekatan kami ketika itu sekalipun liputan perhimpunan agung umno, kami menulis berita berteras pembangunan dengan memetik menteri kerajaan yang membuat kenyataan mengenainya dan bukan sebagai pemimpin parti politik. Berita-berita parti pembangkang tidak diberi liputan – tambahan lagi kerusi pembangakang ketika itu begitu sedikit.

Amalan membuat liputan berita parti politik yang berpihak bermula pada zaman Zainuddin Maidin dan format ini diteruskan sehingga sekarang.

Apakah format liputan berita politik wajar di RTM, persoalan ini perlu difikirkan oleh organisasi media itu sendiri. Apa yang membimbangkan ialah sekiranya semua stesen TV mahupun media cetak aliran perdana memalu gendang irama yang sama mengenai sesuatu isu politik, mesej yang akan cuba disampaikan itu sudah tidak menjadi maklumat tetapi menjadi propaganda melulu.

Inilah yang perlu mereka fikirkan.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...