Walaupun Minggu Orientasi ITM sudah berakhir. Ia masih belum selesai. Di Kajian Sebaran Am, Tingkat 13 kehadiran kami Freshie ditunggu-tunggu - bukan oleh pensyarah, tetapi Batch 1974 yang diketuai oleh Zainal Azman, (sekarang bergelar Datuk dan mengetuai Tabung Haji ) selaku Pengerusi J/K Minggu Orientasi MassComm. Aku yang mempunyai kenalan seperti Jin Kapiak, Faridah Hitam (Black) & Tengku (kenal di RTM sebelumnya) - lega kerana mempunyai kenalan ini. Harapan mengunung ini meleset samasekali. Sejak awal-awal lagi, Aku dijadikan sasaran utama oleh kumpulan Seniors yang menyediakan program terperinci Induction Week. Seniors tahu aku pernah bertugas di Bilik Berita RTM. Ketika induksi bermula, setiap kali namaku dipanggil, sebelum apa-apa aku dikerah membunyikan TUT-TUT-TUT, iaitu bunyi ID Berita Radio-sebelum tajuk berita.
Sepanjang Induction Week itu, aku dikenali sebagai Salleh Tut-Tut. Tabik yang diberi kepada Seniors sudah mula kurang springnya. Untuk mengenali Seniors kami dipaksa mendapatkan nama mereka semua. Untuk mendapat satu nama kadang-kadang mengambil masa berhari-hari hinggalah mereka mengizinkan. Itupun kami terlebih dahulu di arah menyanyi Hindustan, menyanyi Bisu, menyanyi Sengau, menyanyi Lirik Terbalik dan pelbagai lagi yang disengajakan untuk menyakitkan hati.