Untuk memperolehi pengalaman orientation terpaksalah diikutkan juga kehendak mereka. Walaupun ada golongan yang berpandangan bahawa sessi orientation itu sebagai tindakan BABARIC, namun bagi aku yang pernah melaluinya, jauh di sebalik kata-kata itu, ia berperanan membantu kami menjadi manusia yang lebih yakin, cekal dan berani menghadapi apa jua cabaran yang mendatang selepas itu.
Bayangkan, ketika sedang tidur dengan tenangnya, kami dikejutkan dari ulit mimpi dengan kata-kata nesta senior dan disuruh membuat pelbagai perkara. Disuruhnya kami menyanyi, menari, bercerita untuk menghiburkan mereka sambil mempersendakan kami Freshie. Kami di suruh ke sana ke mari di tengah malam buta ala tentera komando menjalani latihan. Ada daripada kami yang diberi tugasan untuk berkokok seperti ayam di waktu subuh untuk mengejutkan rakan-rakan lain. Ada juga yang kena Royal Flush – dengan meletakkan muka di lubang jamban sebelum dipump air ke muka. Royal Flush lazimnya dikenakan bagi kalangan Freshie yang menyombong dengan Senior. Ada juga daripada kalangan Freshie yang terpilih bermain hoki menggunakan bola pingpong dan menggunakan ........ sebagai kayu hoki. Ketok Ketampi dan Tabik Spring tu adalah arahan Seniors yang dianggap biasa. Sepanjang Minggu Orientasi itu tak habis-habis dikerjakan Seniors. Ada yang suruh bersyair, bersajak, berlakon dan bersyarah dengan tajuk-tajuk yang menggelikan hati mereka dan menyakitkan hati kita. Ketika mendengar ceramah, ke surau, ketika nak tidur...Freshie sentiasa dikerjakan oleh Seniors tanpa batasan.
Tetapi konsep sebenarnya "kes deraan" yang dijalankan akan hanya kita tahu faedahnya setelah selesai Minggu Orientasi itu. Selepas itu, hubungan antara Seniors dan Juniors tidak ada batasnya lagi. Masing-masing dengan mudah mengenali satu sama lain seperti keluarga sendiri. Sama ada ANDA Anak Datuk, Tan Sri, Tun atau anak Penoreh Getah mahupun Pemandu Teksi - kita semuanya sama - di sini tidak ada kasta. Secara kebetulan 2 pelajar dalam kelas aku adalah anak seorang Menteri Pusat dan seorang lagi anak Menteri Besar. Batas kelas ini telah dipecahkan. Itulah keindahannya yang sukar dijelaskan bagi mereka yang tidak memahaminya....

No comments:
Post a Comment