BRUSSELS, ibu negeri Belgium nampak berbalam-balam dari udara. Jam di tangan menunjukkan angka lima waktu New York – 11 pagi waktu Brussels, apabila pesawat SABENA 271 mencecah landasan.
Selepas pemeriksaan imigresen dan kastam, aku dan Ibrahim Abdul Hamid, seorang pensyarah di ITM, terus menuju ke pondok telefon yang tersedia. Tangan menyelinap mencari-cari nombor kedutaan Malaysia. Tujuan asal ialah sekadar mendapatkan nombor telefon rakan-rakan pelajar yang tinggal di kota itu. Sekurang-kurangnya dapatlah kami menumpangkan bag besar yang tidak perlu dibawa dalam pengembaraan menjelajah Eropah Barat.
Rupa-rupanya orang kedutaan baik hati, lantas mempelawa kami ke pejabat. Bukan itu sahaja, mereka juga bertanyakan hal-ehwal kebajikan kami serta menawarkan tempat simpanan bag di bilik setor kedutaan. Tanpa membuang peluang, kami menerima tawaran itu.
Oleh kerana lewat, kami meneruskan perjalanan ke Amsterdam di hari berikutnya. Kami berangkat ke Leuvan di pinggir kota Brussels dahulu di mana terdapat pelajar Malaysia di Catholic University. Sejumlah besar daripada mereka mengambil pengajian sarjana di bidang Pentadbiran Perniagaa, iaitu MBA.
Setibanya di bandar Leuvan, sang perut mengadu hal untuk diisi. Oleh kerana hendak berjimat, terpaksalah makan makanan murah di tepi jalan. Goreng kentang dicecah tomato sauce dan sebotol Coca Cola sudah berharga RM9. Kopi O secawan berharga RM3 duit. Selesai makan kami mencuba nasib bertanyakan tempat tinggal pelajar Malaysia di Leuvanl. Agak sukar kerana bahasa penghantar Belgium ialah bahasa Flemish iaitu bahasa Belanda dan bukan Inggeris. Bahasa Perancis juga digunakan di kawasan berhampiran dengan France. Terpaksalah kami bertanyakan dengan anggota polis yang duduk terpacak di simpang jalan yang sentiasa bersedia membantu orangramai. Kerana keadaan, terpaksalah kami berbicara menggunakan bahasa isyarat tangan dan kaki. Kadangkala kami cuba memancing dengan berbahasa Malaysia dengan harapan mereka menjawab dalam Bahasa Inggeris. Rupa-rupanya tak mengena. Mungkin teknik ini kami boleh gunakan ketika di France nanti.
Setelah puas berjalan kaki barulah ditemui Catholic University. Selepas bertanya beberapa orang di sepanjang jalan, barulah berjumpa dengan penuntut Malaysia. Rakan yang dicari rupa-rupanya telah pulang ke Malaysia, dan rumahnya didiami oleh penuntut Malaysia lain. Tidak lama kemudian, biliknya dipenuhi dengan penuntut lain yang mengetahui kedatangan kami. Sungguhpun baru berkenalan, perbualan rancak dan kami dijamu makan. Kemudian kami dihantar ke rumah Sheikh Ghazali, bekas penuntut ITM di Shah Alam.
BERSAMBUNG – Bahagian ke 2.....
* Petikan rencana ini pernah disiarkan di Berita Minggu di dalam kolum Catitan Dari Eropah oleh Salleh Kassim pada 7/09/80.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...
-
Setiap Sabtu antara 17 Julai 2010 hingga 7 Ogos 2o10 sekali lagi aku berada di TV3 untuk melatih para wartawan & penerbit Primeworks. I...
-
Antara Penyampai Berita terawal di TV3 ialah Razak Abdullah, Fitri Aziz dan Mahadzir Lokman yang turut membaca Berita Bahasa Inggeris . ...
No comments:
Post a Comment