Wednesday, May 6, 2009

KHAYALAN PENERBIT ?

Petikan daripada Utusan Online - 5/05/2009.

SUDAH saban kali penerbit drama dan filem Melayu dikritik kerana gagal memartabatkan slogan 'Filem kita wajah kita'. Terbaru, dalam Utusan Malaysia 4 Mei yang lalu mereka ditegur lagi kerana kegagalan memartabatkan bahasa Melayu yang baik. Sebaliknya mereka memilih menggunakan 'bahasa longkang' (meminjam ungkapan Ku Seman Ku Hussain) sebagai medium persembahan mereka.

Sebahagian penerbit drama dan filem Melayu memang buta hati. Mereka terlalu asyik dengan fatamorgana pandangan mata sehingga mereka terkeliru dan gagal membezakan khayalan dengan kenyataan...LAGI...

>>>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Jika diperhatikan, persoalan yang ditimbulkan oleh Dr. Sharifudin Lubis memang ada benarnya. Masalah ”Bahasa Longkang” yang digunakan bukan sahaja digunapakai dalam drama dan juga filem - 'Filem kita wajah kita' malah turut digunapakai di pelbagai media yang ada.

Apa yang merisaukan ialah persoalan bahasa sentiasa dipermudahkan dan tidak ada sesiapa yang mahu memantau masalah ini. DBP memerlukan pindaan akta bagi membolehkannya diberi kuasa pemantauan– dan ini akan mengambil masa. Natijahnya, setiap mereka yang bertanggungjawab dalam persoalan Bahasa perlu peka dengan permasalahan ini dan mencari jalan mengatasinya.

Radio 24 Bernama misalnya – sebagai sebuah badan komunikasi yang boleh membantu memperkasakan penggunaan bahasa sendiri misalnya menggunakan bahasa inggeris bagi memperkenalkan segmen programnya. Mungkin, perkara ini dianggap remeh, tetapi jelas roh perjuangan bahasa tidak ada.

Penggunaan Top 5 News, Black Maria, Coffee Break untuk program Bahasa Malaysia menggambarkan bagaimana ”tidak berpiawaiannya’ untuk menggunakan Bahasa Malaysia sehinggan perlu menggunakan Bahasa Inggeris.

Dr. Sharifudin Lubis turut menyentuh mengenai kebanjiran drama dan filem tahyul yang berterusan menular buat masa ini. Selepas negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun, serta kejayaan negara menghantar angkasawan anak bangsa ke angkasa lepas, adakah sesuai bagi kita masih lagi dibuai dengan ketakutan menyaksikan pelbagai jenis hantu, pontianak, polong, pelesit, pocong dan pelbagai jenis hantu lagi.

Rakyat Malaysia perlukan roh, semangat waja, visi dan wawasan untuk mengharungi era globalisasi yang terus mencabar setiap hari.

Tepuk dada tanya selera.

2 comments:

awangkukelana said...

Maknanya rakyat masih dibelenggu mentaliti dunia ketiga dalam membudayakan bahasa. Tapi perasan berkelas dunia, kononnya. Mana perginya piawaian bahasa mereka, kalau benar mahu wawasan 2020.

bahasaindah said...

Wajah Malaysia telah lama dilagangkan tetapi saja puak ini buat tak faham. Dan tak faham-faham. Misalnya bahasa longkang, mereka tetap teruskan juga. Degil.

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...