Sunday, May 3, 2009

WAJAH MALAYSIA DI TV

Petikan daripada Utusan Online

JELEBU 3 Mei - Semua stesen televisyen di negara ini digesa menerbitkan lebih banyak drama dan program yang berwajahkan Satu Malaysia.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kebanjiran program import ketika ini tidak membantu kerajaan yang kini berusaha memperkenalkan konsep berkenaan.

Menurutnya, stesen televisyen perlu memastikan masyarakat sentiasa merasakan mereka juga sebahagian daripada program yang ditayangkan sama ada berita, rencana, budaya, seni warisan dan sebagainya. ….LAGI…

>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Datuk Dr. Rais Yatim adalah orang yang paling layak melaksanakan saranannya sendiri untuk menghasilkan program yang berwajahkan Satu Malaysia- gagasan yang diutarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara ini telah dicuba oleh ramai Menteri yang mengemudi Angkasapuri sejak lama dulu termasuk Datuk Dr. Rais Yatim sendiri . Nampaknya selepas negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun, formula yang berkesan masih belum berjaya ditemui dan dilaksanakan.

Sekadar cadangan kepada Datuk Rais, formula terbaik telahpun berjaya dilaksanakan di Hollywood. Integrasi kaum kulit putih dan kulit hitam misalanya telah lama bermula menerusi penerbitan filem dan siri television seperti I Spy yang membabitkan Robert Culp dan Bill Cosby pada tahun 1965 hingga tahun 1968. Selepas itu setiap filem yang dikeluarkan sama ada filem mahupun siri di television melaksanakan usaha ke arah menghasilkan integrasi masyarakat Amerika hingga ke hari ini.

Hasil daripada usaha ini jugalah yang menyediakan masyarakat di Amerika Syarikat sanggup dan bersedia menerima lantikan seorang Presiden berkulit hitam, Barrack Obama.

Oleh kerana berjayanya format ini, kini siri filem mahupun siri TV yang dihasilkan mula mengintegrasikan masyarakat berbangsa lain pula seperti kaum India mahupun kaum China – daripada Asia dalam program integrasi mereka. Pembabitan Jackie Chan, Zhang Ziyi & Jet Li adalah di antara pendekatan yang digunakan. Filem-filem bertema Asia seperti SlumDog Millionaires mislanya telah menerima penghargaan dan pengiktirafan sehingga ke peringkat Oskar.

1 comment:

antikucalana said...

Jati diri Malaysia di stesen televisyen memang teruk. Bercelaru. Macam orang Malaysia tidak tahu siapa mereka. Lalu beraksi seperti bangsa asing dan bukan bangsa Malaysia. Mereka perlu difahamkan akan imej, citra dan mesej...Malaysia.

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...