Thursday, May 14, 2009

RADIO/TV KUKUHKAN 1MALAYSIA

Petikan BERNAMA.COM - 14 Mei, 2009

Program Radio, TV Untuk Kukuhkan Gagasan 1Malaysia: Rais

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mewujudkan panel yang turut dianggotai wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan ke arah memperbaiki program radio dan televisyen demi menjayakan gagasan 1MalaysiaLAGI…

>>>>>

CATATAN PK

Usaha mewujudkan “ kandungan yang membawa kepada keharmonian masyarakat “ adalah satu kerja kreatif yang perlu dilaksanakan oleh orang yang tahu dan pakar dalam bidang itu. Orang yang tahu dan pakar mengenainya – yang mempunyai Technological Know How dalam kandungan - ramai jumlahnya - hasil daripada limpahan menara gading yang membuat pengkhusuan di bidang komunikasi.

Namun apa yang terjadi ialah – mereka yang mempunyai “Technological Know Who” yang mewarnai industri ini yang melaksanakn projek-projek kandungan ini. Tidaklah menghairankan sekiranya kandungan program yang dihasilkan tidaklah sebagaimana yang diharapkan.

Oleh kerana itu, perlu diwujudkan satu Piawaan dalan bidang penyiaran – kerana bidang ini terlalu terbuka luas kepada sesiapa yang mahu menghasilkan kandungan program untuk televisyen atau filem.

Sebagai Contoh mudah - seorang arkitek, jurutera, doktor, akauntan mahupun pengusaha kantin yang mempunyai kemampuan kewangan pada bila-bila masa boleh menjadi Penerbit menyediakan kandungan program (Programme content).

Malang sekali merreka yang membuat pengkhusuan dalam bidang komunikasi – wartawan, penyiar, pegawai perhubungan awam tidak pula boleh akan menjadi arkitek, jurutera, doktor mahupun akauntan.

Walaupun berpuluh stesen TV terus diwujudkan – termasuk TV Jakim,TV Sukan dan pelbagai lagi, industri kandungan – programme content– hanya dimilikki beberapa kerat syarikat yang sama.

Tambah parah lagi apabila stesen televisyen yang sepatutnya memberi peluang kepada penerbit tempatan berkarya kini menghasilkan penerbitan sendiri dan ini menutup peluang kepada mereka yang mahu bergiat dalam bidang ini.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...