Petikan daripada www.bharian.com.my - Selasa, 19 Mei 2009.
Bukan soal glamour
Mahu kongsi kemahiran dalam bidang pengacaraan, tunggu masa terbit biografi perjalanan hidup
MANA mungkin melupakan pesona dan kejelitaan wanita ini yang pernah membuatkan penonton program kendaliannya di kaca TV terpukau. Suatu ketika dulu, beliau memang antara daya tarikan stesen TV3, malah insan yang bakal menginjak usia 45 tahun pada 4 Jun ini pernah mendapat jolokan antara Wanita Melayu Terakhir... LAGI...
>>>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Pada peringkat awalnya program berteras wanita NONA, di TV3 adalah di bawah pengawasan Bahagian Penerbitan-Productiondan bukan di bawah Berita/Ehwal Semasa. Apabila Datuk Ahmad Sebi mengambilalih teraju kepimpinan daripada Arwah Mohd Noor Salleh sebagai Pengarah Urusan TV3, Progam NONA diletak di bawah Bahagian Berita/Ehwal Semasa. Ketika di bawah Bahagian Penerbitan-Production, NONA, dihoskan oleh Furzanne dan Nurfarahin Jamsari. Di bawah Bahgian Berita/Ehwal Semasa, program ini turut dihoskan oleh Ezah Aziz Fauzy, Nurfarahin Jamsari dan juga Normala Shamsuddin. Penerbitan rancangan mingguan untuk mengupas kegiatan wanita tanahair itu diserahkan kepada Nuraishah Malik sebagai Penerbit – Kini Nuraishah ialah Manager Magazine Programme, Content Creation, TV9. Di dalam salah satu mesyuarat mingguan NONA, Nuraishah mencadangkan satu segmen pertandingan membabitkan fesyen wanita. Aku pula mencadangkan daripada pertandingan fesyen adalah lebih wajar diadakan pertandingan mencari Pengacara sebagai pelapis pengacara di TV3. Lagipun ketika itu, TV3 memerlukan pengacara program TV, dan daripada sesi ujibakat yang diadakan, agak sukar mencari pengacara yang berpotensi. Hasil daripada mesyuarat itu, lahirlah slot khasPencarian Pengacara NONA di TV3. Sambutan kepada program itu begitu mengalakkan dan permohonan peserta terpaksa disaring beberapa kali. Daripada saringan ini mereka yang berjaya buat pertama kalinya ke peringkat Akhir termasuklah Nura Hendon-kini seorang Usahawan, Maria Tunku Sabri-Hos Jalan-Jalan Cari Makan, Normala Shamsuddin dan Hamidah Hamzah - Penyampai Berita RTM. Peringkat Akhir Pencarian Pengacara NONA ini dibuat secara langsung dari Studio TV3, di Jalan Liku, Bangsar. Pada pertandingan itu, para peserta disyaratkan membuat persembahan berbentuk nyanyian, bersajak, memainkan instrumen muzik dan lain-lain. Dalam pertandingan itu, Normala Shamsuddin sebagai seorang ibu masih mengandung beberapa bulan. Aku selaku Timbalan Pengurus Berita/Ehwal Semasa, Ahmad Merican, Pengurus Program TV3 dan seorang kenamaan wanita jemputan menganggotai panel juri pertandingan. Kami akhirnya menobatkan Normala Shamsuddin sebagai juara sementara Nora Hindun di tempat kedua. Walaupun dalam keadaan mengandung, panel hakim tidak mengambil kira keadaan itu, kerana apa yang penting adalah untuk memenuhi matlamat mencari hos yang mampu mengetengahkan agenda wanita di dalam program yang diacarakan. Kami sebagai Panel Hakim memilih Normala kerana merasakan personalitinya bersesuaian untuk mengacarakan program berteras wanita. Sekiranya pencarian pengacara adalah untuk sebuah program bual-bicara mahupun majalah ehwal semasa lain, Nura Hendon memenuhi ciri-ciri itu. Selepas meraih kejayaan itu dan mengikuti beberapa siri latihan, Normala mula mengacarakan NONA selepas itu, dan ketika siaran pertamanya ke udara aku telahpun meninggalkan TV3.
Secara peribadi aku tidak pernah mengenali pengacara yang mendapat jolokan Wanita Melayu Tercantik. Kini, selepas beberapa tahun, program Pencarian Pengacara NONA berubah menjadi Pesona Nona yang juga bermatlamat sebagai landasan pencarian bakat baru dalam bidang penyiaran.
* Lihat juga video Pengacara Nona Terbaik 1991.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...
-
Setiap Sabtu antara 17 Julai 2010 hingga 7 Ogos 2o10 sekali lagi aku berada di TV3 untuk melatih para wartawan & penerbit Primeworks. I...
-
Antara Penyampai Berita terawal di TV3 ialah Razak Abdullah, Fitri Aziz dan Mahadzir Lokman yang turut membaca Berita Bahasa Inggeris . ...
No comments:
Post a Comment