Tuesday, May 26, 2009

FILEM RM15 RIBU

Petikan daripada Berita Harian- Selasa, 26 Mei 2009

Semangat penuntut perfileman

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my

Beranikan diri hasilkan filem 3 Budak Melayu dengan kos RM15,000

MEREKA umpama cangkir kosong yang cuba mengisi ruang dalam industri perfileman tempatan. 
Berbekalkan minat serta ilmu yang digali sepanjang menuntut di Fakulti Artistik dan Teknologi Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, mereka berpakat untuk berkongsi idea, lalu muncullah filem cereka dengan judul 3 Budak Melayu.Bukan sedikit halangan terpaksa mereka tempuh. Namun dengan kesungguhan serta kecintaan yang mendalam, impian itu berjaya direalisasikan dan filem 3 Budak Melayu akan menjadi kebanggaan 40 penuntut semester akhir fakulti berkenaan
...LAGI...

>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Begitulah nasib kepada insan yang mahu terlibat dalam bidang kreatif yang begitu mencabar di Malaysia iaitu Perfileman. Selepas negara merdeka lebih 50 tahun, aku merasakan harungan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pelajar-pelajar yang mahu menjinakkan diri dalam bidang ini sudahpun berkurangan. Namun, ia masih lagi merupakan cabaran besar yang terpaksa dihadapi oleh insan kreatif ini.

 

Namun,  secara positifnya karyawan muda ini telahpun berjaya dibekalkan dengan pengalaman getir sebagai persediaan menghadapi realiti kehidupan sebenar untuk berkarya di luar sana selepas ini.

Aku masih teringat rakan-rakan yang mencuba meneroka bidang ini sebelum ini. Sdr. Mansur Putih yang menerima biasiswa MARA untuk melanjutklan pelajaran di Columbia University  di New York di bidang perfileman menghadapi masalah biasiswa yang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan di New York.  Untuk membeli filem untuk projek di kelas juga merupakan satu penyeksaan. Agaknya,  itulah kesannya mengapa  Mansur Putih buat masa ini begitu kritikal terhadap perkembangan Filem Semasa Malaysia.

Seorang lagi rakan di ITM, Sdr. Nasir Jani pernah membaling batu ke Pejabat Finas sehingga cermin pintunya pecah kerana tidak berpuashati dengan badan perfileman itu dengan isu yang juga membabitkan filem.

Itulah asam garam hidup bagi mereka yang mahu meneroka bidang perfileman di Malaysia.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...