Friday, May 8, 2009

KONGSI SEMANGAT DR. RAIS

*Petikan daripada www.bharian.com.my - 8/05/09.

Stesen TV peka saranan, penerbit gembira dengan keprihatinan Menteri

SARANAN Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya stesen televisyen menayangkan lebih banyak program serta drama yang mencerminkan wajah Malaysia daripada menyiarkan program atau drama dari luar mendapat sokongan padu stesen televisyen dan penerbit tempatan.
...LAGI..

>>>>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Daripada kenyataan di kalangan penerbit yang dikatakan ber"KONGSI SEMANGAT, ASPIRASI DR RAIS", bolehlah dirumuskan bahwa golongan karyawan yang bertanggungjawab menghasilkan karya seni berwajah 1Malaysia masih kabur dengan konsep 1Malaysia itu sendiri.

Ini terhasil daripada pengamatan pelbagai petikan berikut.

* "Kami sudah mula menerapkan nilai kemasyarakatan seperti disarankan menerusi program ......malah akan terus berusaha untuk mempelbagaikan kandungan drama seperti Platun Satria, Mencari Arah Kiblat dan banyak lagi di samping menerapkan ciri-ciri yang mencerminkan 1Malaysia bagi memupuk semangat muhibah," katanya.

* Kami tidak pernah terhad mempamerkan kehidupan golongan kenamaan saja tetapi berusaha untuk memaparkan kisah hidup masyarakat daripada pelbagai latar belakang di negara ini.

* dengan menekankan konsep 1Malaysia, ia memberi peluang lebih kepada produksi tempatan yang sebelum ini terpaksa bersaing dengan program luar.

* Pembelian program dari luar sedikit sebanyak memberi kesan kepada periuk nasi penerbit tempatan.

* Kami berharap penerbit tempatan diberi peluang lebih banyak dengan mengehadkan 10 peratus saja program dari luar ditayangkan di kaca televisyen kita.

Pada pandangan PK Gagasan 1Malaysia bagi karya seni yang dihasilkan harus menggambarkan cerminan cara penghidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Maksudnya RTM sebelum lahirnya TV3 dulu akan memastikan ruangan lawak jenakanya disertai oleh Lim Goh Poh, Param, AR Badul dalam satu persembahan - pembabitan pelbagai kaum.

Kini selepas lebih 50 tahun merdeka, elemen sedemikian masih lagi belum wujud. Sebagai contoh mudah - Kalau pemaparan drama/filem hantu misalnya- paparan yang dibuat pada masa ini memberi gambaran cerita hantu orang Melayu - pontianak, polong, pelesit, pocong sahaja yang difahami oleh penonton Melayu sahaja. Maksudnya sekarang para penerbit yang berhasrat membuat filem cerita hantu perlu memikirkan hantu yang universal yang boleh diterima oleh pelbagai bangsa di negara ini..

**Lihat juga Blog sebelum ini mengenai subjek yang sama -WAJAH MALAYSIA DI TV.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...