Petikan daripada Bernama.com pada 10/09/09.
RTM Sedia 97 Program Khas Sempena Sambutan Aidil Fitri
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan 97 program khas bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tidak lama lagi.
Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahaya berkata pihaknya menjangkakan sambutan daripada penonton akan meningkat berdasarkan kepada pelbagai cerita dan program yang menarik disusun untuk tontonan ramai.
Bertemakan "Raya Datang lagi", RTM menerusi Saluran Informasi untuk TV1 akan menayangkan sebanyak 51 program khas Hari Raya manakala saluran Dunia Ria di TV2 menyediakan 46 program istimewa untuk tontonan seisi keluarga...LAGI...
..........................
Petikan daripada mstar.com.my pada 10/09/09.
Inspirasi Lebaran TV3 & Riang Ria Raya TV9 meriahkan Aidilfitri
HAMPIR sebulan berpuasa, sudah pasti ramai yang sedang menyusun pelbagai agenda bersama sanak saudara dan sahabat handai untuk pulang berhari raya di kampung.
Dalam sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut kedatangan Syawal, TV3 dan TV9 tidak terkecuali mengatur pelbagai acara istimewa dan program Aidilfitri yang menarik untuk diraikan bersama penonton sempena menyambut kemeriahan lebaran.
Bertemakan ‘Inspirasi Lebaran TV3 & Riang Ria Raya TV9’, stesen televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad ini tidak pernah menghampakan penonton setiap kali menjelangnya musim perayaan...LAGI...
>>>>>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekiranya anda adalah mahluk asing yang didatangkan daripada planet luar yang tidak tahu menahu apa itu Aidilfitri - pastinya anda menganggap bahwa Hari Istimewa itu adalah hari untuk bersukaria sepanjang minggu dengan pelbagai jenis hiburan menyambut kedatangan hari raya...Lihat sahaja program-progrm yang disiarkan.
Inilah yang digambarkan oleh stesen tv tempatan setiap tahun menjelang perayaan sebegini. Rata-rata isi kandungan tv tempatan berteraskan hiburan semata-mata.
Tidak ada salahnya memberikan pelbagai rancangan hiburan kepada penonton. Pada waktu yang sama, stesen-stesen berkenaan juga perlu menyeimbangkan kandungan program yang diberi dengan menyediakan program khas yang bermaklumat untuk menambah pengetahuan penontonya khususnya mengenai Aidilfitri. Paling sedikitpun sebuah dokumentari khas memaparkan ertikata sebenar Aidilfitri. Di samping memberi maklumat kepada orang Islam megenai kebesaran Aidilfitri, sekurang-kurangya rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam pula turut menimba maklumat mengenai perayaan Islam sesuai dengan Gagasan 1 Malaysia yang terus diwar-warkan itu.
No comments:
Post a Comment