"Kita tidak harus mendera pembikin drama, filem, dokumentari atau animasi dari segi bayaran yang dikenakan. Kita memberi perkhidmatan, justeru kita mesti tidak menyukarkan pengamal-pengamal dalam industri ini.
Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Penjadualan Program RTM Dikaji Supaya Adil
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Formula penjadualan program Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan dikaji semula supaya ia lebih sama rata kepada pengusaha filem, pengedar serta penerbit program, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim...LAGI...
>>>>>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Aku mula terbabit dalam industri penerbitan ini sejak tahun 1992. Pelbagai asam garam dilalui. Aku membekalkan bahan rancangan untuk TV3 dan juga RTM. Prime Time Communications adalah antara Production House yang prolifik sehinggalah tahun 1999 apabila kemelesten ekonomi dunia melanda – maka benoktahlah satu rentetan sejarahnya tersendiri.
Daripada penelitian sepanjang pembabaitan dalam industri selama ini, stesen televisyen sama ada RTM mahupun TV3 dan juga pelbagai stesen lain yang bakal menemui penonton mampu membantu industri penerbitan tanahair waimah golongan bumiputra mahupun bukan. Pendekatan yang diperlukan hanyalah keikhlasan ketika mengagih-agihkan penerbitan rancangan yang pelbagai kepada penerbit yang benar-benar berkelayakan, berpengalaman dan mampu menghasilkannya.
Pendekatan Tecnological Know Who yang mengatasi Technological Know How menjadikan industria penerbitan tanahair akan berterusan suram. Sekiranya program-program ini dibuat oleh mereka yang tahu, maka lahirlah karya kreatif yang bermutu. Jika Saudagar Kicap, Saudagar Kayu Gaharu yang tidak mempunyai Technological Know How tetapi mempunyai Tecnological Know Who – pikirlah sendiri apa akan jadi pada industri ini.
Percambahan pelbagai stesen TV bererti lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan disediakan kepada karywan muda yang bakal mewarnai industri penyiaran ini. Sekiranya lagu lagu lama diberi adunan pendekatan yang tidak asli maka akan tidak aslilah hasilnya.
Menteri bertukar ganti keluar masuk ke Angkasapuri, dan diharapkan pada kali ini, Datuk Rais Yatim bersama Ketua Pengarah Penyiaran yang baru, Datuk Ibrahim TIGER dapat memberi wadah dan nafas baru kepada industri penyiaran tanahair yang sudah lama memerlukan perubahan ini.