Friday, January 29, 2010

KELUARGA BESAR MHI

Petikan utusan online - 28/01/09
Keluarga besar MHI
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

SEJARAH penyiarannya bermula pada 30 Ogos 1987 dengan menghidangkan pelbagai informasi serta rancangan bual bicara mengenai isu semasa.
Nama-nama seperti Christine Ling dan Rosli Dahamin sememangnya telah berjaya membawa program sedemikian ke suatu tahap yang cukup membanggakan ketika itu....LAGI...
>>>>>>>
CATATAN PK.
Sekadar maklumat.
**Lihat Blog sebelum ini mengenai bermulanya siaran pagi di TV3 - Program Sekapur Sirih.

PEMBACA KE INTERNET

Petikan www.bernama.com.my – 28/01/10
Pembaca Beralih Ke Internet Jika Media Tradisional Tidak Berubah
PORT DICKSON, 28 Jan (Bernama) -- Para pembaca semestinya akan beralih kepada internet untuk mendapatkan berita sekiranya media tradisional kekal dengan gaya penulisan lama yang menampilkan laporan berdasarkan apa yang dirasakan oleh editor perlu dibaca oleh orang ramai sahaja, atau menjadi alat propaganda semata-mata.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata internet yang mencetuskan satu fenomena perubahan baru di seluruh dunia, membolehkan orang ramai membaca apa sahaja yang ingin dibaca mereka...LAGI...
>>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.
**Lihat blog sebelum ini - SELECTIVE COVERAGE - RTM.

Saturday, January 23, 2010

AL-FATIHAH BUAT ALMAHRHUM SULTAN ISKANDAR.

Al-FATIHAH buat Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat pada hari Jumaat 22 Januari 2009.

Baginda dilantik Pemangku Raja selepas Sultan Ismail gering pada 10 Mei 1981 dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden pada 11 Mei 1981.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas Roh Almarhum dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Wednesday, January 20, 2010

AL-FATIHAH BUAT HJ.BAKAR & DR. ANUAR ARAI

Petikan bharian.com.my - 20/01/10

Bekas pengarang berita, Abu Bakar Ismail meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarang Berita, Berita Harian, Abu Bakar Ismail, 67, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11.30 malam tadi akibat serangan jantung.

Allahyarham dimasukkan ke wad jantung HKL kira-kira jam 10 malam tadi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan Isnin lalu dan didapati mengalami serangan jantung dan perlu mendapatkan rawatan susulan dengan kadar segera...LAGI...

>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Hadiah Al-Fatihah buat Hj. Abu Bakar Ismail, bekas Pengarang Berita, Berita Harian. Aku mengenali Allahyarham sejak tahun 1972, kerana arwahnya adalah antara orang yang pertama melatihku dalam bidang kewartawanan di South East Asia Press Centre, di Jalan Kelang Lama ketika aku menjadi wartawan kadet di RTM. Beliau bersama Howard Coates melatih kami wartawan baru termasuk Ali Mamat-Bernama, Shah Dadamiah- Star, Aishah Nun, Sharifah, Mahani, Sarimah dan Radzi Shafie - kesemuanya dari Bilik Berita Radio RTM.
Setelah selesai pengajian di ITM, aku ditawarkan kerja di New Straits Times - kerana aku mahu menyambung pelajaran ke peringkat Masters di Boston University, aku minta jasa baik Hj. Bakar Ismail untuk menawarkan kerja untukku kepada kawan sekuliahku.
Tahun lalu, Hj. Bakar Ismail menelefon aku untuk membincangkan penubuhan webtv Islam. Globalmuslim.tv. Walaupun kertas cadangan telah kami siapkan - belum ada pihak yang mahu menajanya. Aku kehilangan seorang mentor, guru dan kawan dalam dunia kewartawanan.
Petang tadi dalam perjalanan pulang ke rumah, aku dikejutkan pula dengan berita kembalinya Ke Rahmatullah seorang lagi teman ketika menjadi pensyarah di Universiti Malaya, Dr. Anuar Nor Arai. Harimau Mati Meninggalkan Belangnya. Manusia Mati Meninggalkan Namanya.
Alfathih buat dua rakan in. Semoga roh kedua-dua Allahyarham ini dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Tuesday, January 19, 2010

BERNAMA TV DI GAZA

Petikan malaymail.com.my-19/01/10
Bernama crew rough it out in Gaza saga
EE ANN NEE
Tuesday, January 19th, 2010 13:18:00
IN THE ZONE: Masrenny tapes a report in Gaza, despite being stranded in the Mediterranean port of El-Arish for three days without proper food, water and toilet facilities.
KUALA LUMPUR: The Bernama TV duo are already relishing a possible return to war-stricken Gaza, undeterred by their recent experiences there.Asmawati Azmi and Masrenny Masri, both 27, had returned just 10 days ago from a three-week 'Viva Palestina' humanitarian aid convoy to Gaza.They said was rough trip but an adventure for them as it was their first visit to a war zone. There were so many obstacles and long days of waiting. Gunshots and bombings were a daily affair…LAGI….
>>>>>>>>
CATATAN PK
Tahniah diucapakan kepada Bernama TV kerana menghantar wartawan membuat liputan ke Gaza. Sebenarnya itulah tugasan yang perlu dilaksanakan oleh wartawan-wartawan Malaysia untuk menimba pengalaman baru. Selepas negara mencapai kemerdekaan lebih 52 tahun, wartawan-wartawan Malaysia masih lagi berlegar-legar membuat liputan di dalam negara. Kalau ada pun liputan di luar negara, hanya sekadar mengikuti rombongan Perdana Menteri/Menteri ataupun mendapat tawaran tiket percuma dari MAS mahupun AIRASIA.
Namu, dalam keghairahan membuat liputan di kawasan-kawasan panas seperti di Gaza, pihak atasan media negara perlu mengamblkira keselamatan para wartawan mereka yang membuat liputan. Para wartawan wajar diberi perlindungan insuran sewajarnya bagi memastikan mereka terbela sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Sepertimana rakan sekerja wartawan luar negara, mereka dilindungi insuraan hampir beratus ribu ringgit – sekiranya, mereka tercedera di kawasan peperangan. Ada pada satu ketika, satu rombongan wartawan Malaysia membuat liputan peperangan di Iraq. Setelah mereka memasukki negara itu - mereka di tangkap. Nasib mereka baik kerana dilepaskan. Sekembalinya ke tanahair saya bertanyakan seorang rakan yang turut ditahan – beliau memberitahu mereka tidak langsung mempunyai perlindungan insuran. Kawan saya hanya menerima wang RM1,500 sebagai upah membuat liputan itu.

Monday, January 18, 2010

DRAMA DI BERNAMA RADIO 24

Petikan bharian.com.my – 18/01/10.

Radio24 mula siar novela Embun Hibiscus hari ini

STESEN radio berita pertama Malaysia, Bernama Radio24 (BR24) yang siarannya boleh diikuti menerusi frekuensi FM93.9 meneruskan pembaharuan pada tahun ini dengan terbitan terkini mereka iaitu radio novela berjudul Embun Hibiscus.
Radio novela di bawah genre infodrama ini disiarkan pertama kali pada 18 Januari tampil dengan tema cinta dan kekeluargaan yang diselitkan dengan isu berita, prinsip 1Malaysia serta nilai murni masyarakat majmuk Negara ini.

“Uniknya Embun Hibicus ialah antara wataknya yang dipegang sendiri oleh penyampai BR24. Watak Puteri Natasha yang dipegang oleh Wan Syahrina Ab Rahman, Intan Jasmine (Zaleha Khairene Ismail), Zafrul Zabidi (Kifli Bujang) dan Yusairi Yaakob (Kam Kamaruddin)”
…LAGI…

>>>>>>>>>

CATATAN PK

Pada mulanya saya mengharapkan Bernama Radio 24 menumpukan perhatian kepada menghidangkan berita-berita terkini kerana ia adalah radio berita. Cadangan menerbitkan radio novella Embun Hibiscus agak mengejutkan. Di samping itu, Bernama Radio 24 yang pada awalnya dikenali sebagai radio Berita juga menghidangkan pelbagai genre muzik.

Apakah Radio Berita tidak boleh bertahan dan tidak diminati masyarakat. Itulah persoalannya. Sewajarnya Bernama Radio 24 terus memperbaikki statusnya sebagai Radio Berita – kerana itulah keistimewaan dan kekuatannya.

Meletakkan penyampai berita sendiri sebagai pelakon dalam drama Embun Hibiscus mungkin dirasakan satu pembaharuan. Namun, apa yang memuskilkan ialah bagaimana tanggapan masayarakat sekiranya seorang Mak Tiri atau watak negatif yang dibenci dalam drama yang disiarkan kemudiannya membaca Berita – di mana kredibilitinya seorang penyampai.

Watak Pak Awang, Mak Iti serta Sahak dalam drama radio Kebun Pak Awang yang cukup popular sekitar tahun 60 adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman berpuluh tahun sebagai pelakon drama radio. Mampukah Penyampai Berita Bernama mencapai benchmark pelakon drama radio veteran ini.

Langkah yang dibuat oleh Bernama Radio24 ini agak menarik dan pastinya kita akan sama-sama mahu mengikuti perkembangan Drama Radio berita pertama Malaysia ini.

Sunday, January 17, 2010

MANSOR PUTEH & FILEMNYA

Petikan utusan online - 17/01/10
Residency Years Tak faham itu indah
Oleh Hassan Abd. Muthalib
TAHUN 2010 sudah pun diisytihar sebagai Tahun Inovasi dan Kreativiti. Mansor Puteh telah terlebih awal memberi 'tendangan yang pertama' dengan mengemukakan sebuah karya berbentuk dokumentari dengan judul The Residency Years. Mansor membawa satu pendekatan yang jarang dilihat di stesen televisyen tempatan…LAGI…
>>>>>>>>
CATATAN PK
Mansor Puteh adalah seorang individu yang penuh kontroversi. Beliau membuat pelbagai eksperimen dan antara dunia kreatif yang paling menonjol kontroversinya ialah bidang perfileman. Aku mengenali manusia istimewa ini sebagai seorang rakan yang memahami arus perjuangannya. Mansor memang ghairah dengan dunia perfileman, namun masalahnya ialah dia sukar difahami oleh khalayak.

Secara kebetulan Aku, Mansor & Mustafa Kamal Anuar (Kini Dr.) adalah
MARA Scholars yang melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat pada waktu yang sama pada 1978. Aku dan Mustafa ke Boston University sementara Mansor ke Columbia University, New York membuat pengkhsusan perfileman. Mansur pernah tinggal bersama kami di Boston buat seketika selepas membuat pembedahan kakinya ketika di New York.

Mansor memang serious ketika membicarakan hal-hal filem. Beliau mahu turut berperanan mewarnai perfileman negara dengan pendekatan dan caranya tersendiri. Sewajarnyalah kita membuka ruang kepada seeorang karyawan seni seperti beliau. Tidak ada ruginya sekiranya kita bersikap lebih terbuka khsusunya dalam dunia kreatif ini. Mansor - Teruskan perjuanganmu & All the best to you my friend.
* Lihat Blog Mansor : mansorbinputeh.blogspot.com

Thursday, January 14, 2010

WAJAH BARU Berita NTV7

Petikan utusan online -14/01/10
Buletin berita ntv7 berwajah baru
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
SIARAN berita ntv7 berwajah baru sejak 11 Januari lalu, dengan reka bentuk mayanya diubah supaya kelihatan lebih menarik, terkini dan bersifat futuristik.
Selaras perubahan berkenaan, elemen produksi, format persembahan dan kandungan berita saluran terbabit juga turut mengalami pembaharuan, sesuai dengan perubahan cita rasa penonton, terutama bagi mereka di kawasan bandar di seluruh negara.
Reka bentuk baru maya ini akan digunakan untuk siaran semua buletin berita ntv7 - Edisi 7 (Melayu), 7 Edition (Inggeris) dan Mandarin 7 (Cina)...LAGI...
>>>>>>
CATATAN PK
Setiap awal tahun kita dapat saksikan, stesen TV di negara ini akan mengubahsuai wajah berita masing-masing untuk kelihatan lebih menarik, terkini dan mengikut peredaran zaman. Apakah langkah ini dapat membantu meraih lebih ramai penonton - mereka sendiri ada jawapannuya.
Apa yang kita dapat kita saksikan, kebanyakan isi kandungan berita adalah hampir sama dan apa yang membezakannya ialah cara pengolahan editorialnya. Line-up- susunan berita mahupun tajuk utamanya juga adalah juga hampir sama. Tidak ada istimewanya berita-berita ini. Apatah lagi berita-berita ini telahpun diketahui sekiranya mereka melayari internet sebelum siaran berita. Berita-berita ini juga diulangsiar oleh akhbar-akhbar arus perdana pada keesokkan harinya. Maka tidak hairanlah, untuk mengikuti berita luar negara, para penonton lebih gemar menonton stesen TV di ASTRO yang menghidangkan berita yang lebih terkini.
Formula sesuai perlu difikirkan oleh para pengendali bilik berita di media elektronik ini ialah pendekatan "people like to see people". Liputan seharusnya berteraskan event oriented dan bukan keseluruhannya berfokus kepada pandangan pemimpin dan personaliti sahaja. Ada cara dan pendekatannya.
Seperkara lagi - Perlu berfikir di luar kotak untuk cuba meningkatkan jumlah penonton menyaksikan siaran berita. Sekiranya tidak ia akan menjadi- you see one- you see them all.

Wednesday, January 13, 2010

IKIM.fm SEBAGAI PENDIDIK

Petikan Bernama.com.my - 13/01/10
Hijrah Membangun Minda
Oleh Melati Mohd Ariff
Bernama baru-baru ini menemu bual Ir Ahmad Jais Alias, Pengarah Radio IKIM.fm mengenai beberapa isu termasuk keperluan hijrah dalam konteks masyarakat Islam hari ini, pentingnya contoh teladan serta peranan Radio IKIM.fm sebagai medium mendidik masyarakat.

Rencana ini ialah yang pertama daripada dua bahagian

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Hijrah atau perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah ialah satu peristiwa besar bagi umat Islam.

Ia bukan sahaja melakar banyak kepentingan dalam sirah yakni perjalanan sejarah hidup Rasulullah SAW khasnya untuk mengembangkan syiar agama Islam tetapi juga dalam tamaddun Islam amnya
...LAGI...
>>>>>>>
Sekadar maklumat.

Tuesday, January 12, 2010

PERUBAHAN ERA

Petikan utusan online - 12/01/09.
Era mahu rampas nombor satu
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
SELAMA 11 tahun bergelar stesen radio tempatan nombor satu, bukan mudah untuk Era melepaskan gelaran itu yang dirampas oleh Hot FM pada tahun lalu. Dengan sekitar 3.7 juta pendengar, radio di bawah naungan AMP Radio Networks itu tidak berputus asa, sebaliknya akan berusaha bagi merampas kedudukan tersebutLAGI
>>>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Tuesday, January 5, 2010

Terjah TV3

Secara kebetulan semalam aku menonton sebahagian daripada program baru TV3 Terjah. Program yang bersiaran buat pertama kalinya memang dirasakan agak terkini dan boleh membantu meraih jumlah penonton. Walau bagaimanapun, sebagai pengamal media, pendekatan yang digunakan oleh Team Terjah ini lambat laun dikhuatiri jika tidak dipantau dengan teliti berkemungkinan berhadapan dengan pelbagai reaksi.

Di dalam amalan media di mana-mana jua, pengamalnya mempunyai etikanya tersendiri.

Percubaan yang dilakukan oleh TV3 ini walaupun dianggap berani – dikhuatiri akan menghasilkan reaksi yang kurang menyenangkan kepada pelbagai pihak.

Sama-samalah kita perhatikan percubaan ini. Aku mengharapkan yang baik-baik sahaja.

Monday, January 4, 2010

KAJIAN JALUR LEBAR

Petikan bernama.com-4/01/10

Kerajaan Kaji Kadar Bayaran Perkhidmatan Jalur Lebar – Rais

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji kadar bayaran perkhidmatan jalur lebar pada masa ini supaya perkhidmatannya dapat diperluaskan kepada lebih ramai pelanggan dan pada kadar yang tidak membebankan mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata bagi tujuan itu, kementerian akan membuat perbandingan kadar harga dengan beberapa negara seperti
Korea, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja
…LAGI…

>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Sekadar maklumat.

Saturday, January 2, 2010

FILEM MALAYSIA

Petikan hmetro.com.my – 2/1/2010
Industri filem makin galak
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
Jika tahun sebelumnya penghasilan filem cereka banyak tertumpu kepada kelompok genre seram, komedi dan cinta, kini muncul genre berbeza.

Karyawan kita membuktikan mampu menghasilkan filem dengan teknologi moden penggunaan imej janaan komputer (CGI) selain minat yang ditunjukkan produser baru yang melihat industri filem mempunyai masa depan yang cerah.

Jika 10 tahun lalu penonton hanya berpeluang menyaksikan tidak sampai 10 judul filem Melayu setahun, kini jumlahnya bertambah hampir lima kali ganda…LAGI…
>>>>>>
CATATAN PK
Sekadar maklumat.

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...