Petikan utusan online -14/01/10
Buletin berita ntv7 berwajah baru
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
SIARAN berita ntv7 berwajah baru sejak 11 Januari lalu, dengan reka bentuk mayanya diubah supaya kelihatan lebih menarik, terkini dan bersifat futuristik.
Selaras perubahan berkenaan, elemen produksi, format persembahan dan kandungan berita saluran terbabit juga turut mengalami pembaharuan, sesuai dengan perubahan cita rasa penonton, terutama bagi mereka di kawasan bandar di seluruh negara.
Reka bentuk baru maya ini akan digunakan untuk siaran semua buletin berita ntv7 - Edisi 7 (Melayu), 7 Edition (Inggeris) dan Mandarin 7 (Cina)...LAGI...
>>>>>>
CATATAN PK
Setiap awal tahun kita dapat saksikan, stesen TV di negara ini akan mengubahsuai wajah berita masing-masing untuk kelihatan lebih menarik, terkini dan mengikut peredaran zaman. Apakah langkah ini dapat membantu meraih lebih ramai penonton - mereka sendiri ada jawapannuya.
Apa yang kita dapat kita saksikan, kebanyakan isi kandungan berita adalah hampir sama dan apa yang membezakannya ialah cara pengolahan editorialnya. Line-up- susunan berita mahupun tajuk utamanya juga adalah juga hampir sama. Tidak ada istimewanya berita-berita ini. Apatah lagi berita-berita ini telahpun diketahui sekiranya mereka melayari internet sebelum siaran berita. Berita-berita ini juga diulangsiar oleh akhbar-akhbar arus perdana pada keesokkan harinya. Maka tidak hairanlah, untuk mengikuti berita luar negara, para penonton lebih gemar menonton stesen TV di ASTRO yang menghidangkan berita yang lebih terkini.
Formula sesuai perlu difikirkan oleh para pengendali bilik berita di media elektronik ini ialah pendekatan "people like to see people". Liputan seharusnya berteraskan event oriented dan bukan keseluruhannya berfokus kepada pandangan pemimpin dan personaliti sahaja. Ada cara dan pendekatannya.
Seperkara lagi - Perlu berfikir di luar kotak untuk cuba meningkatkan jumlah penonton menyaksikan siaran berita. Sekiranya tidak ia akan menjadi- you see one- you see them all.
No comments:
Post a Comment