Petikan bharian.com.my - 20/01/10
Bekas pengarang berita, Abu Bakar Ismail meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarang Berita, Berita Harian, Abu Bakar Ismail, 67, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11.30 malam tadi akibat serangan jantung.
Allahyarham dimasukkan ke wad jantung HKL kira-kira jam 10 malam tadi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan Isnin lalu dan didapati mengalami serangan jantung dan perlu mendapatkan rawatan susulan dengan kadar segera...LAGI...
>>>>>>>>>>
CATATAN PK
Hadiah Al-Fatihah buat Hj. Abu Bakar Ismail, bekas Pengarang Berita, Berita Harian. Aku mengenali Allahyarham sejak tahun 1972, kerana arwahnya adalah antara orang yang pertama melatihku dalam bidang kewartawanan di South East Asia Press Centre, di Jalan Kelang Lama ketika aku menjadi wartawan kadet di RTM. Beliau bersama Howard Coates melatih kami wartawan baru termasuk Ali Mamat-Bernama, Shah Dadamiah- Star, Aishah Nun, Sharifah, Mahani, Sarimah dan Radzi Shafie - kesemuanya dari Bilik Berita Radio RTM.
Setelah selesai pengajian di ITM, aku ditawarkan kerja di New Straits Times - kerana aku mahu menyambung pelajaran ke peringkat Masters di Boston University, aku minta jasa baik Hj. Bakar Ismail untuk menawarkan kerja untukku kepada kawan sekuliahku.
Tahun lalu, Hj. Bakar Ismail menelefon aku untuk membincangkan penubuhan webtv Islam. Globalmuslim.tv. Walaupun kertas cadangan telah kami siapkan - belum ada pihak yang mahu menajanya. Aku kehilangan seorang mentor, guru dan kawan dalam dunia kewartawanan.
Petang tadi dalam perjalanan pulang ke rumah, aku dikejutkan pula dengan berita kembalinya Ke Rahmatullah seorang lagi teman ketika menjadi pensyarah di Universiti Malaya, Dr. Anuar Nor Arai. Harimau Mati Meninggalkan Belangnya. Manusia Mati Meninggalkan Namanya.
Alfathih buat dua rakan in. Semoga roh kedua-dua Allahyarham ini dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
1 comment:
al-fatihah.... buat dr.anuar arai semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT... Johnny Bikin Filem dalam kenangan...
Post a Comment