Monday, December 7, 2009

DOKUMENTARI TUNKU

Petikan utusan.com.my – 7/12/09

Dokumentari semua bekas Perdana Menteri akan diterbitkan

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kerajaan akan memulakan usaha menerbitkan dokumentari yang komprehensif mengenai riwayat dan perjuangan semua bekas Perdana Menteri mulai tahun depan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, usaha itu akan dimulakan dengan penerbitan dokumentari Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra.

Beliau berkata, langkah itu diambil memandangkan penerbitan rancangan dokumentari mengenai bekas Perdana Menteri masih kurang di negara ini…LAGI…

>>>>>>>>>>>>

CATATAN PK

Semasa bertugas di TV3, saya pernah menerbitkan sebuah dokumentari khas mengenai riwayat dan perjuangan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Saya hanya menyediakan skrip dan menyunting bahan dan menyiapkan dokumentari itu yang pada mulanya pengumuplan penggambaranya dilakukan oleh Suhaimi Baba. Oleh kerana Suhaimi Baba – Kini Datuk Paduka dan pemilik Pesona Pictures -meninggalkan TV3, dokumentari itu belum dapat disiapkan, saya selaku Penerbit Majalah ketika itu ditugaskan menyiapkan Dokumentari itu.

Seingat saya, Dokumentari itu tidak pernah pun disiarkan oleh TV3 dan masih lagi dalam simpanan perpustakaan stesen itu. Ada satu ketika TV3 mahu menyiarkan Dokumentari itu, tetapi atas permintaan keluarga Tunku sendiri, Dokumentari itu tidak pernah disiarkan.

2 comments:

Anonymous said...

seharusnya dokumentari itu harus ditayangkan..mungkin bahan itu sudah lama disimpan tetapi bahan itu akan jadi baru kepada generasi baru yang melihatnya..kerana pada pandangan saya, skrip dan cara org terdahulu yg arif dalam bidang penyiaran ini lagi baik dari org sekarang. ini dipersetujui oleh banyak pihak dimana, zaman kini bahannya lebih santai dan banyak tidak ikut protokol, tetapi hasil kerja senior, pasti lebih mengutamakan hasil kerja, mutu skrip dan pembawakan sesuatu bahan itu. sebagai contoh yang paling dekat kenapa rancangan Majalah 3 masih menjadi tarikan kpd masyarakat kini berbannding rancangan Sensasi yang terpaksa diberhentikan..tepuk dada tanya hati, biarlah ilmu selari dengan hiburan...

-hilmy ashley-

Unknown said...

Alhamdulillah, satu usaha yang sangat baik untuk mendokumentasikan sejarah negara dalam apa jua bentuk. Bahan lama boleh diolah semula, tidak ada masalah. Di Barat bahan-bahan seperti ini sangat dijaga dengan baik oleh kebanyakan pihak. Namun di Malaysia usaha pendokumentasian seperti ni seringkali terbantut disebabkan isu kewangan dan kurang sokongan untk media penyiaran kerana memakan perbelanjaan yang tinggi. Perlu ada pihak yang melihat secara serius dan membantu perkara ini. Takkan kita asyik membiarkan orang luar mendokong hal ini.
-rhs-

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...