Sunday, November 8, 2009

CEO BARU BERNAMA TV

Petikan Utusan Online – 8/11/09

Berhijrah bukan kecewa - Engku Emran

Esok, hari baru buat bekas Ketua Pegawai Operasi, Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 34, apabila beliau dengan rasminya memikul tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) saluran berita, Bernama TV.

Engku Emran saya anggap antara boss stesen penyiaran yang agak popular selepas CEO TV3, Datuk Seri Farid Ridzuan (TV3).

Bukan sahaja popular kerana beristerikan pelakon Erra Fazira sebaliknya hubungan Engku Emran dengan pihak media juga rapat dalam usaha mencari pengaruh mempopularkan stesen radio itu.

Bagaimanapun sepanjang tiga tahun meneraju Suria FM, Engku Emran tidak dapat lari daripada berhadapan dengan pelbagai ujian dan tohmahan. Pada saat-saat akhir perkhidmatan beliau dengan stesen radio itu, tersebar e-mel layang yang cuba memburukkan kerjayanya…LAGI…

>>>>>>>

CATATAN PK

Dengan pelantikan CEO baru ini, adalah diharapkan Bernama.TV terus berperanan melaksanakan tugas-tugasnya sebagai stesen berita TV tanahair. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan sehingga ia mampu mendapat kepercayaan para penonton.

Untuk rekod, sebagai stesen berita BERNAMA.TV sebelum ini pernah tidak menyiarkan berita Jam 8.00 malam sepertimana yang dijadualkan. Mengikut pengamatan PK, kegagalan penyiaran ini merupakan rekod tersendiri kerana sebelum ini belum pernah ada mana-mana stesen TV tidak menyiarkan siaran beritanya pada waktu yang dijadualkan.

Seingat saya ketika menjaga Bahagian Berita TV3, pada akhir tahun 90an, Berita TV3 terpaksa dihentikan setengah jalan, kerana Studio di mana kami merakamkan Berita Siaran Berita terbakar ketika itu.

Saya yang menonton siaran berita itu dari rumah terkejut mengapa siaran berita dihentikan. Ketika saya menelefon ke Studio, tidak ada siapa yang menjawabnya. Lantas saya ke Studio di Jalan Liku dari Subang Jaya dan barulah mengetahui sebabnya apabila tiba di sana. Pihak Bomba sedang menyiram air ke Studio di mana rakaman Berita dilakukan.

No comments:

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...