Monday, November 2, 2009

BERUBAH UNTUK FILEM

Petikan Utusan Online - 1/11/09.
Berubah demi filem negara
Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my

ISU keterbukaan Lembaga Penapis Filem (LPF) terus menjadi perbualan di kalangan penerbit dan pengarah filem tempatan setelah badan itu bersetuju membuat perubahan demi pembangunan industri tersebut.
Walaupun janji Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam itu tanpa sebarang hitam putih tetapi secara tidak langsung ia memberi sinar baru kepada masa depan perfileman tempatan.
Majlis yang disertai penggiat seni semasa Seminar Penapisan Filem yang diadakan di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur baru-baru ini memberi kelegaan kepada penggiat filem yang kebanyakannya mempunyai agenda untuk memartabatkan dunia perfileman tanah air.
Mana tidaknya, penantian 16 tahun untuk menguraikan kekusutan dan salah faham antara penggiat filem dengan LPF hampir berakhir apabila KDN bersetuju untuk memperbaharui garis panduan yang digunapakai badan itu untuk disesuaikan dengan keperluan industri perfileman sekarang
...LAGI..
>>>>>>>
CATATAN PK
Tidak dapat dinafikan Lembaga Penapis Filem(LPF) masih berperanan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Apa yang penting ialah mereka perlu mengemskinikan dan memperbaharui garis panduannya agar ia sesuai digunapakai dalam era globalisasi semasa.

1 comment:

minimalis said...

hahahaha lawak lawak..nak ke buat filem berunsir politik yang anti parti pemerintah kalau LPF betul2 tolerensi dan keterbukaan? i don't think so...hahahha... ini semua lakonan, pembaziran, satu lagi projek memperbodohkan rakyat malaysia

Experience the natural beauty and cultural heritage of Kuala Terengganu in this captivating video showcasing its stunning landscapes and tra...